Kalau Bukan ISTERI Siapa Nak Habiskan DUIT Suami, Asalkan Tak KETERLALUAN

Share

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), isterilah menjadi barisan hadapan di rumah. Dari pagi menyiapkan juadah berbuka, petang pula sibuk menyediaka, juadah berbuka. Mengejar terawih lagi, bukan sesuatu yang mudah buat seorang isteri.

Jadi apa salahnya suami memberi isteri peluang untuk mereka hilangkan stres dengan membeli apa yang mahukan secara online. Keluarkan sedikit bajet dan beri kelonggaran untuk isteri bershopping.

Kalau bukan isteri, siapa lagi nak habiskan duit suami kerana dalam rezeki suami ada bahagian isteri. Tetapi isteri jangan pula keterlaluan. Barulah isteri bahagia, suami pun turut bahagia.

Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini dan fahami sedalamnya :

“Buat apa beli selipar ikan ni sayang ku oii”

Mula-mula rasa geram juga. Sebelum ini isteri saya kata hendak shopping barang yang penting-penting saja di Shopee itu tapi eh sampai kat rumah selipar ikan macam ini.

Penting dekat mana selipar ikan macam ini?

Tapi rasa geram itu tiba-tiba bertukar jadi rasa sayu pula bila saya teringat balik ekspresi wajah si dia yang penuh ceria bila abang posmen bagi bungkusan itu dekat dia.

Sebiji macam ekspresi wajah budak-budak yang dapat mainan paling dia idamkan! Boleh rasa macam hati si dia melompat-lompat gitu.

Terapi Stres Uruskan Rumahtangga

Selama PKP di rumah mertua ini jarang si dia berehat sebenarnya. Sudahlah menantu sulung keluarga pula tu. Ada mertua hendak dijaga dan ada anak dan suami yang selalu mintak perhatian daripadanya.

Sedikit sebanyak stres itu tetap ada. Jadi jika pembelian ini boleh buat si dia happy, saya sebagai suami tutup sebelah mata sajalah kerana saya tahu ianya adalah Stress-Reliever bagi si dia. Saya ingat lagi pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya, katanya ” benda ni mainang puang. Doh nok wat guane ke dia “

Saya ingat juga pesan sorang sahabat saya yang juga seorang Jutawan. Katanya begini “kalau bukan isteri kita, siapa lagi nak habiskan duit kita”. Tapi saya tengok tak habis-habis pun duit dia. Makin bertambah jutawan ada lah. Sebab mungkin dia tahu rahsia bahawa dalam pendapatan suami, ada bahagian rezeki untuk si isteri.

Baca Artikel Berkaitan:

Bahagiakan Orang Rezeki Jadi Murah, Bukan Hendak Perhatian MANUSIA Tapi Allah

Nak Lancar Rezeki, Jaga Akhirat Dan Jaga Dunia Juga..

Izinkan Isteri Beli Apa Yang Mahu

Belilah sayang. Masukkan apa pun dalam ‘cart’ shopeemu sayang. Asalkan tak keterlaluan, asalkan ia membuatmu bahagia dan ceria akan abang tutup sebelah mata sahaja.

Kita tak tahu, kadang benda simple di mata suami ni, boleh jadi benda yang paling membahagiakan di mata isteri.

Taufiq Razif
Suka pura pura tidur jika isteri ajak tengok akaun Shopee dia

Sumber: Dr Taufiq Razif

MW: Kadangkala benda remeh-temeh di mata suami menjadi perkara yang paling membahagiakan buat isteri. Oleh itu, jangan berkira dengan isteri kerana itulah satu-satunya terapi dia setiap kali berdepan dengan tekanan. Jangan lupa izinkan mak-mak shopping ya ayah-ayah sekalian. 

Published by
Syazwani Mehat