Isteri ini macam mana susah pun kehidupan suami, dia takkan senang-senang ambil keputusan untuk tinggalkan pergi atau pasang badan cari pengganti. Hish! Simpang lah benda-benda semacam itu. Sebabnya, isteri ini memang terkenal dengan sifat setia nak kata ‘membabi buta’ pun iya.
Tak percaya? Sebabnya cuba kalau suami merayu-rayu minta pinjam duit. Ada isteri kata, “tak ada bang..” Paling tidak akan dikoreklah mana-mana tabungan yang ada untuk diberikan pada suami. Cuba kalau isteri yang minta dekat suami. Hmm.. memang taklah mendapat.
Eh, tapi cerita atas tu bukan semua suami. Kang sentap pula suami-suami yang bertanggungjawab lagi luhur budi pekerti ini. Cerita atas itu adalah kisah kebanyakan suami-suami yang ada di Malaysia ini. Mereka lebih rela belanja kawan-kawan, dari anak isteri sendiri. Alasannya, anak isteri dah dibelikan siap-siap barang-barang dapur. So.. nak apa lagi?
Kalau nak dikisahkan hal di atas sampai seribu satu malam pun tak habis. Panjang catatannya nanti. Paling tidak, muak nanti lelaki baca hal-hal yang menjentik emosi mereka. Jadi terus sajalah masuk pada tajuk perbincangannya.
Tentang ciri-ciri isteri yang tak seharusnya suami lepaskan apatah lagi persia-siakan. Sebab bukan senang nak jumpa, tapi jika terjumpa walau 2 ciri pun suami dah kena pegang kemas-kemas. Jangan lepas. Kalau tak rugilah hidup kome sepanjang hayat.
Ads
1. Isteri Yang Tak Pernah Berkira Dengan Suami Yang Gaji Kecil
Bukan semua orang lelaki rezekinya melimpah ruah. Ada orang tuhan uji dengan had pendapatan yang cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan ahli keluarganya. Tapi isteri yang sabar, dia tak merungut. Bila suami bergaji kecil dia tak meminta itu dan ini. Sebaliknya, dia pula yang berusaha gigih membantu menambah pendapatan suami.
Tak kiralah dia bekerja sampingan atau buat kerja yang tak perlu keluar rumah. Misalnya menjaga anak orang. Haa.. semua itu dilakukan dengan ikhlas sebab nak memudahkan kerja suami. Jangan pula bila isteri dah setia separuh mati tu, suami lemparkan kata-kata,
“Kalau aku tak kerja, kebulurlah korang anak beranak.” Atau
“Hidup aku ni susah sebab kena tanggung mulut kau dan anak-anak.”
Ads
Ewah.. ewah, senangnya berkata-kata ya. Isteri dan anak-anak itu amanah yang tuhan beri untuk dijaga, dipelihara dengan panduan yang telah tuhan tetapkan.
2. Isteri Yang Terima Seadanya Walau Terpaksa Tinggal Di Rumah Kecil
Bukan rumah besar atau kecil yang menentukan bahagia sesebuah rumah tangga. Bahagia itu dapat diperoleh bila hati suami atau isteri saling belajar mensyukuri nikmat yang tuhan beri. Kalau dah rumah kecil mampunya suami, isteri happy saja membesarkan anak-anak di situ.
Terjaga elok pula tu, rumah yang suami sediakan. Malah, rahmat dan keberkatannya melimpah ruah nanti. Sampaikan bahagia itu tak lagi diletakkan pada nilai harta benda. Dan tak senang sebenarnya nak jumpa isteri-isteri yang sebegini di zaman serba mencabar ini.
Ads
3. Isteri Yang Melihat Keupayaan Suami Dengan Mata Hati
Faham tak maksud ini? Suami jangan nak macam-macam. Isteri ini kalau dia nampak suaminya susah, dia pun hatinya susah sama. Masa inilah dia akan merasai apa yang suami alami. Rasa nak tukar ganti tempat suami dengan dirinya. Tapi mana boleh buat macam itu kan.
Jadi dia akan belajar untuk memperbaiki diri, supaya dia tak menjadi seorang isteri yang memberi beban pada suaminya. Kalau dia tak pandai masak, dia akan belajar memasak sampai boleh berniaga. Dari situlah dia dapat cari pendapatan lebih nak bantu suaminya.
Sebab dia tahu, had keupayaan suaminya. Yang kalau dipaksa-paksa nanti akan membuatkan suami lebih bertambah susah hati. Jika anda dapat isteri yang begini sifatnya, sayangilah mereka. Lindungi mereka dengan apa pun kemampuan yang anda ada wahai suami. Kerana merekalah isteri terbaik yang telah tuhan berikan kepada anda sebenarnya.
Dan percayalah, jika anda menjaga amanah ini dengan baik, tak merungut malah redha. Allah akan gantikan kesukaran itu dengan kesenangan. Ganjarannya nanti anda sendiri tak kan sangka pun. Tapi kenalah ikhlaskan hati tu ya.
Sebab hidup kat dunia inikan semuanya ujian. Ingatlah tak ada satu pun yang jadi milik kita sebenarnya. Semua ini pinjaman dariNya yang suatu hari nanti kita kena pulangkan juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alam rumah tangga, adakalanya ujian hadir, jika menantu mengadu, mertua ambillah jalan tengah. Tegur anak sendiri, selidik di mana salahnya dan minta mereka perbaiki. Bila mertua tak nasihat anak sendiri, sering salahkan menantu maka porak-perandalah rumah tangga.
Ramai juga menantu yang malas nak besarkan masalah. Sanggup mendiamkan diri daripada berkongsi masalah dengan mertua. Sebenarnya bila orang tua memainkan peranannya dengan baik, In Shaa Allah semuanya akan menjadi baik.
Bila Mertua Asyik Nak Menangkan Anak Sendiri, Sering Salahkan Menantu!
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup anak menantu. Yang membuatkan porak-peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak mereka jadi begitu.
Sebagai contoh, berapa ramai mertua di Zimbabwe mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadilah macam tu…
“Mengadu tentang anak dia, engkaulah yang kena…”
Porak-Perandalah Rumah Tangga
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasut. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu.
Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu. Malah hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu.
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu, bapa. Yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu.
Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu.
“Tahun kedua beraya berdua. Harap tahun depan bertiga.”
Tersentuh pula hati membaca luahan hati bekas isteri kepada pengacara terkenal, Ally Iskandar, Farah Lee tentang Hari Raya dan Hari Bapa bulan ini. Tidak hanya terhenti di situ, Farah juga memuat naikkan sekeping gambar dengan ucapan Hari Bapa semua lelaki yang bergelar ayah.
First line tu omma tulis dan first voice memo tu omma ajar.
Selebihnya Maream yang tulis dan cakap. Tanjat juga omma dia buat voice memo sendiri thanking daddy belikan dia baju raya bila omma cakap “Daddy cakap baju Maream cantik. Dah besar dah Maream ni rupanya.”
Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too.
Regardless, masing-masing ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang.
Di penghujung kata-kata ibu tunggal ini, terselit ucapan manis buat semua lelaki yang bergelar ayah sempena Hari Bapa beberapa yang lalu.
“So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies.”
Walau simple tapi bait-bait ayat wanita ini sangat touching, bukan? Apa pun Hakak doakan moga Farah kuat semangat dan sentiasa murah rezeki untuk membesarkan si anak dara yang semakin membesar.
Bermula dengan blog, namanya makin dikenali apabila berkahwin dengan pengacara TV terkenal, Ally Iskandar pada tahun 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Maream. Namun, mahligai cinta yang dibina tidak kekal lama apabila mereka berpisah Ogos tahun lalu. Dan berita ini mengejutkan orang ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Sesungguhnya pemergian insan tersayang di saat kita amat memerlukan amat memedihkan, apatah lagi permergiannya secara tiba-tiba.
Namun sebagai hambanya kita harus akur. Luluh hati suami apabila mengetahui rupanya isteri sendiri terlibat dalam Kemalangan, arwah turut tinggalkan anak yang masih kecil berusia tujuh bulan.
Luluh Hati Suami
Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular, Kulim, Kedah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.
Luluh Bila Tahu Isteri Sendiri Yang Kemalangan
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.
“Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.
“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan,” katanya.
Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
MW: Semoga suami mangsa tabah menjalani ujian ini dan diberi kekuatan untuk membesarkan anaknya yang masih kecil. Sangat besar ujian yang dilaluinya. Al-Fatihah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.