
Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang mengumpul barang-barang koleksi tertentu dan menyimpan barang-barang antik dan sebagainya. Tapi berlainan dengan Rosmaniza Mohammad yang suka menghias rumah sewanya dengan menggunakan tema Hello Kitty.
Walaupun kediaman yang diduduki bersama suaminya itu hanyalah rumah sewa tetapi dia tidak kisah untuk menghias dengan karakter kucing yang berwarna putih dan merah jambu ini.
Dari segi sentuhan dekorasi, dia menggunakan hiasan Hello Kitty pada langsir, meja makan dan bahagian ruang tamu. Malahan, kebanyakan barangan itu dibeli melalui online. Ada juga barang-barang hadiah daripada kawan-kawan yang sememangnya tahu minatnya pada ‘Hello Kitty’.
“Mungkin orang akan ingat, hiasan ini seperti budak-budak, tetapi bagi saya, ia memberi kepuasan dan rasanya semua orang mempunyai minat yang berbeza-beza.

“Saya juga tidak kisah untuk mencantikkan rumah, walaupun sekadar rumah sewa. Pemilik rumah pun tidak kisah macam mana kita dekorasi rumah, asalkan kita menjaga rumah itu dengan baik dan elok. Yang penting sewa bulanan tetap bayar,” katanya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Malaysia Nikah Di Thailand Menurun Sejak Larangan Rentas Sempadan Haram

Isi Kandungan
TogglePasangan Malaysia nikah di Thailand menurun sejak larangan rentas sempadan haram. Perkahwinan pasangan Malaysia di Selatan Thailand menurun akibat larangan rentas sempadan haram.
Pasangan Malaysia Nikah Di Thailand Menurun Sejak Larangan Rentas Sempadan Haram
Jumlah pasangan dari Malaysia yang melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand dilaporkan menurun sebanyak 40 peratus selepas penguatkuasaan larangan rentas sempadan secara haram bermula 1 Disember lalu.
Menurut Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, ramai pasangan dari Malaysia membatalkan rancangan mereka untuk ke Thailand disebabkan pemeriksaan sempadan yang lebih ketat.
Beliau menjelaskan, pada tahun lalu, lebih daripada 300 pasangan Malaysia telah memilih untuk bernikah di Narathiwat, di mana kebanyakan mereka berasal dari Kelantan dan Terengganu.
“Namun, selepas larangan tersebut, banyak pasangan sama ada memutuskan untuk tidak datang atau memilih untuk pergi ke wilayah Songkhla. Dalam tempoh sebulan, dari Disember hingga 1 Januari, terdapat penurunan sekitar 40 peratus,” katanya kepada media Malaysia.
Tambah beliau, sebelum ini, pihaknya biasanya mencatatkan empat hingga lima pasangan Malaysia yang bernikah di sini setiap hari. Kini, hanya satu atau dua pasangan sahaja direkodkan setiap hari.
Majoriti Lelaki Malaysia Bernikah Untuk Berpoligami
Abdul Aziz turut memaklumkan bahawa kebanyakan lelaki Malaysia yang memilih untuk berkahwin di Narathiwat adalah untuk tujuan poligami.
“Kebanyakan mereka berumur 30 tahun ke atas, termasuk kakitangan kerajaan. Kami tidak menghadapi masalah untuk menguruskan akad nikah asalkan pasangan membawa dokumen yang lengkap dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa pihak majlis agama sentiasa berusaha mempermudahkan urusan pasangan yang ingin bernikah di sana. Namun, mereka perlu membayar yuran seperti yang telah ditetapkan.
Proses Dokumen Lebih Cepat
Abdul Aziz turut berharap agar pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dapat mempercepatkan urusan dokumen perkahwinan bagi pasangan Malaysia.
“Sekiranya proses ini dapat diselesaikan dalam masa sehari, pasangan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan dokumen sah perkahwinan mereka,” katanya lagi.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 30 orang ahli jawatankuasa telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Narathiwat untuk menguruskan pernikahan pasangan Malaysia dan Thailand.
Ketika lawatan media dilakukan, beberapa pasangan dari Malaysia dilihat sedang melangsungkan akad nikah di bilik khas yang disediakan oleh majlis agama tersebut.
Perubahan dalam prosedur rentas sempadan ini jelas memberi kesan kepada jumlah pasangan Malaysia yang memilih untuk bernikah di Selatan Thailand. Meskipun jumlahnya menurun, pihak berkuasa agama di sana terus memberikan perkhidmatan terbaik demi memudahkan urusan pasangan yang memenuhi syarat dan mematuhi undang-undang.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Nikah Di Sempadan Sembunyi-sembunyi, Akibat Kesilapan Ayah, Anak Perempuan Terkahwin Abang Sendiri
Lelaki Kalau Ajak Poligami Tapi Nak Nikah Di Siam, Peguam Syarie Nasihat Wanita Tinggalkan Dia
Kahwin Di Sempadan Tak Daftar Nikah, Anak Isteri Merana Tanggung Akibatnya!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Remaja 17 Tahun Meninggal Makan Bihun Telur Mata, Bapa Kongsi Anak Makan 3 Biji Telur

Isi Kandungan
ToggleRemaja 17 tahun meninggal makan bihun telur mata, bapa kongsi anak makan tiga biji telur.
Seorang remaja menikmati bihun bercampur telur mata yang dibawa ibunya berakhir dengan tragedi apabila mengalam keracunan makanan teruk hingga membawa kepada kematian.
“Isteri membawa pulang bihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin dan dimakan kami lima beranak,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Kamal yang kematian anak lelakinya berusia 17 tahun dipercayai akibat keracunan makanan, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, Kamal berkata, hanya dia, isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.
Remaja 17 Tahun Meninggal Makan Bihun Telur Mata
Menurutnya, arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut hingga hari ini.
“Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.
Bapa Kongsi Anak Makan 3 Biji Telur
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
“Bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.
“Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dan dakwaan membabitkan dua kematian membabitkan pihak ketiga (orang luar),” katanya.
Beliau berkata, Jais masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.
Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Makan Tiram Mentah Bukan Sebab ‘Kebal’ Tapi Risiko Keracunan Makanan, Lagi Bahaya!
Selepas 10 Hari Keracunan Puding Buih, Wanita 25 Tahun Meninggal Disebabkan Kegagalan Multiorgan

Walau On Aircond, Tingkap Kereta Dibuka, Risiko Keracunan Gas Monoksida Tetap Ada
Keracunan Makan Kupang Sampai Masuk ICU, Ini Tip Cara Siang Kupang
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajarlah Anak Jaga Elok Buku Teks Sekolah, Pahalanya Mengalir Sampai Ke Murid Lain

Isi Kandungan
ToggleDalam pada sibuk uruskan hal sekolah anak itu, jangan lupa satu benda penting untuk anak-anak mula sekolah; BUKU TEKS.
Posting Cikgu Mohd Fadli Salleh berkenaan buku teks sekolah ini patut mak ayah ambil peduli.
Memanglah nampak remeh. Sebabnya balut dan jaga buku teks tu kan kerja remeh. Tapi bila benda remeh ni diambil mudah, maka murid-murid lain di tahun seterusnya yang akan terima akibat.
Kenapa pula macam itu? “Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula.
“Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.
Nak Buat Apa Kalau Dapat Buku Teks Macam Ni
1. Hubungi guru, bagitahu dia elok-elok. Jangan marah-marah, jangan bernada sinis.
2. Tanya jika masih ada buku elok, jika ada tukarlah. Jika tiada, kau balut buku elok-elok dan bagitahu guru yang itu bukan silap anak kau. Jadi akhir tahun nanti dia tak perlu ganti.
Cara Penyelesaian PALING AGUNG
– Kau pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak kau. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti kau jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,
“Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”
Kan hebat tu. Guru pun pandang kau dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Kau pun dapat saham akhirat. Lengkap!
Dari kau pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok :-
– Kerana sebuah buku koyak martabat kau sebagai ibu bapa hebat jatuh.
– Kerana menggantikan sebuah buku, kau dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.
Sebab Itu Kena Ajar Anak Jaga Buku Teks Dari Awal Tahun
Jika anak kau dapat buku teks sebegini, kau perlu tahu kenapa jadi macam tu.
1. Murid tahun lepas hantar buku satu ‘bundle’. Dah ikat siap-siap.
2. Cikgu kira dari tepi sahaja. Tanpa buka ikatan. Bila bilangan buku cukup dan nampak dari sisi elok, maka dianggap semua elok. Maka diserahkan pada murid untuk kegunaan tahun depan.
3. Kalau buka setiap ‘bundle’, kau bayangkan nak kira dan ‘check’ satu-satu dan ikat semula. Kalau murid 2000 orang, dan setiap murid terima 20 buah buku, cikgu tu kena kira 40,000 buah buku tahu tak? Mati kepenatan cikgu tu nanti.
4. Itu kecuaian murid tahun lepas sebenarnya. Murid tu tak jujur waktu serahan buku teks. Dan guru terlepas pandang hal ini.
5. Buku percuma ni ramai sangat orang tak hargai. Sebab bukan beli guna duit mak ayah dia. Murid tak jaga, ibu ayah pun jarang bagi ingatan pada anak supaya jaga buku tu elok-elok.
6. Sampai satu masa, buku rosak lebih banyak dari murid yg memerlukan. Nak tunggu stok buku baru, mungkin sampai lewat. Maka, solusinya bagi jelah buku walau rosak sedikit asal murid boleh belajar.
Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama.
Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita.

Ingat tu! Sedekah itu simpanan sebenar kita.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh
Cara Ini Paling Mudah Dan Pantas Balut Buku Teks Sekolah
Selain balut dengan pembalut plastik itu, ada cara paling mudah dan pantas nak balut buku sekolah.
Mak ayah cuma perlu pergi ke kedai buku Popular atau seumpamanya, carilah Beready Self Adhesive dan gunting.
Balut ikut panduan video yang diberikan. Haa.. sambil duduk-duduk pun boleh. Senang sungguh!
Sumber video : Viral Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI