Kalau Hobi Sendiri Rela Berhabis, Apa Salahnya Sesekali Bersedekah Pada Isteri

Share

Isteri memang tak kisah jika suami membazir semata-mata untuk hobi. Syaratnya segala kemahuan dan kehendak dia dituruti terlebih dahulu. Ini tidak, kalau hobi sendiri rela habiskan ratusan ringgit, tetapi dengan isteri berkira.

Apa salahnya sesekali bersedekah dengan isteri dan beli sahaja apa yang isteri mahukan. Sudah tentu isteri bertambah sayang. Dengan isteri tak boleh berkira sangat, esok, lusa isteri juga yang dicari.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin

Kalau kemahuan diri sendiri boleh dibeli, tapi keperluan isteri tidak dipenuhi, itu tanda kau seorang suami yang berkira…

Suami yang kedekut dengan isteri…

Jangan ingat alam perkahwinan ini cukup dengan menyediakan apa yang wajib…

Aku dah sediakan tempat tinggal, makan minum, maka itu sudah cukup… Kalau kau nak beli barang-barang lain selain daripada apa yang aku sediakan, cari atau guna duit sendiri…”

 

Tukar motor, boleh… Tukar sports rim, boleh… Beli flavour vape, boleh… beli rokok, boleh… Tukar handphone, boleh… Apa yang diri sendiri guna, apa yang diri sendiri hendak, semua boleh…

Bila Isteri Bersuara

Tapi bila isteri bersuara hendak alat mekap, isteri bersuara ajak makan luar, isteri bersuara nak beli periuk, isteri bersuara nak beli baju baru, isteri ajak pergi jalan-jalan, maka jawapannya, guna apa yang ada, jangan membazir…

Kalau kita boleh berbelanja untuk diri sendiri, itu bermakna kita juga boleh berbelanja untuk isteri…

Soal belanja isteri, penuhi kemahuan isteri ini,  tak payah nak fikir jauh-jauh seolah-olah kita akan miskin esok kalau kita ikut apa yang isteri nak… Tanya sahabat-sahabat kita yang lain, yang tak pernah berkira dengan isterinya, apa manfaat dan ganjaran yang mereka dapat?

Rezeki Berlipat Ganda

Rezeki semakin mencurah-curah, rezeki semakin berlipat ganda…

Kau tak akan rasa hidup yang senang selagi kau tak buat semua ini pada isteri kau…

Banyak yang isteri sudah buat untuk kita, untuk hubungan dan rumah tangga kita… Reward lah diri isteri itu dengan tanya apa yang dia nak beli, apa yang dia teringin, ke mana dia nak pergi dan sebagainya…

Then, usaha dan cuba tunaikan ikut kemampuan…

Kalau minat dan hobi sendiri boleh di turutkan, maka “bersedekahlah” sedikit duit kita itu kepada isteri…

Sebaik2 sedekah itu kan pada ahli keluarga… Bukan pada kedai motor, kedai kereta, kedai vape, kedai rokok, kedai mancing dan sebagainya…

Renung-renungkan…😊

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Keraplah bersedekah pada isteri, insyallah rezeki anda berganda. Isteri juga bertambah bahagia apabila anda mula beli jiwanya dengan menunaikan kemahuan dan kehendaknya. Sudah-sudahlah habis duit untuk hobi yang tidak berfaedah dan kemudian berkira pula dengan isteri.

 

Published by
Syazwani Mehat