Rejimen Askar Wataniah (AW) merupakan badan Sukarela dalam Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia. Ia tugas yang murni bertanggungjawab mempertahankan negara. Golongan wanita yang layak menjadi askar wanitah ini seharusnya bukan calang-calang orangnya. Perlu berjiwa kental, memiliki stamina secukupnya dan tahan lasak dengan segala latihan ketat dan cabaran yang harus dilalui.Malah juga, sanggup berkorban berjauhan dengan keluarga bila berada dalam latihan di kem tersebut.
Menyelami latihan Askar Wataniah wanita, itulah tugasan yang harus disempurnakan oleh salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkskow, Azlina Kamarudin, 32 tahun yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan.
Kena Ada Kekuatan Stamina & Emosi
Menerusi perkongsian pengalaman Azlina ia bukanlah satu tugasan yang mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota tentera wataniah.Ternyata ia mempunyai cabarannya yang tersendiri ketika berpeluang melalui sendiri latihan di Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Sungai Buloh.
Kekuatan stamina sangat penting untuk kekalkan tahap kesihatan untuk melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Malah kekuatan emosi berjauhan dengan keluarga juga memainkan peranan penting.
Ads
“Bagi diri saya sendiri, stamina tu kena ada iya, walaupun kita suri rumah ke apa juga jenis kerjaya kita, kita kena ada dan kena tahu untuk kekalkan kesihatan diri kita, supaya bila keadaan yang tak dijangka, tiba-tiba kena buat sesuatu di luar jangkaan kita tak berdaya dari segi usia kesihatan kita.”
“Antara pengalaman yang saya tengok ialah dalam skuad tu, pada hari yang ditugaskan tu ada 16 orang. Rata-ratanya memang bujang, ada 3 daripada mereka yang sudah berumahtangga.Jadi disitu memainkan emosi sebenarnya, sebab mereka ni perlu ada dalam kem ini dalam tempoh yang dah ditetapkan.”
Ads
“Maknanya, tak boleh keluar sesuka hati.Jadi bila kita tengok,berjauhan dengan keluarga,orang kata kita tak boleh berpelukan dengan mereka, kita rasa jauh sangat, tapi pada masa yang sama kita kena buat juga tugasan, kita kena teruskan kerjaya kita dalam kem tersebut,” ujar Alin
Tak Sanggup Berjauhan Dengan Keluarga
Tambah Alin lagi, bagi askar wataniah komunikasi mereka dengan ahli keluarga hanya hubungan menerusi telefon berhubung menerusi Instagram,bagi menunjukkan rasa rindu kepada anak-anak dan ahli keluarga.
Ads
“Saya rasa kalau saya pun duduk dalam tempat mereka,kita rasa, stage yang pertama ialah tak sanggup sebenarnya berjauhan dengan ahli keluarga. Walaupun kita boleh telefon, tapi sebenarnya perasaannya tak sama dengan mereka yang ada didepan mata,” jelas Alin.
Adakah ALIN memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah bagi seorang wanita untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang Pemandu Lori Sampah. Sementelah tanggungjawab ini selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Kekuatan fizikal dan mental sangatlah diperlukan apabila memilih pekerjaan ini. Ia bukan saja perlu mengemudi jentera yang besar, malah perlu menangkis pelbagai tanggapan dan persepsi orang ramai mengenai kerjaya ini.
Menyelami sisi kehidupan wanita yang bekerja sebagai Pemandu Lori Sampah Puan Siti Noraini Ramli, 32, di Sungai Petani, Kedah tugasan ini diberikan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita, Khairunnisa’ Mohd Aminullah, 27 tahun yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.
Terbuka Mata Hati & Jiwa
Menurut Nisa sebahagian besar dirinya sanggup menyahut cabaran bekerja sebagai pemandu lori sampah ini. Dirinya cukup kagum melihat ketabahan dan kecekalan wanita yang memilih pekerjaan ini disamping menghadapi kata-kata nista orang sekeliling.
“Jika tanya Nisa sendiri, sebahagian kecil diri Nisa, mungkin Nisa akan cakap “Emm, Tak nak lah,penatlah,panaslah. Tapi sebahagian besar dari diri Nisa mesti Nisa nak sahut cabaran tersebut sebab Nisa sangat terbuka mata hati dan jiwa lihat Puan Aini ketabahan, kecekalan beliau mengemudi jentera berat seperti itu dan juga menghadapi kata-kata orang yang ada pelbagai kiri dan kanan, tapi beliau tetap kuat dan tabah mengharunginya,” jelas Nisa.
Kekuatan Mental & Fizikal
Tambah Nisa lagi,menurut pengalaman Puan Aini kekuatan fizikal sahaja tidak cukup malah persediaan mental juga kena kuat apabila memilih kerjaya ini.Paling penting semangat dan tahu kemampuan diri untuk melakukannya.
“Antara pengalaman Puan Aini yang dikongsikan dengan Nisa adalah beliau seringkali melalui kawasan kemalangan. Dan disebabkan beliau memandu lori yang agak tinggi berbanding kenderaan yang lain, beliau sentiasa melihat ataupun terlihat mangsa-mangsa kemalangan yang keadaannya teruk dan parah. Jadi jika tidak kuat mental, tidak boleh juga nak buat pekerjaan ini, walaupun kita punya fizikal kuat dan aktif.”
“Antara sebab mengapa beliau memilih pekerjaan memandu lori sampah adalah beliau yakin beliau boleh lakukannya. Bukan sebab orang ada kata-kata apa dekat dia. Tapi sebab dia tau dia mampu.So, kita pun, bila kita tau kita mampu, kita lakukannya dan apa sahaja yang anda nak, kita boleh capai.OK” ujar Nisa.
Adakah NISA KAY memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota bomba, apatah lagi rela menggadai nyawa demi menyelamatkan mangsa. Golongan wanita turut tidak terkecuali, memilih kerjaya sebagai anggota bomba ini yang ternyata mempunyai cabarannya tersendiri.
Menyelami kehidupan perjalanan sebagai anggota bomba wanita nyata bukan satu kerja yang mudah. Tugasan ini diberikan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Miasara Ahmad Sobari, 28 tahun yang berasal dari Puchong, Selangor.
Miasara berpeluang menimba pengalaman dan tugasan selama 2 hari bersama anggota-anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Kuala Terengganu, baru-baru ini.
“Di Balai Bomba & Penyelamat Kuala Terengganu ini, hanya ada 3 orang wanita daripada 108 anggota bomba. Namun istimewanya, Ketua Balai disini merupakan seorang wanita yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun, mengemudi pasukan penyelamat disini,”
“Tugas sebagai anggota bomba wanita ini, ia sangat menakjubkan dan tak ramai yang menjadi anggota bomba wanita.Perlu melalui pelbagai ujian untuk benar-benar fit dan layak sebagai anggota bomba”
“Pengalaman Mia sendiri, memakai baju kalis api bomba seberat 25 Kilogram beserta tong oksigen cukup mencabar. Bayangkan ia sangat berat apatah lagi anggota bomba perlu tangkas menyelamatkan mangsa ketika dalam kebakaran,” jelas Mia.
Selami Perasaan Jadi Mangsa Kebakaran
Menurut gadis ini lagi, pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika melakukan tugasan ini ialah ketika dirinya dimasukkan didalam kotak kecil dengan api yang sedang marak terbakar dengan kepanasan pada suhu 400 hingga 600 darjah Selsius. Dimana dah pakai pakaian lengkap kalis api, masih terasa haba dan hangat didalam badan.
Tambah Mia lagi, dia bukan sahaja menyelami perasaan sebagai menjadi anggota bomba, malah perasaan sebagai mangsa ketika menghadapi situasi kebakaran sebenar. Dengan keadaan yang sukar untuk bergerak keluar daripada keadaan tersebut, rasa kepanasan haba api tersebut apatah lagi untuk menyelamatkan mangsa.
Adakah Miasara memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah wanita bersifat lemah lembut, tak ramai yang sanggup menyahut cabaran melakukan aktiviti ekstrem seperti masuk hutan, gua, meredah sungai berarus deras dan sebagainya. Jika tidak kuat dan berani melakukan aktiviti ini pasti sukar untuk dilaksanakan.
Diberi cabaran ekstrem, masuk ke gua di Taman Eko Rimba Batu Maloi,Tampin Negeri Sembilan, Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Ainaa Kamalia Jamaludin, 27 tahun yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor berani menyahut cabaran ini.
Hidu Bau Wangi Ketika Perjalanan Balik
Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke dalam gua, macam-macam aksi yang perlu dilakukan.Kena berenang dalam air, merangkak, meniarap malah turut memanjat batu. Menurut wanita ini, antara cerita menarik untuk dikongsikan adalah perasaan beliau ketika di dalam gua.Dalam suasana gelap dirinya terbayang terperangkap dalam gua. Dengan keadaan yang sempit dan risau kepala air naik atau pasang, ketika itu hanya berdoa keselamatan diri.
Malah Kamalia juga turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui dalam menyempurnakan tugasan tersebut.
“Ketika dalam perjalanan balik, ada beberapa orang dikalangan kami yang terhidu bau wangi. Sebab waktu tu adalah dah nak senja dalam pukul 4-5 petang.Jadi dalam perjalanan balik, kami terhidu bau wangi.Orang kata kalau hidu bau-bau wangi dalam hutan jangan tegur,” jelas Kamalia.
Jangan Takut Masuk Gua
Pesanan Kamalia juga, buat wanita yang pertama kali masuk ke gua jangan takut dan bimbang ambil sebagai satu cabaran. Kepuasan dapat dirasai setelah berjaya mengharungi cabaran tersebut.
“Kepada wanita diluar sana, katakanlah kalau anda memang tak pernah langsung masuk gua, ini adalah kali pertama untuk anda cuba, jangan takut, jangan risau sebab Kamalia pun pertama kali pergi ke gua, jadi ambil ini sebagai salah satu cabaran dalam hidup anda, dan redah je. Anda akan dapat kepuasannya bila dah keluar gua nanti”, ujar Kamalia.
Adakah KAMALIA memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...