Ketika ini pelakon dan penyanyi, Elyana sedang menjalani prosedur kemoterapi yang keempat. Bagi melawan kanser limfoma yang dihadapinya. Berkongsi perasaan, Elyana akui yang perjalanannya ini tidak mudah.
Struggle kemoterapi buatkan dirinya tidak mudah untuk menjamah makanan. Berkongsi kisah ujian sakitnya selama lebih 10 tahun, membuatkan dirinya berharap agar adanya empati dalam diri orang lain terhadap mereka yang diuji sakit.
Pernah juga dirinya tidak makan selama setahun, kerana tiada selera. Hilangnya nikmat selera makan, juga ujianNya.
Ini pesan Elyana,
Kalau boleh memang setiap hari saya nak makan Healthy Food, Fresh, Real Food, sayur, buah, No sugar, no salt, exercise, makan suppliment itu dan ini.
Saya dah sakit lebih 10 tahun.
Lebih 20 kali chemo.. lebih 30 kali radiotherapy.
Apa yang saya tak pernah lakukan?
Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan. Macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.
Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera.
Berubat semua ceruk orang bagitahu saya pergi.
Pada pendapat saya, yang pernah hilang nikmat selera makan, makan la selagi Allah kurniakan kita nikmat makan.
Tapi berpada-pada. Makanan yang kita makan ni, Alhamdulillah Halal. Sebelum makan, kita doa semoga makanan ini menjadi ubat dan asbab untuk kita sembuh.
Sesungguh nya hanya Allah Maha Penyembuh.
Tapi.. jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya explain selagi kamu tidak merasai nya sendiri.
Beza kalau kita ni pernah jaga/kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.
Beza….
Jika anda ingin membantu, belajar lah memahami.
Bukan menghakimi dalam comment dan complain.
Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni.
Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya.
Malah saya yang harus menjaga orang lain.
Saya tak complain just nak bagitau.
Dan saya bukan ada Superpower.
Saya pun manusia biasa.
Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.
Baca sini : Kesan kemoterapi pertama, penglihatan semakin hari makin kabur, baru tahu seksanya rabun – Elyana
Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air even telan air liur pun sakit… muntah.. ketakutan.. seluruh badan rosak.. susah bercakap… tumpah darah bertahun-tahun. Nak duduk berdiri sakit.. nak jaga keluarga, nak cari duit.. berfikir.. tak boleh tidur.
Malah, nak selalu tersenyum depan anda.
Berat…terlalu berat.
Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasai nya sendiri.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34 menghidap kanser limfoma tahap empat. Dia turut berkongsi perjalanan kemoterapinya di instagram.
Elyana berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10 dan mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramdhani, 2 tahun.
Mingguan Wanita : Semoga Elyana dipermudahkanNya sepanjang menjalani prosedur kemoterapi untuk melawan penyakitnya itu.
Sumber/Foto : Elyana
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
.