Saat susah apabila berdepan dengan masalah kewangan, tak salah memohon pertolongan dan bantuan orang terdekat terutamanya kawan-kawan atau keluarga.
Namun jangan pula mak, ayah mengambil kesempatan atas kebaikan orang hingga melupakan tentang hutang yang telah dibuat. Sebaiknya kalau berhutang segera lunaskan, jangan sampai orang meminta-minta.
Kasihanilah kepada pemberi hutang, sudahlah sanggup membantu mak, ayah di saat kesulitan. Setelah itu, ibarat menjadi peminta sedekah pula meminta-minta agar mak,ayah langsaikan.
Ikuti perkongsian peguam syarie ini, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli dan fahami apa yang dia sampaikan sebaiknya.
Seronok ke hidup dalam berhutang?
Sudahlah berhutang, buat tak tahu pula ada hutang,
Berhutang, dinafikan pula yang dia berhutang,
Sudahlah berhutang, dikatanya pula kenapa tak minta hutang,
Dia yang berhutang, sudahnya disalahkan pula si peminta hutang.
Wahai orang yang berhutang. Ingatlah sesungguhnya tidak menjadi tanggungjawab si pemberi hutang untuk meminta hutang kerana ia tidak akan mengurangkan hutang walau sesen sekali pun.
Ingatlah wahai orang yang berhutang, sesungguhnya hari-hari yang kamu lalui tanpa ada niat untuk membayar dan melunaskan hutang adalah hari-hari paling celaka dalam hidup mu kerana jika kamu mati, ia tetap menjadi hutang dan akan terus-menerus dianggap hutang yang perlu dilunaskan.
Bayangkan jika selepas kematian pun hutang di dunia tidak kamu lunaskan. Apa akan jadi pada diri kamu di alam sana? Sudahlah di dunia hidup tidak bahagia diselubungi dan dikelilingi hutang, di akhirat juga akan lebih sengsara.
Alangkah ruginya orang yang berhutang tidak membayar hutang.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Dalam sebuah hadis yang lainnya. Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. – [HR muslim]
Sabda Rasulullah SAW juga menyebut Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. – [HR Al-Bukhari]
Jadi, sesiapa yang berhutang segerakan melunaskan segala hutang yang ada. Jangan tunggu sampai orang minta atau buat-buat lupa atau paling teruk buat-buat GILA.
Sekian.
#RabiatulAdawiyahRamli
MW: Tak salah berhutang, namun jangan menangguh-nangguh pembayarannya. Kadang-kadang si pemberi hutang juga miliki masalahnya juga. Jangan juga sampai disebabkan hutang yang dibuat, terputus hubungan silaturahim.
Sumber : Rabiatul Adawiyah Ramli
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/
Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
.