Kalau Dapat Isteri Tak Pandai Masak, Suami Kena Relaks!

Share

Ada sesetengah suami yang tak cakna, isteri tak pandai masak pun dia sanggup meluah di media sosial. Konon nak tanya pendapat orang ramai, tetapi sudahnya dapat kecaman daripada golongan isteri-isteri yang pantang dikritik!

Haaa… Ini cerita betul, memang wujud perangai suami yang suka meluah di laman sosial. Kasihan tetapi rasanya itu bukan cara yang betul. Cuba masuk dalam kotak isteri, dia turut bekerja atau memang tak minat masak?

Nah, selebihnya jemput hadam pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin dulu.

Isteri tak pandai memasak?

Relaks…

Saya anak dah 3, dulu masa tak ada anak, kami berdua kerja. Dalam perjalanan pergi kerja singgah makan, kat tempat kerja makan kat kantin. Setiap kali balik kerja lagi sekali singgah makan.

Dapur berasap time hari cuti? Tak juga… hujung minggu, keluar jalan-jalan, tengok wayang, shopping, terus makan luar. Kadang-kadang pula tu, balik ke kampung, so mak atau mertua kat kampung yang banyak memasak.

Dapat anak sulung, isteri sibuk menguruskan anak. Dek kesibukan kerja plus baru dapat anak, saya tapaukan lauk luar atau makan luar. Dia buat makanan kat anak je. Selang setahun, dapat lagi seorang, so bila dah ada dua orang, kecil-kecil pula tu, jarak dekat-dekat lagi lah tak sempat nak masuk dapur. Kena keeja lagi pula.

Kadang-kadang tu dah seminggu ayam dalam peti ais, ikan pun sama, sayur dah kecut, dah tak fresh. Beli sebab nak masak, tapi tak sempat masak.

So tuntutan saya sederhana, preferred beli lauk siap dah atau bungkus luar. Kami sama-sama boleh habiskan masa selepas balik kerja tu, main dengan anak-anak. Hari minggu pun, boleh rehat-rehat smbil jaga anak.

Bab lauk pauk, makanan, memang kedai yang “tolong masakkan”.

Tapi bila dapat no 3, wife pun dah berenti kerja, dia mula aktif di dapur. Mula belek-belek resepi online, tulis-tulis resepi dan mula buat… “Try and error”. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Yang paling hancus ialah ayam masak butter sebab rasa macam makan butter ja, tak rasa ada ayam dalam tu.

Bila dia cakap, hari ni dia ada try masak resepi baru, dalam hati saya kata, “habislah aku satgi.” Pernah dia buat saya cirit birit ulang alik ke tandas sampai 8 kali, siap dapat MC lah hari tu.

Lauk atau makanan yang saya puji, yang saya kata sedap, terus dia selalu buat, selalu masak bagi saya makan dan lama-lama dia semakin mahir. Lauk yang gagal, kadang-kadang dia buat dan ada la sedikit improvement. Anak dah 3 pun, masak masih “try n error” lagi.

Soal terer memasak atau tidak ni, atas individu itu sendiri. Ada pompuan yang banyak masa di dapur, maka dia terer memasak. Ada perempuan yang kurang masa di dapur, maka dia kurang terer memasak. Kalau dapat isteri lengkap pandai serba serbi, bonuslah. Kalau ada terkurang sana sini, itu biasa.

Nak kata tak bahagia sebab bini tak pandai masak? Mengarut je la… tuntutan kita sebagai suami tu perlu sederhana berdasarkan kemampuan isteri kita.

Isteri mana yang tak nak masak untuk suaminya? Semua nak… cumanya antara sedap atau tak sahaja. Yang penting, bagi galakan dan semangat untuk dia terus memperbaiki masakannya.

MW: Untungnya kalau dapat suami yang memahami, tak sedap pun tetap jaga hati. Tak makan banyak, makan sedikit. Janji dia sentuh.

Published by
Nadia