“Kalau Bukan Artis Mungkin Tak Berniqab” Menutup Aurat WAJIB, Jangan Banyak Alasan – Waheeda Wassini

Share

Waheeda, nama yang popular suatu waktu dahulu dengan lagu Wassini yang turut menjadi siulan anak-anak muda. Namun, dikemuncak popularitinya, dia berhijrah dan mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia hiburan, sementelah selepas berkahwin dengan penyanyi nasyid Akhil Hayy.

Apatah lagi, kemunculannya dengan pemakaian niqab membuatkan sesiapa melihat ‘sejuk mata memandang’. Mungkin juga selepas dia berkahwin, kisahnya terus ‘sunyi’ dari dunia hiburan.

Terbaru dari perkongsian Norkhomsiah Bakrim tentang bual bicara bekas penyanyi ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Tidak Kongkong Waheeda “Berusaha Hendak Kekal Di Jalan Allah, Mahu Datang Balik Dengan Allah”

Free Hair, Bertudung Fesyen Akhirnya Berniqab, Penghijrahan Neelofa Bukan Berlaku Satu Malam

Waheeda Wassini Berhijrah Untuk Jaga Diri Sebagai Muslimah

Terkesan bila tengok bual bicara bekas penyanyi, Waheeda yang pernah popular dengan lagu “Wassini”

Perbualan nampak santai. Ini 10 points take-away messages yang dirasakan ‘sampai.’

1. Waheeda berhenti menyanyi untuk faham kenapa dirinya dilahirkan sebagai seorang Islam. Lebih 10 tahun menghilangkan diri daripada radar industri seni hiburan, beliau fokus kepada pengajian Al-Quran dan Sunnah/Hadith. Jangan terkejut kini Waheeda mampu berkongsi ilmu tadabbur ayat Al-Quran dengan sangat baik.

2. Bila wartawan atau sesiapa sahaja tanya, kenapa berhijrah?

Waheeda kata, tidak perlu ditanya kenapa. Dia hanya mahu mengamalkan agama mengikut fitrah sebagai seorang hamba. Tiada apa yang berubah atau pelik apabila seseorang itu benar faham agama.


.3. Jangan pisahkan agama dengan kehidupan. Kita perlu hidup beragama dalam semua aspek kehidupan. Kita hidup bertuhan. Kita sentiasa ada pilihan. Nak buat apa-apa, fikir dulu dari sudut agama. Itu namanya Islam is the way of life.

4. Bila kita pisahkan agama dengan kehidupan, kita akan justify tindakan yang tidak mengikut syarak.

Contohnya,
.
Tak pakai tudung dengan alasan perlu kerja ikut skrip dalam lakonan.
Tetap menyanyi sebab nak cari rezeki.

Itu tandanya memisahkan agama dengan kehidupan.
Islam ada semua panduan hidup untuk selamat dunia & akhirat.

5. Ramai tahu Waheeda buat lagu genre pop etnik berkonsep ketuhanan.
Namun, katanya konsep yang tepat ialah PENTAUHIDAN.
.
Beriman kepada ALLAH dalam zat-Nya
Beriman kepada ALLAH dalam sifat-Nya
Beriman kepada ALLAH dalam af’al-Nya

Waheeda mahu ajak orang ramai dan peminat muzik mengtauhidkan ALLAH dalam kehidupan. Maksudnya, pasak kemas kalimah “Lillahi Taala” di hati.

Jelas semua perbuatan yang diniatkan kerana ALLAH dan cara perlaksanaan mengikut syarak boleh jadi ibadah. Sedar tujuan kewujudan setiap manusia memang untuk beribadah.

6. Basically, sentiasa sedar ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya.
DIA adalah ‘Boss’ kita yang paling utama yang memiliki ‘CCTV’ teragung pada setiap masa. Kita tak pernah terlepas daripada diperhatikan.

Penglibatan diri dalam dunia seni atau media sosial juga boleh jadi ibadah.
Kita sama-sama saling membesarkan ALLAH melalui penulisan, percakapan, pemakaian dan perbuatan.

7. People make assumptions based on our visual deduction. Penampilan kita menjemput persepsi orang lain.

Jelaskan niat. Pemakaian niqab bukan mengikut trend. Niat secara asas kerana ALLAH. Namun, ada push factor yang berbeza bagi setiap individu yang memilih untuk memakai niqab/purdah.

Waheeda ingin mendekatkan diri kepada ALLAH. Beliau menyesal suatu ketika dulu pernah membiarkan dirinya dipertontonkan di depan khalayak dengan TABARRUJ = Berhias secara berlebih-lebihan.

Kata Waheeda,

“Kalau I bukan artis, maybe I tak pakai niqab. I nak tebus kesilapan. Rasa bersalah dengan ALLAH. Bersepah muka I dengan over make-up for many years.

I think, it’s enough! Now, I get freedom. Bila nak make-up tak rasa bersalah. Bila keluar pun takde org kenal.”

Maka, pilihan berniqab membantunya untuk lebih menjaga diri sebagai seorang Muslimah.

8. Menutup aurat adalah benda wajib buat. Kau suka atau tidak wajib taat.
Jangan protest. Jangan banyak alasan.

TAQWA = ikut perintah ALLAH dan tinggalkan larangan-NYA.

Islam menegaskan tutuplah aurat supaya orang kenal kau siapa.

Tanpa interaksi, melihat cara pemakaian sahaja seseorang akan dikenal sebagai seorang Muslim/Muslimah.

Tegakkan syiar Islam melalui pakaian. Itu juga dakwah kecil-kecilan.

9. Soalan paling famous, “Kenapa Waheeda keluar industri seni? Merajuk ke? Takde job ke?”

Realitinya, Waheeda undur diri dari dunia seni hiburan ketika namanya sedang berada di puncak. Kata Waheeda,

“Entertainment industry is not pretty. Benda dah tak sedap.
Hati rasa kosong. Yes, that’s the word! Saya mencari.
If you really want to improve yourself, you need to find a good circle. Move out from somewhere which doesn’t help you to improve your imaan.”

10. Everything is just temporary. Semuanya sementara.
Dunia hiburan suatu persinggahan. Even hidup atas dunia ni pun suatu persinggahan. Kubur juga alam persinggahan. It can be either a happy or sad transit.

Kita tidak mahu hidup dalam ISTIDRAJ = Dapat banyak nikmat sebab rasa ALLAH sayang tanpa sedar itu adalah ujian bila mana diri semakin menjauh daripada Pemberi Nikmat.
.
Nauzubillahi Min Zalik..

Banyak benda buat kita lupa. Kita lalai dengan dunia sampai ingat kita di sini selama-lamanya.

We’re going to die.

Ini statement motivasi bukan statement melemahkan.
Bila ingat mati, kita dah tahu masa yang ada singkat. Maka, kita akan cepat-cepat buat kerja AKHIRAT.

MasyaAllah.. Tabarakallah.
Sama-sama renung diri bermuhasabah.

Ini kisah inspirasi wanita yang dikurniakan kecantikan + kemewahan + kemasyhuran tetapi sanggup meninggalkan segalanya demi agama.

Bagaimana dengan kita?

Semoga bermanfaat buat pembaca.

Mingguan Wanita : Moga terus istiqamah dan perkongsian yang sangat baik.

Sumber: Norkhomsiah Bakrim

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora