“Kalau Boleh Jangan Jatuh Cinta Suami Orang, Kesian Pada Diri Kita. Kena Hidup Merana Dulu”

Share

“Kalau boleh jangan jatuh cinta suami orang, kesian pada diri kita. Kena hidup merana dulu,” begitulah antara nasihat daripada pelakon Zarina Zainuddin yang menjadi salah seorang ahli panel bagi program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang disiarkan di semua platform Sinar Harian.

Memetik dari video tersebut, Zarina akui bukanlah sesuatu yang mudah untuk memperoleh cinta daripada lelaki yang sudah bergelar suami orang kerana pelbagai dugaan dan rintangan perlu dihadapi.

Malah dia juga memberi saranan kepada wanita di luar sana supaya elakkan diri dari mencintai suami orang kerana pada akhirnya yang merana nanti adalah wanita itu sendiri.

“Kalau Boleh Jangan Jatuh Cinta Suami Orang”

Seperti yang diketahui umum, Zarina telah berpengalaman hidup bermadu lebih 20 tahun perkahwinan.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.

“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian.

Akui ‘Makan Hati Berulam Jantung’ Jadi Isteri Kedua

Malah dirinya hanya mendedahkan dirinya menjadi isteri kedua selepas usia perkahwinan mencecah 21 tahun.

“Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah.

“Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.

“Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.

“Saya cuba ambil hati suami, madu saya dan walaupun kadang-kadang kena perli, kita kena terima. Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih,” ujar Zarina.

Letakkan Syarat, Perlu Dapatkan Keizinan Isteri Pertama

Zarina juga memberi syarat sebelum berkahwin dengan suami agar mendapat keizinan dari isteri pertama sebelum bernikah.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” sambungnya yang menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.

Baca Disini : Dikahwini Sebab Kasihan, Zarina Zainuddin Usaha ‘Tackle’ Hati Madu, Raih Sayang Suami

Zarina Sedih Bila Ibu Menangis Depan Pintu “Sayang Mak Tau, Selalu Lawan Sebab Ina Sayang

 

Sumber :  Youtube Sinar Harian

Sumber Foto : Sinar Harian 

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
Published by
Norhayati Suboh