Seronoknya dapat berhari raya dengan keluarga tercinta, apatah lagi tahun ni giliran beraya dengan keluarga cheq dulu. Tapi kami tak kisah sangat sebab kami ni pasangan kampung sebelah- menyebelah. Leh tukar kejap beraya kat sini, setengah jam lagi beraya kat rumah sedara belah sana pulak.
Tengah mood ‘happy-happy’ raya, happy jugak lah makan segala hidangan dia rumah saudara mara. Time rayalah macam- macam menu terbaik mak-mak menakan dok susun atas meja nak bagi semua makan. Momen ni paling best, makan macam tak ingat dunia.
Kononnya time beraya ni nak rasa sikit-sikit ker setiap rumah sedara yang pergi, tetapi harapan palsu semua tu. Lagi- lagi time sedara tarik muncung bila kita tak nak jamah, memang tak sampai hati.. acah-acah jer tu.
Sudahnya setiap rumah yang pergi, memang akan makan dan makan dan makan sampai laa kenyang hingga tak mampu bergerak. Then esoknya berulang lagi rutin yang sama.
Tiba- tiba terasa baju raya yang mula pakai terletak terasa sendat barulah gelabah. Padahal bulan puasa sebulan turun 3 kilo kot, sekali bedak time raya tiga hari dah lima kilo naik.
Perasaan terus datang dan pelan-pelan bisik kat hati yang nanti balik kerja nak puasa 6 lah. Baru plan lah, lum buat lagi. Harap- harap dapatlah puasa enam, selain dapat pahala dan dapat kurus baliklah.
Memang mak-mak ni time beraya jangan beranganlah nak diet. Lagi-lagi ada jer suara jahat, cakap makan jelah raya kan… part ni paling ekstrem nak say no pada makanan.
Bukan saja makan time ziarah saudara mara, time tu jugak lah nak gi merasa port makan viral kat kampung.. alang-alang kan. Alasan sangat kan. Tak cukup dengan tu, siap request kat mak nak makan itu dan ini. So memang ke laut lah kalau awak berdiet.
Cara terbaik adalah disiplin. Tanam dan pasak kuat- kuat dalam hati yang awak tu berdiet. Jangan lupa diri, kawal makan dan jangan cheat. So syawal, jom kita sama- sama berpuasa… leh juga ganti terus puasa yang tertinggal. Ayuh dapatkan kembali berat badan idaman!
Chaiyook!
Kalau makan main tarik, ini boleh menyebabkan mak-mak mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Sanggup?
Tak cukup dengan itu, kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, yang boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam.
Lagi teruk, boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.