“Kalau Dah Cukup Dengan Apa Yang Ada, Kita Tak Akan Cari Lain…”

Share

Orang yang jenis berniat nak cari lain ni, biasanya tak bersyukur dengan apa yang ada. Tak reti menghargai apa yang dia ada atau kata mudah, TAMAK!

Pendek kata, tak ada masalah, saja cari masalah. Ingat senang ke nak menjaga hati manusia ramai-ramai? Tetapi kalau dia dah dapat rezeki berpololigami, itu lain cerita.

Yang kisah sekarang, orang yang dah ada pasangan dan anak-anak kat rumah tetapi masih buka peluang kepada orang ketiga. Ini memang cari penyakit!

Nak bagi ‘luas pemandangan’ dalam isu ini, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.

Kita yang dah jadi suami ni, boleh je tak pandang dan layan perempuan lain selain isteri, tapi…

Kena jaga ikhtilat la… ikhtilat tu pergaulan antara kita sebagai suami orang ni, dengan perempuan-perempuan lain selain dari isteri kita, yang menjadi masalah zaman sekarang ni, pergaulan tu terlalu bebas dan terbuka. Suami orang, boleh ajak pompuan lain, yang se-opis, keluar lunch together-gether pulak. Kalau ramai-ramai tak apa, ini berdua, satu kereta.

Hmm… benda ni kita boleh kawal sebenarnya. Kalau ada perempuan yang datang approach kita, “Tengku Iskandar Syed Kamal Qiamullail, jom pergi lunch, kita pergi berdua”, boleh je kita menolak dengan cakap, “Awak ajak orang lain, ajak Nurul atau Dayah, tak elok kita keluar berdua.”

Saya ni SUAMI ORANG… tapi kita jawab lain, kita kata “JOM, saya belanja!!!”

Bila ada perempuan datang sembang, “Awak ni bagus, nampak bertanggungjawab, nampak penyayang, personaliti menarik, awak ada ciri-ciri lelaki idaman saya.”

Boleh je kita jawab “Awak berdoa la supaya dapat lelaki yang ada ciri-ciri macam tu, minta kat Allah, jangan minta kat saya sebab saya ni SUAMI ORANG…”

Tapi kita jawab lain, kita akan kata “Betul ke, tak ada la. Biasa-biaa je. Awak suka saya ehh…”

Bagi saya, status suami orang ni berat sebenarnya. Kita boleh tolak mana-mana perempuan yang menghampiri jika kita betul-betul menghargai perempuan yamg dah bergelar isteri kita tu. Semuanya bergantung atas diri sendiri je, bukan orang lain. Orang kata,

“Kalau tak cari, tak dapat la. Kalau cari, dapat la.”

Kalau kita dah ada, dah rasa cukup dengan apa yang kita dah ada, buat apa nak cari kan? Then orang cakap, kalau letak ikan depan kucing, tak kan la dia nak biar? Kalau dia dah kenyang, dia akan biar, dia akan jilat kaki dia, cuci muka dia. Dia biar ikan tu sebab dia “dah kenyang”.

Macam tu juga dengan kita yang dah jadi suami orang ni. Kalau rasa cukup dengan apa yang kita dah ada, yang dah jadi milik kita, “dah kenyang”, maka kita tak akan mencari dan “makan” lagi.

Apa yang penting, kena tahu apa yang kita nak dan apa yang kita cari sebenarnya. Kalau kita tahu, dan kita dah dapat semua tu, maka dah cukup bagi kita untuk kita tolak “ikan-ikan” tu dengan cara yang baik sebab kita dah “kenyang”.

Published by
Nadia