“Kalau Betul Orang Buat Zalim, Aku Tak Akan Berlembut Kali Ini!” Luahan Si Ayah Bila Tahu Kaki Anaknya Patah

Share

Sedikit emosi membaca berita bayi perempuan, Hannah Khawlah berusia tiga bulan patah tulang paha kiri disyaki ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya di Pangsapuri Komuter Raya, di Seksyen 19, di Shah Alam baru-baru ini.

Sewaktu ayah mangsa, Muhsin Zaidi mengambil anaknya pada jam 3.25 petang, si kecil itu tidak berhenti menangis. Jadi si ayah yang juga seorang Penolong Pegawai Perubatan di sebuah Hospital terus membawa anaknya berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Dan selepas selesai X-ray, pihak hospital mengesahkan yang tulang paha kiri anaknya patah.

Luahan Si Ayah

Bertali arus ujian aku dapat seminggu dua ni. Semua besar-besar. Takpe, aku masih steady. Aku masih ada Allah. Cuma tu la, remuk hati aku tu taktau la nak ungkapkan macam mana bila tengok anak umur 3 bulan tak tahu apa dapat left complete spiral midshaft femur fracture. Budak umur 3 bulan, apa benda je dia pandai buat. Takkan budak asuhan lain umur 3 4 tahun boleh patahkan kaki dia? Ingat senang nak patahkan tulang baby? Dah sampai takdak air mata dah Hannah menangis. Nak menangis pun dah tak larat dah.

Kalau betul memang ada orang buat zalim kat anak aku, aku takkan berlembut dah kali ni. Senangnya cakap “saya taktau apa-apa”. Aku hantar anak sihat, dapat balik tulang yang paling besar dalam badan dia patah. Nak kata aku hantar baby yang ada fracture dari pagi? Kemon la, aku MA. Walaupun aku ni dah lama takde kaitan dengan tulang-tulang ni, takkan la aku benak sangat tak dapat nak detect fracture masa aku pakaikan pampers dengan baju Hannah pagi tadi. Dia siap boleh respon dengan senyum lagi bila aku acah-acah dia. Petang tadi, masa aku pegi amik tadi, primary survey pun dah tahu ada fracture. Yes, it was very obvious deformity!!

Kau tahu spiral fracture ni apa mekanisme kecederaan dia? Orang pegang dan pulas. Cuba kau pegang ranting sebesar ibu jari, kau pulas kuat-kuat, ha tu la dia punca spiral fracture. Budak 3 4 tahun ada tenaga sekuat tu ke?

Mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook miliknya, syukur Alhamdulillah anaknya sudah kembali tersenyum dan dia meminta orang ramai mendoakan anaknya agar dijauhkan dari segala komplikasi lain.

Sekarang polis sedang melakukan siasatan lanjut dan akan mendapatkan kenyataan daripada pengasuh yang berusia awal 30-an manakala pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dimaklumkan.

Published by
Nadia