Seronoknya dapat berhari raya dengan keluarga tercinta, apatah lagi tahun ni giliran beraya dengan keluarga cheq dulu. Tapi kami tak kisah sangat sebab kami ni pasangan kampung sebelah- menyebelah. Leh tukar kejap beraya kat sini, setengah jam lagi beraya kat rumah sedara belah sana pulak.
Tengah mood ‘happy-happy’ raya, happy jugak lah makan segala hidangan dia rumah saudara mara. Time rayalah macam- macam menu terbaik mak-mak menakan dok susun atas meja nak bagi semua makan. Momen ni paling best, makan macam tak ingat dunia.
Kononnya time beraya ni nak rasa sikit-sikit ker setiap rumah sedara yang pergi, tetapi harapan palsu semua tu. Lagi- lagi time sedara tarik muncung bila kita tak nak jamah, memang tak sampai hati.. acah-acah jer tu.
Sudahnya setiap rumah yang pergi, memang akan makan dan makan dan makan sampai laa kenyang hingga tak mampu bergerak. Then esoknya berulang lagi rutin yang sama.
Ads
Tiba- tiba terasa baju raya yang mula pakai terletak terasa sendat barulah gelabah. Padahal bulan puasa sebulan turun 3 kilo kot, sekali bedak time raya tiga hari dah lima kilo naik.
Perasaan terus datang dan pelan-pelan bisik kat hati yang nanti balik kerja nak puasa 6 lah. Baru plan lah, lum buat lagi. Harap- harap dapatlah puasa enam, selain dapat pahala dan dapat kurus baliklah.
Tak Payah Berangan Nak DIET
Memang mak-mak ni time beraya jangan beranganlah nak diet. Lagi-lagi ada jer suara jahat, cakap makan jelah raya kan… part ni paling ekstrem nak say no pada makanan.
Ads
Bukan saja makan time ziarah saudara mara, time tu jugak lah nak gi merasa port makan viral kat kampung.. alang-alang kan. Alasan sangat kan. Tak cukup dengan tu, siap request kat mak nak makan itu dan ini. So memang ke laut lah kalau awak berdiet.
Cara terbaik adalah disiplin. Tanam dan pasak kuat- kuat dalam hati yang awak tu berdiet. Jangan lupa diri, kawal makan dan jangan cheat. So syawal, jom kita sama- sama berpuasa… leh juga ganti terus puasa yang tertinggal. Ayuh dapatkan kembali berat badan idaman!
Ads
Chaiyook!
Nota Buat Mak-mak Nak Beraya:
Kalau makan main tarik, ini boleh menyebabkan mak-mak mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Sanggup?
Tak cukup dengan itu, kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, yang boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam.
Lagi teruk, boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rahsia perut kempis. Perkara paling selalu dirisaukan buat wanita tentulah apabila berat badan naik. Bukan setakat berat naik, perut pun pasti akan naik sekali. Seiring sekata.
Ini bukan saja untuk mereka yang berat badan naik tapi buat wanita yang memang berat badan tak pernah nak turun, Segan juga bila berpakaian, mahunya ada yang tanya berapa bulan mengandung?
Jangan cepat putus asa. Walaupun kita chubby, tapi pastikan perut kita tak buncit dan kekal kempis. Biarlah berat badan susah nak turun tapi perut mesti kempis. Cubby yang cantik.
Satu rahsia yang boleh anda amalkan untuk dapatkan perut kempis terutamanya anda yang berisi. Boleh amalkan minuman detox ini sebelum tidur.
Buat yang badan kurus tapi perut buncit pun boleh saja amalkan juga. Moga ia memberi manfaat.
Bahan-bahan:
Air
1 inci halia – dihiris
3 hiris lemon
Chia seed
Madu asli
Caranya:
1. Sediakan air, kemudian masukkan hirisan halia bersama hirisan lemon.
2. Kacau dan biarkan ia mendidih.
3. Selepas itu, tuangkan air yang tadi ke dalam gelas.
.
4. Campurkan dengan 1 sudu chia seed.
.
5. Masukkan juga sedikit madu asli.
.
6. Kacau dan minum sebelum tidur.
Mudah-mudahan perut tak akan buncit.
Mingguan Wanita : Chubby pun chubby la, asalkan perut tak buncit dan jadi chubby yang cantik. Sesiapa saja boleh je untuk amalkan dan tidak terhad kepada orang yang mengalami masalah berat badan saja.
Selalunya bila goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak kekal rangup. Rupanya ada caranya untuk jadikan ikan bilis ini lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama. Kena renjis dan gaul sekejap dengan cuka makan.
Cara Buat Ikan Bilis Kekal Rangup
Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Liza Idrisini.
Meh sini nak share tips ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Cuka makan secukupnya
Cara Membuat:
1.Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam dua sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye.
Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.
2.Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
3.Renjiskan cuka ikut keperluan.
4.Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu.
5.Panaskan minyak, biar betul-betul panas.Kemudian, masuk ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
MW: Boleh cuba tip yang dikongsikan ini, renjis dan gaul dengan sedikit cuka makan kemudian barulah digoreng seperti biasa. Hasilnya ikan bilis yang digoreng kekal rangup!.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.
Siap! dah boleh makan.
MW: Menarik juga resipi pulut nangka kuah santan pekat ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Mungkin ada yang kata buah nangka dan pulut ini ‘angin’, apa-apa pun makanlah berpada-pada dan tak berlebihan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...