Mungkin ramai mak ayah yang dah selamat sampai kampung sebab nak beraya bersama keluarga tersayang, dapat jumpa sanak saudara yang memang jarang-jarang boleh duduk berbual. Itu nikmat!
Tetapi meriah dan seronok macam mana pun kita, jangan lupa didik anak-anak bila dah sampai kampung. Dan paling penting, kita tak menyusahkan mak ayah di kampung dengan perangai pelik-pelik kita. Macam Ustaz Syah Rizal ini kongsikan, seeloknya biarlah persediaan dibuat cukup rapi bersama adik-beradik yang lain.
Nah, jemput baca Check List Hari Raya
ni…1. Sampai je kampung, suruh anak-anak salam dan cium tangan Tok Wan dengan Opah dan saudara mara yang lebih tua.
2. Minta anak-anak angkat barang dalam kereta ke dalam bilik. Susun elok-elok. Ayah dah penat drive mengadap ‘jam’ berjam-jam.
3. Pastikan rumah Tok Wan kemas dan bersih sebelum pagi raya. Tukar langsir, laman dibersihkan, cat dinding yang kotor atau tampal wall paper yang cantik sikit. Kedai RM2 & DIY banyak.
4. Rancang nak masak apa dari hari raya pertama hingga raya ke ketiga. Bahagi tugas ikut kepakaran mereka. Jangan suruh si bongsu je yang ke dapur kome anak beranak keluar beraya.
5. Dah rancang, jangan lupa buat kutipan untuk sediakan semua menu tu. Orang tua kita bukan orang kaya. Yang nak melantak tu kita anak beranak juga.
6. Baju raya iron awal-awal jangan tunggu pagi raya. Kalau tahu iron tak cukup bawa dari rumah iron wap yang mahal tu.
7. Pastikan juadah raya dah tersedia sebelum tetamu datang..Bukan tetamu datang baru nak buat. Jangan asyik selfie je untuk post dalam FB.
8. Pastikan juadah sentiasa ada kalau kurang tambah. Jangan tetamu datang baru nak kalut.
9. Semasa ziarah mak sedara yang tua dan uzur, hulurkan sikit duit tanda sayang kita pada mereka. Kawan saya beli kain batik dan kain pelikat untuk sedekah pada orang tua. Beli kt Mydin je.
10. Jangan biasakan anak-anak minta duit raya. Kalau orang bagi ambil dan ucapkan terima kasih. Jangan buka sampul duit raya depan tetamu.
11. Sebelum balik basuh cadar dan buang pampers anak-anak. Mak Ayah bukan orang gaji kita.
12. Collect satu family RM20 untuk bayar bil api air. Jangan buat tak tau je. Rumah sendiri pandai pula berjimat cermat guna api air.
13. Yang lain kome tambah sendiri. Lain keluarga lain caranya.
Pesanan ini buat renungan kita bersama. Sampai bila nak susahkan mereka..
‘Pak Sedara/Mak sedara yang dah lama memendam rasa..’