
Hentikan Budaya Bandingkan Anak
Bila Bandingkan Anak Buat Mereka Hilang Keyakinan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengetua Sekolah Ini Kongsi Tip Handle Anak Masa Raya Ikut Pengalaman Sendiri

Isi Kandungan
ToggleMakin meriah raya kalau ingat peragai anak-anak tetapi beraya bersama anak boleh jadi mencabar kalau kita tidak melakukan persediaan yang cukup.
Jadi mak ayah kena beri perhatian lebih semasa pergi beraya bersama anak-anak dan kalau nak selamat ikutlah tip yang dikongsikan Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim…
1. Bincang dengan suami
Duduk lah sama-sama dengan suami rancang perjalanan hari raya kita. Nak raya mana dulu. Nak tidur mana. Berapa lama nak raya. Ingatlah bahawa kita beraya dengan mahkhluk kecil. banyak ragam, banyak cerita. Rancang perjalanan dan raya kita inshaAllah kita lebih mudah handle anak.
2. Anak-anak 4 tahun ke atas
Anak-anak umur begini senang je sebenarnya nak handle jika kena gayanya. Masa merancang raya tu, ajak diaorg sekali. Cakap, berbual, komunikasi dengan diaorang. InshaAllah diaorang akan faham. Ingat – kunci perhubungan anak-ibubapa adalah komunikasi yang baik.
3. List do’s & donts’
List kan do’s & donts’ kepada anak-anak 4 tahun ke atas ni. Terangkan kepada mereka. Cakap dengan nada tegas tapi still mesra. Cakap yang kamu semua kena bersikap baik supaya raya kita enjoy dan happy-happy sahaja. Kalau ada benda yang korang nak marah, cakap dengan Ummi dulu. Faham dak? hihihi
Contoh: 1. Cakap elok-elok 2. Duduk elok-elok 3. Minta izin kalau nak sesuatu
Kalau Ikutkan Pengalaman
Pengalaman saya handle anak-anak sebegini, bila kita beritahu awal, faham kan mereka, bagi penerangan, mereka akan lebih mudah di handle daripada sikap kita yang tak mahu bercakap, tak nak komunikasi dengan anak, sebab kita rasa anak tak akan faham. Itu sangat silap!
4. Anak-anak yang bawah 4 tahun
Ini sedikit mencabar sebab mereka masih kecil. Kurang faham. Tak boleh tolerate. Ego sentricnya tinggi. Nak berebut saja. Tak boleh orang ambil barang dia. Jadi kita sebagai mak ayah kena extra peka, extra observant, extra careful. Ayah jangan buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar. Tak yah nak jadi YB sangat, bual-bual lama sangat sampai mak seorang saja yang layan anak yang mengamuk. Mak pula, tak yah nak gosip lebih sangat, anak tu dah ada bunga-bunga mengamuk, kita kena bertindak pantas.
5. Bila anak mengamuk, apa nak buat?
1st kalau dari mula kita dah nampak bunga-bunga kemengamukan tu lagi senang kita nak handle. Tapi kalau lambat agak sukar. So, macam saya cakap tadi, kita jangan sikit pun lepas pandang. kita extra sensitif dengan pergerakan anak. Bila nampak anak start nak mengamuk, terus cuba pujuk dia. Bawa dia ke tempat yang lebih selesa dan lapang.Bawalah keluar rumah sekejap. Ajak tengok burung terbang ke, lori lalu lalang ke….janganlah pujuk dari jauh. Atau harap orang lain nak pujuk anak kita. Kita lah kena proaktif.
6. Bawa mainan atau barang yang anak suka
Bagi mengelakkan anak mengamuk dengan mudah, bawalah mainan kesukaannya atau buku kesukaannya. Bawa snack dan air. Pastikan anak makan. Dia kenyang. Baju yang dia pakai sesuai dengan dia. Tak panas. Semua ni sangat penting walaupun nampak remeh.
7. Raya Ikut kemampuan
Beraya mengikut kemampuan anak kita. Ya kita ni orang dewasa, kita kuat. Kita tahan sabar. Kita ni tahan penat. Tapi anak kita kecil lagi. Sebab tu perancangan raya tu tadi sangat penting.

Kalau konvoi macamana?
Pandai-pandailah kita. Minta izin tenangkan anak dulu ke. Bincang elok-elok dengan peserta konvoi ke. Kita pun tengok-tengok lah anak orang lain. Kalau anak orang lain dah mengamuk, offerlah untuk bantu atau rehatlah sekejap ke macamana kan.
8. Nak jaga anak ke nak tolong kat dapur?
1st sekali, bagi anak tu kat suami. Kita nak tolong kat dapur ni. Suami mesti faham punya kan? Kalau suami tak dapat jaga, bawalah anak tu sekali kat dapur. Selagi anak ok, selagi tu lah kita tolong kat dapur. But by the time dia dah mula mengamuk ke nak menyusu ke, saya rasa mak/mak mertua, ipar duai pasti akan faham betul tak? Sebab dari mula kita cuba membantu. Bukan terus menyorok dalam bilik. Apa yang penting???? Ya….Kerjasama 🙂
Ok..Jom kita plan sebaiknya.
Raya jangan stress-stress.
Kita nak happy-happy je.
Haaa… mak yah dah boleh get ready ya. Semoga mood mak ayah nak beraya tak bertukar emosi marah sewaktu berkunjung ke rumah orang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rais Seumur Hidup Kena Guna Shunt Sebab Tiada Saluran Air Dalam Kepala

Isi Kandungan
ToggleUsianya sudah hampir mencecah tiga tahun. Namun begitu Muhamad Rais Haziq bin Meidi Erfen tidak mampu berjalan laju seperti kanak-kanak seusianya. Pergerakannya agak lambat. Dia hanya mampu duduk dan mengengsot. Muhamad Rais juga tidak boleh bercakap. Jika dia mahukan sesuatu, Muhamad Rais akan menangis.
Apa masalah yang berlaku pada Muhamad Rais? Sebenarnya Muhamad Rais mengalami masalah kepala besar atau hidrosefalus. Saluran pernafasannya sempit. Paru-paru sebelah kanan besar sebelah. Ibunya, Zuraini Sulaiman masih ingat lagi pesanan doktor kepadanya.
“ Saya perlu terima hakikat sekiranya anak saya tidak lama kerana doktor memberitahu anak saya ini turut menghidap Megalencephaly dan capillary malformation syndrome. Mereka tidak boleh jamin berapa lama umur anak keempat saya ini.”

Mengimbas semula kisah kehamilannya, Zuraini , 42, berkata apabila melakukan pemeriksaan pada bulan keempat kehamilannya di klinik kesihatan, doktor mendapati kepala anaknya lebih besar daripada badan.
“ Terkejut saya mendengarnya. Doktor kemudian memberitahu dia akan melakukan semula imbasan pada bulan hadapan. Kali ini doktor itu akan membawa seorang lagi doktor pakar untuk melihat keputusan imbasan tersebut.
” Saya datang semula pada bulan hadapan. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor pakar turut memberikan keputusan yang sama. Saya kemudiannya diminta merujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya.
” Di sana, sewaktu doktor pakar melakukan imbasan, memang jelas kepala anak saya besar dari badan. Ketika itu usia kandungan adalah 5 bulan. Doktor kemudiannya memberitahu pada usia kandungan 7 atau 8 bulan, mereka mahu mengambil sedikit air ketuban. Mereka mahu memeriksa simptom apa yang berlaku pada anak saya.
” Doktor memberitahu saya perlu membayar RM600 kerana air ketuban saya itu perlu dihantar ke Amerika Syarikat untuk diuji. Saya beritahu doktor saya tidak ada duit sebanyak itu. Ditambah pula pada ketika itu saya ada tiga orang lagi anak-anak yang sedang bersekolah.
” Ketika kandungan berusia 7 hingga 8 bulan, pemeriksaan yang dilakukan mendapati bacaan kepala anak saya itu terlebih dari carta yang ada pada doktor. Doktor mahu juga mengambil air ketuban, tetapi dia kata saya perlu bayar.
” Saya menolak kerana tidak ada duit. Doktor memberitahu jika saya tidak beri, risikonya anak akan cacat dan sebagainya. Saya beritahu pada doktor, saya terima anak saya seadanya.”
Ketika kandungannya 35 minggu, doktor memberitahu Zuraini perlu bersalin dan pembedahan perlu dilakukan. Pada 2 Mac 2016, Muhamad Rais telah dilahirkan secara pembedahan.
Buang Shunt Lama Ganti Shunt Baru
Kehidupan Muhamad Rais selepas dilahirkan tidak semudah yang disangka. Selepas dilahirkan anaknya itu terus dimasukkan ke dalam ICU kerana mengalami masalah pernafasan. Selama seminggu Muhamad Rais berada dalam ICU. Doktor mendapati saluran pernafasan Muhamad Rais sempit dan pembedahan perlu dilakukan.
“ Dua minggu kemudian pembedahan memotong saluran pernafasan dilakukan. Satu alat diletakkan bagi merenggangkan sedikit saluran pernafasan yang sempit itu. Selepas itu anak saya duduk di hospital selama 3 bulan.”
Keluar hospital tidak bermakna masalah telah selesai. Muhamad Rais perlu kerap kali dibawa berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan susulan.
“ Ketika berusia 10 bulan, doktor mendapati lilitan kepala anak saya itu berukuran 68 cm. Kepala anak saya lebih besar dari badan. Doktor melakukan x-ray dan mendapati air bertakung di dalam kepala. Terus anak saya ditahan di wad.
” Selepas itu pembedahan membuang air dan memasang satu alat iaitu VT Shunt di dalam kepala. VT Shunt akan bertindak sebagai penyedut air. Doktor kata anak saya tidak ada saluran air dalam kepala. Seumur hidup dia perlu pakai VT Shunt itu untuk membuang cecair berlebihan daripada kepalanya.”
Selama 3 tahun, Muhamad Rais telah dibawa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Dia aktif seperti biasa. Bersyukur Zuraini dengan keadaan anaknya itu.
Namun pada 29 Disember 2018, Muhamad Rais mula muntah-muntah dan tidak aktif. Dia terus dibawa ke hospital.

“ Doktor pakar memberitahu VT Shunt yang ada tidak boleh lagi berfungsi. Ia perlu dicabut. Sementara itu Shunt baru perlu dimasukkan. Pada 4 Januari 2019 lalu, Muhamad Rais telah dimasukkan ke wad.
” VT Shunt yang digunakannya itu telah dibuang dan diganti dengan Shunt yang baru. Shunt bermagnetik ini berharga RM3500.Doktor memberitahu Shunt ini boleh tahan sehingga Muhamad Rais besar. Sekali lagi saya dan suami mengumpul duit untuk membayar kos pembedahan tersebut.”
Banyak perubahan Muhamad Rais setelah Shunt bermagnetik ini dipasang. Lilitan ukuran kepalanya telah semakin berkurangan. Kini Zuraini dan keluarganya mampu bernafas lega seketika. Namun dalam pada itu melihatkan anak semakin membesar, Zuraini semakin risau kerana tidak tahu apa yang akan berlaku pada anaknya kelak.
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak
Dahulu apabila mengetahui anaknya tidak sama seperti anak-anaknya yang lain, Zuraini sedikit kecewa. Tetapi kini Zuraini sudah dapat menerima hakikat keadaan kesihatan anaknya ini. Namun dia sedar di luar sana ada juga ibu bapa yang turut memiliki anak dalam keadaan yang sama seperti anaknya. Apa yang mampu Zuraini katakan kepada ibu bapa ini adalah bersabar.
“ Suami menasihatkan saya agar redha dengan apa yang Tuhan berikan kepada kami. Saya terima seadanya apa yang berlaku pada anak saya ini. Nasihat saya kepada ibu bapa yang dapat anak sebegini kena tumpukan perhatian kepada anak mereka kerana anak ini masih kecil mereka tidak boleh bercakap. Jadi kita faham anak ini agar mudah kita tahu dia sakit atau tidak.
” Tidur ibu bapa anak sebegini tidak cukup lama kerana banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku pada anak. Anak sebegini mudah tersedak. Dan kalau secara tiba-tiba air bertakung di kepala, muka anak akan berubah jadi biru. Ibu bapa jangan tidur lena. Mereka kena berkorban demi anak.
Pesan saya, kalau dapat anak sebegini, ibu kalau boleh jangan bekerja. Saya sendiri terpaksa berhenti kerja dan mengorbankan kerana perlu menjaga anak. Sejak tiga tahun lalu keluarga kami ini hanya bergantung pada suami untuk mencari rezeki.”

Sumbangan Seikhlas Mungkin
Ingin bantu keluarga ini, bolehlah memberi sumbangan pada akaun CIMB 7010743104 Zuraini Sulaiman.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Anak Dah Hantar Ke Sayang’ Penting Setiap Pagi WhatsApp Pasangan Begini

Ibu ini, Marlisa Azura Abdul Ghani sentiasa ingatkan diri, penting untuknya amalkan tip untuk pastikan anak-anak kecilnya telah dihantar dengan selamat ke taska. Bagi mengelakkan terlupa hingga terjadinya kes tertinggal anak dalam kereta.
“Saya nak share tips dan petua untuk mengelakkan kita daripada tertinggal anak di dalam kereta. Maklumlah sekarang ni banyak sangat kes bayi tertinggal di dalam kereta kerana ibubapa terlupa.
“Rutin harian saya setiap pagi menghantar anak di taska. Waktu pagilah waktu yang paling sibuk. Banyak perkara yang nak kena fikir. Hal pejabat lagi. Tambahan kita ni seorang ibu yang memang sibuk menyediakan keperluan suami dan anak-anak jadi tak mustahil kita boleh terlupa anak kita masih di dalam kereta.
“Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, saya ingin berkongsi beberapa langkah supaya tiada lagi kes anak tertinggal dalam kereta berlaku.”
6 Langkah Penting Selamatkan Anak Dari Tertinggal Dalam Kereta
1. Letak handbag, briefcase yang selalu kita bawa ke pejabat di bawah kaki tempat duduk belakang. Sebelum masuk ke pejabat, mesti kita akan mengambil handbeg atau briefcase tersebutkan. Jadi kita akan ke tempat duduk belakang. Secara tak langsung kita akan sedar anak kita dah takde dekat carseat dia.
2. Set alarm di handphone. Saya set alarm setiap hari jam 8.00 pagi yang mana masa ni saya selalu tiba di pejabat. Setiap jam 8.00 pagi alarm tu akan berbunyi dan saya set “Hantar anak taska”. Cara tu memang bagus untuk ibubapa yang sibuk.
3. Pasang center mirror (cermin pandang belakang) yang jenis round wide yang boleh nampak belakang dengan luas. Setiap kali anda pandang cermin tu, anda akan nampak anak anda di dalam car seatnya di belakang.
4. Pesan dekat pasangan kita. Minta dia selalu ingatkan kita yang kita dah hantar anak ke taska. Minta dia whatsup kita setiap pagi “anak dah hantar ke sayang”.
5. Berpakat dengan pengasuh atau nursery tempat anak kita tinggal. Jika kita tidak menghantar anak, minta mereka bertanya kenapa tuan/puan tak hantar anak hari ini.

6. Jangan pasang tinted kereta gelap-gelap. In case tertinggal anak kat dalam, orang lalu lalang kat luar boleh nampak. Itu sahaja tips dan petua saya yang boleh dikongsi kepada orang lain.
Semoga tiada lagi bayi mati kerana tertinggal di dalam kereta kerana kecuaian ibubapa itu sendiri.
Sumber/Foto : Marlisa Azura Abdul Ghani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI