Mak-mak yang bekerja memang tak menang tangan uruskan rumah tangga. Tetapi demi keluarga tercinta, walaupun penat segala kerja rumah dilakukan seperti biasa. Kadang-kadang rasa tak terkejar, tetapi pendamkan saja dalam hati.
Lebih berat bila suami hanya menjadi pemerhati dan tak ambil pusing isteri yang lakukan satu demi satu kerja rumah. Daripada memasak, mengemas dan juga menguruskan anak-anak. Kalau suami berat tulang hendak menolong isteri, sekurangnya hargai isteri yang jadi “BIBIK”selepas balik kerja itu.
Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal dan fahami apa yang dia ingin sampaikan :
Gais, bibik cuti empat hari bermula hari ini sampai ahad. So, Kak Kay akan ambil alih tugas bibik hingga ahad nanti.
Perkara pertama yang buat Kak Kay angin bila pegang jawatan bibik ini adalah scope kerja sapu halaman.
1. 20 minit masih tak siap lagi. Sungguh tak produktif aku rasa. Dengan 20 minit, Kak Kay boleh siapkan 3 page ebook, edit satu video klien, jawab pm dm di ig, approve request staff, buat research design.
3. Baru nak masuk rumah aku nampak tepi rak kasut bersepah. Automatik aku jadi marie kondo buang semua benda yang semakkan mata. Habislah bibik ngamuk balik nanti aku buang pasu bunga dia… hehehehe
4. Tak masuk rumah lagi jam sudah pukul 10 pagi. Nak masuk tengahari.
5. Khairullah sudah menangis hendak susu, depan tv masih bersepah. Hmmmm. Relax Kay, ini hal kecil.
6. Basuh botol susu, tak payah bancuh susu tepung, takpe khai dah 7 tahun, tuang je susu fresh mil, selesai. Sudah pukul 11 pagi. Nasi belum masak, lauk satu apa pun tak siap lagi.
8. Belanja Fateh, Khai, Inas aiskrim, in return semua kena buat kerja
9. Inas basuh pinggan sidai baju, Khai kemas semua bilik basuh semua botol susu, Fateh sapu dan vakum rumah, Maria susun kasut dan susun mainan.
10. Esok semua wajib marie-kondokan bilik masing-masing
11. Suami aku time inilah kelas mengajar dia penuh back to back.
12. And im done for today.
Isteri Akan Murung
Jujurnya, Kak Kay ini wanita bekerjaya. Ada duit , ada kereta, ada suami yang bangun malam bagi anak susu, ada bibik.
Ads
Bayangkan kalau kita ada kawan yang belajar diploma degree master, jadi isteri , kerja dalam masa sama, anak dua, bibik tiada, suami ala raja, memang akan depresi, murung dibuatnya.
Suami kalau masih blur apa yang Kak Kay cakap ini, sila ambil penyapu dan sapu rumah dari depan ke belakang. Bagaimana perasaannya habiskan 40 minit hanya sapu rumah saja sedangkan you seorang yang high achiever .
Just imagine,
Isteri tu masuk sekolah menengah straight A student, masuk universiti graduate pointer 3.5, kerja pun terus jadi eksekutif, sekali balik rumah kene buat kerja yang rasa “eh apa ini?” Tambah pula suami pun lalui hal yang sama cuma dia ala raja duduk depan tv mengadap handphone semata.
Ads
Kau tak juling biji mata?
Isteri, wajib tahu apa pekara yang utama apa yang tak. If not you akan burnout dan makan diri sendiri.
Suami Jangan Layan Isteri Seperti Hamba
Suami jangan sembang ala raja sangat, isteri awak high achievers orangnya, jangan layan seperti hamba.
Kalau berat tulang nak tolong kerja rumah, hire pembantu, paling kurang pun haruslah belajar appreciate si isteri yang jadi bibik lepas office hour ini.
Isteri, kene guna konsep mak mertua Kak Kay
“Buat mana yang mampu, utamakan perkara yang utama”
Jangan over do it,
kelak you bawa mudarat pada diri sendiri .
Pastikan kita jaga diri kita sendiri, be gentle to yourself fokus diri, badan kita nak pakai lama ni, sayang diri sikit please honey…
Jemput share kisah isteri sebagai bibik ini.
Follow Kamalia Kamal, kak kay menulis kisah relationship dan kehidupan setiap hari.
MW: Buat mak-mak bekerja dan dalam masa yang sama uruskan rumah tangga dan keluarga, lakukan mengikut kemampuan diri. Jangan ambil pusing pandangan orang, paling penting diri sendiri.
Sesungguhnya sampai bila seorang isteri harus bertahan dalam rumah tangga yang tak bahagia? Sebaiknya, jika ada perubahan pada rutin harian dan juga emosi, mak-mak bertindaklah.
Bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri malahan untuk anak-anak jua. Sudah pasti anak-anak akan merasa tempias jika hubungan mak dan ayahnya tidak berjalan lancar. Ikuti perkongsian Nur Farhana Rizal dan ketahui sampai bila Seorang isteri dan ibu harus bertahan:
Saya terima banyak soalan daripada para isteri,
“Sampai bila saya hendak bertahan ini puan?”
Ok. Untuk soalan ini, saya kongsikan begini.
Sampai Bila Harus Bertahan
Pertama, lihat diri kita. Jika yang berlaku pada kita adalah kekasaran fizikal yang bukan sekali, malah berkali-kali, bertindaklah puan.
Buat laporan polis, pergi hospital untuk dapatkan rawatan, dan terus ke mahkamah rendah syariah atau pejabat agama untuk kita dapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Tak guna bertahan, bila kekasaran fizikal ni bukan lagi sesuatu yang tidak sengaja, tapi memang badan kita ni jadi bahan untuk dilepaskan amarah.
Anak-anak pun, saya berani jamin, takkan membesar dalam keadaan kesihatan mental yang baik. Bertindaklah puan.
Keduanya, bila mana, kecederaan emosi puan-puan, telah menyebabkan puan mempunyai perbuatan atau percubaan mencederakan diri puan juga anak-anak puan, sama ada secara fizikal atau secara penderaan emosi.
Contoh, puan pukul diri puan, puan pukul anak-anak, puan memarahi anak-anak sehingga di luar kawalan, puan tidak lagi boleh rasional bila dalam keadaan emosi terganggu, bertindaklah puan.
Pergi ke klinik kesihatan terdekat, beritahu masalah dan tingakah laku yang telah puan lakukan, pegawai perubatan akan membuat surat rujukan kepada kaunselor di hospital.
Semasa sesi, kita bantu puan, dan kita cuba juga memanggil suami juga ahli keluarga untuk sama-sama hadiri sesi kaunseling untuk perbaiki hubungan. Supaya sama-sama boleh bertindak.
Dan mungkin juga, puan akan mendapat celik akal, apa yang mesti dilakukan pada diri puan, dan rumah tangga puan. Sebab kita akan tidak rasional, bila kita tertekan.
Bertindaklah Segera Jika Ada Yang Mudarat
Jadi, di sini, apa yang utama, kita lihat diri kita. Jika terdapat perubahan pada rutin kita, pada emosi kita, pada perhubungan kita terutama dengan anak-anak, yang memudaratkan, bertindaklah.
Jadi, untuk perhubungan macam mana pula, yang puan kata, kita masih boleh bertahan? Dan tak jemu doa tu?
Semoga para wanita dan isteri kesayangan Allah semua yang membaca, akan selalu dimudahkan urusan.
Apa-apa mak ayah buat di rumah, anak perhatikan. Mak ayah yang baik, akan menghasilkan anak yang baik-baik. Begitu juga kalau layanan suami pada isteri baik, anak-anak akan ikut dan buat.
Boleh dikatakan anak jadi CCTV di rumah, anak perhatikan apa yang mak ayah buat. Cara bercakap, layanan pada setiap ahli keluarga dan adik beradik. Mungkin kita tak nampak sekarang, tapi jika sentiasa amalkan berbuat baik pada setiap ahli keluarga, kita akan nampak hasilnya kelak.
Inilah yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah. Ingat pesan maknya supaya sentiasa berbuat baik. Berbuat baik pada suami, isteri dan anak-anak. Jika layanan suami pada isteri istimewa, anak-anak akan berbuat begitu nanti.
Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulung yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.
“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Anak Seterusnya Ambil Alih
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas tu pada adiknya.
Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
‘Buat baik.’
Suami buat baik pada isteri.
Isteri buat baik pada suami. Dan,
Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Wallahu a’lam.
Mingguan Wanita : Kita buat bukan mengharapkan hasilnya sekarang. Mungkin ini akan menjadi ingatan dan anak-anak amalkan kelak, lebih-lebih bila anak perhatikan kasih sayang ayah pada ibunya. Moga kita semua sentias dalam berkasih sayang.
Waktu bercinta boleh bercantik-cantik, tak kan lah bila dah kahwin perempuan itu jadi malas nak melawa untuk suami?
Haaa… bab ini kena betulkan balik, bukan tak nak bercantik bagai tetapi kebanyakan wanita yang dah jadi isteri memang tak sempat nak uruskan diri sendiri dek kerana sibuk dengan hal rumah tangga dan mencari duit poket tepi.
Lebih dekat lagi, anda boleh cuba selami perkongsian Ustaz Ebit Lew ini…
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya.
Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibu ayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah… itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk. Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw. Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.
Itulah kehidupan rumah tangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!