Balu Presiden Filipina ke-10, Imelda Remedios Visitacion Romualdez atau lebih dikenali sebagai Imelda Marcos ini pernah menggegarkan dunia dengan kemewahan tak masuk akal yang dimiliki dari hasil titik peluh rakyatnya.
Kegilaan wanita pertama ini mengumpul kasut dan barangan mewah berakhir apabila pemerintahan suaminya, Ferdinand Marcos digulingkan menerusi satu revolusi tanpa pertumpahan darah (1986) membuatkan pasangan ini melarikan diri ke Hawaii, Amerika Syarikat.
Bagi mengimbas kembali, mengapa wanita bernama Imelda Marcos ini ibarat sang mentor, sila baca kupasan Fdaus Ahmad dengan tenang.
Jet peribadi yang membawa Imelda Marcos bersama entourage baru saja berlepas dari Rome.
Mencapai ketinggian optimum, dalam perjalanan pulang ke Philippines, Imelda bingkas bangun lantaran teringatkan sesuatu;
“Terlupa beli keju!”
Pantas Imelda memberitahu sang pilot;
“Patah balik ke Rome sekarang untuk dapatkan keju”
Maka tidak berapa lama jet peribadi 2 enjin itu mendarat semula ke Rome, lalu Imelda bersama entourage turun semata mata untuk membeli beberapa bungkus keju yang mereka terlupa pada awalnya.
Rencana dan dokumentari berkenaan Imelda selepas itu sangat mengingati hal ini, mereka momokkan ia sebagai;
“The Great Cheese Scandal”
The First Lady bersama suaminya Ferdinand Marcos yang menakluk pemerintahan Filipina lebih 20 tahun lamanya sebelum jatuh digulingkan melalui gerakan People Power Revolution pada tahun 1986.
*Ferdinand Marcos memerintah secara Martial Law, dan yeah of course Kleptocrate.
Namun setelah jatuh, Imelda dan Ferdinand berjaya lari ke Hawaii menjadi orang buangan.
Sebagai anggaran, Ferdinand dan Imelda berjaya swindle duit rakyat Filipina ni kurang lebih USD5-10 billion sepanjang 20 tahun pemerintahan. Gila!
Ok kita berbalik pada Imelda Marcos.
Imelda, seorang socialite yang sangat terkenal dengan kegilaannya berbelanja.
Sekitar July 1978, dia fly ke New York semata mata nak habiskan USD1.4 juta untuk beli barangan perhiasan Bvlgari. Kemudian dia fly balik ke Filipina. Steady.
Kemudian sejarah catatkan, sekitar 1981 Imelda datang semula ke New York, kali ni dia berbelanja lagi power. Dia shopping semua koleksi lukisan Leslie R Samuels dengan nilai anggaran USD4.5 juta.
1983, untuk kali ke tiga Imelda datang lagi ke New York, kemudian ke Rome dan Copenhagen dan berbelanja sebanyak USD7 juta borong Cartier, Fred Leighton dan dia beli juga salah satu kerja seni Michaelangelo dengan harga USD3.5 juta.
Imelda berbelanja duit rakyat tak pernah kalah.
Antara paling diingati, pada tahun 1979 beberapa hari sebelum pembukaan Resort di Pantai Marbella, Filipina, Imelda datang melawat kawasan.
Kau tahu apa dia komen?
“Pasir pantai Marbella ni tak cukup putih. Tidak mengapa, saya akan minta beberapa penerbangan segera ke Australia untuk bawa balik pasir pantai yang lebih putih!”
Begitu lah Imelda Marcos, the First Lady from hell.
Kita belum bercerita hal paling famous pasal kasut, handbag, dan pakaian kan? Ok ni aku summarykan barang yang polis penyiasat rekodkan di Istana Malacanang sejurus kejatuhan empayar Marcos;
Koleksi kasut – 3000
Koleksi beg tangan – 1500
Koleksi gaun designer – 1200
Koleksi beg duit – 1000
Koleksi coli hitam – 500
Koleksi coat berbulu – 35 buah almari
Itu tidak termasuk segala barang perhiasan, gelang, rantai, jam tangan, subang, perbelanjaan renovasi kediaman, hartanah dalam dan luar negara, simpanan peti besi di beberapa buah negara luar (ada beberapa peti besi sampai ke hari ni masih tak dapat trace) yang kalau dicampurkan nilainya semua sekali mencecah ratusan juta USD.
Imelda bukan orang yang jenis;
“Aku nak beg tangan kuning tu”
Tidak tuan puan.
Kalau dia suka beg tangan kuning tu, dia akan cakap;
“Aku nak beg tangan kuning, dan semua warna lain yang ada dan kosongkan semua stok beg tangan jenis ni di kedai ini. Aku tak mahu ada orang lain yang beli beg yang sama”
Macam tu lah punya real Imelda Marcos ni.
Kalau dia suka baju tu, dia akan beli baju yang sama 10 dozen terus. Kalau dia tak berapa suka baju tu, dia tetap akan beli paling tidak 5 dozen.
Pernah sekali di Lapangan Terbang San Francisco, Imelda teringin nak kunyah chewing gum. Dia arahkan entourage beli chewing gum, bukan USD0.20 cent, bukan USD2, tapi selamber beli chewing gum USD2000!
Kau bayangkan lah gila dia membeli macam mana.
Begitulah Imelda Marcos yang dunia kenali hingga ke hari ini.
Sehingga wujud terminologi “Imeldific”;
bagi menggambarkan segala sikap pembaziran, pembelian melampau, extravaganza, larger than life dan ketamakan yang ditunjukkan oleh mana mana individu yang disamaperangaikan kepada Imelda Marcos.
Sebenarnya ramai lagi First Lady yang lebih kurang Imelda muncul dalam sejarah dunia moden, antara yang terkenal macam Marie Antoinette, Maureen Mcdonnel, Asma Al Assad dan Gucci Grace Mugabe.
Semua mereka ini hidup senang lenang atas kesusahan, kepayahan dan keperitan rakyat di negara yang mereka tadbir perintah.
Begitu lah manusia manusia yang seperti ini tetap muncul menunjukkan wajah rakus mereka di merata sudut dunia, yang membezakan hanyalah zaman, tahun dan masa.
Dan sejarah juga mencatatkan, kumpulan manusia begini pasti akhirnya dijatuhkan dari tampuk kekuasaan dan hidup dengan penuh kehinaan akibat kejahatan salah laku, rasuah, penyelewengan, tamak haloba dan penindasan yang telah mereka lakukan.
Seperti yang kita selalu sebutkan;
“History Repeats Itself”
Cuma kadang kadang kita tak tahu,
Adakah sejarah itu akan berulang di tempat lain, di masa lain?
atau sebenarnya ia sedang jatuh tepat berulang atas batang hidung dan batu jemala kita di masa sekarang?
Sumber/Foto : Fdaus Ahmad, Getty Image