Kalau dah jumpa jodoh bersyukurlah, jangan hina orang single. Semua ada alasan hidup sendiri untuk tidak berkahwin.
Ada yang rasa hidup single lagi bebas dan tidak dibebani dengan perangai lelaki yang teruk. Bukti lelaki tak bertanggungjawab ini banyak. Lihat orang sekeliling, masa susah ke main bersama isteri, bila dah senang manja-manja dengan perempuan lain.
Ada pula sudah ada segalanya, pekerjaan yang baik, rumah tempat berteduh dan rasa senang untuk sendirian. Semua itu tak salah pun. Tapi apa yang salahnya, kalau orang yang bertemu jodoh mengata orang single. Kadang setengah orang mahu bergurau tanpa sedar gurauan tentang jodoh itu menyakitkan hati orang lain.
Gurau memang boleh gurau tetapi ada adabnya. Kalau dah jumpa jodoh bersyukurlah kerana ia dah ditulis dari luh mahfuz lagi. Kalau tak jumpa lagi, sabarlah kerana urusan jodoh ini hak Allah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Single Bukan Dosa, Lagi Berdosa Kita Terdesak Hendak Kahwin Hingga Aniaya Wanita Lain
Lelaki Kalau Tak Ada Ciri-Ciri Ini, Wanita Lebih Rela SINGLE!
Pasangan Hidup Bukan Jaminan Bahagia, Single Pun Mampu Ya!
Ada orang single mungkin trauma dengan perkahwinan mak ayahnya yang teruk seperti kaki judi, kaki pukul, tak ada tanggungjawab dan ramai juga bapa haruan makan anak.
Apa pun ramai juga orang single yang lebih gembira travel ke sana sini tanpa siapa menghalang bahkan lebih bahagia dari orang berkahwin yang terpaksa berperuk di rumah kerana pasangan rezekinya biasa-biasa saja dan tak mampu menyediakan kesenangan untuk isteri. Pendek kata, orang single ada ujiannya, orang berkahwin pun ada ujiannya.
Bahkan ada orang berkata, perkahwinan ini satu perjudian. Dapat nakhoda yang beriman, rumahtangga akan selamat, dapat nakhoda yang terkasima kilauan dunia, tariklah anak isteri ke neraka bersama-sama.
Apa pun, kalau dah jumpa jodoh tu bersyukurlah. Semua orang ada alasan kenapa masih single. Lebih baik cakap yang baik-baik kerana ada pepatah mengatakan kerana mulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.