Kalau Duduk Di Tempat Mereka, Tak Sanggup Sebenarnya Berjauhan Dengan Ahli Keluarga

Share

Rejimen Askar Wataniah (AW) merupakan badan Sukarela dalam Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia. Ia tugas yang murni bertanggungjawab mempertahankan negara. Golongan wanita yang layak menjadi askar wanitah ini seharusnya bukan calang-calang orangnya. Perlu berjiwa kental, memiliki stamina secukupnya dan tahan lasak dengan segala latihan ketat dan cabaran yang harus dilalui.Malah juga, sanggup berkorban berjauhan dengan keluarga bila berada dalam latihan di kem tersebut.

Menyelami latihan Askar Wataniah wanita, itulah tugasan yang harus disempurnakan oleh salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkskow

, Azlina Kamarudin, 32 tahun yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan.

Kena Ada Kekuatan Stamina & Emosi

Menerusi perkongsian pengalaman Azlina ia bukanlah satu tugasan yang mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota tentera wataniah.Ternyata ia mempunyai cabarannya yang tersendiri ketika berpeluang melalui sendiri latihan di Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Sungai Buloh.

Kekuatan stamina sangat penting untuk kekalkan tahap kesihatan untuk melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Malah kekuatan emosi berjauhan dengan keluarga juga memainkan peranan penting.

“Bagi diri saya sendiri, stamina tu kena ada iya, walaupun kita suri rumah ke apa juga jenis kerjaya kita, kita kena ada dan kena tahu untuk kekalkan kesihatan diri kita, supaya bila keadaan yang tak dijangka, tiba-tiba kena buat sesuatu di luar jangkaan kita tak berdaya dari segi usia kesihatan kita.”

“Antara pengalaman yang saya tengok ialah dalam skuad tu, pada hari yang ditugaskan tu ada 16 orang. Rata-ratanya memang bujang, ada 3 daripada mereka yang sudah berumahtangga.Jadi disitu memainkan emosi sebenarnya, sebab mereka ni perlu ada dalam kem ini dalam tempoh yang dah ditetapkan.”

“Maknanya, tak boleh keluar sesuka hati.Jadi bila kita tengok,berjauhan dengan keluarga,orang kata kita tak boleh berpelukan dengan mereka, kita rasa jauh sangat, tapi pada masa yang sama kita kena buat juga tugasan, kita kena teruskan kerjaya kita dalam kem tersebut,” ujar Alin

Tak Sanggup Berjauhan Dengan Keluarga

Tambah Alin lagi, bagi askar wataniah komunikasi mereka dengan ahli keluarga hanya hubungan menerusi telefon berhubung menerusi Instagram,bagi menunjukkan rasa rindu kepada anak-anak dan ahli keluarga.

“Saya rasa kalau saya pun duduk dalam tempat mereka,kita rasa, stage yang pertama ialah tak sanggup sebenarnya berjauhan dengan ahli keluarga. Walaupun kita boleh telefon, tapi sebenarnya perasaannya tak sama dengan mereka yang ada didepan mata,” jelas Alin.

Adakah ALIN memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.

Published by
Suhaidah Abd Wahab