Mengunjung itu tak salah tapi yang salahnya kalau buat kunjungan, mak-mak mula bandingkan anak orang. Hentikan budaya tak sihat ini. Tak kiralah anak yang bongsu lebih gelap daripada adik-beradiknya yang lain atau yang sulung tu berisi sikit daripada anak yang kedua.
Biarkan dan abaikan sahaja. Tak perlu panjangkan cerita tentang kelebihan dan keburukan anak-anak orang. Tanpa sedar budaya ini memberi impak negatif kepada emosi kanak-kanak dan lebih buruk dia akan berdendam hingga dewasa.
Hentikan Budaya Bandingkan Anak
Ia mungkin telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat setempat. Tidak sah kunjungan jika makcik- makcik tidak memberi ulasan dan kritikan mengenai penampilan fizikal kanak kanak.
Apa yang menyedihkan, ada kanak-kanak yang dibandingkan penampilan dikalangan sepupu dan adik beradik sendiri. Selalunya, yang berkulit gelap dan berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan bahan gurauan.
Artikel Berkaitan:
Kini, anak lelaki dan perempuan tidak terkecuali. Kedua-duanya menjadi perhatian. Bagi anda, ia mungkin sesuatu yang melucukan, namun hakikatnya ia memberi satu tamparan emosi kepada mereka.
Bila Bandingkan Anak Buat Mereka Hilang Keyakinan
Ia menyebabkan kanak kanak hilang keyakinan diri dan boleh akibatkan mereka lebih inferior berbanding rakan sebaya.
Hentikan tabiat ini. Hentikan mengkritik penampilan fizikal kanak-kanak. Jangan robohkan keyakinan diri mereka. Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.
MW: Setiap anak mempunyai kelebihannya yang tersendiri, jangan dibandingkan dari segi fizikal. Apatah lagi fizikal itu kurniaan Allah. Jika mak-mak membandingkan rupa dan fizikal anak, seolah-olah mak-mak menghina ciptaan Allah.