Dua hari lepas saya ditampar oleh seorang orang kelainan upaya. Sakitnya menikam ke jiwa. Tepat dan padu kata orang sekarang. Tapi saya bersyukur bila dia menampar saya, sekali pun bukan tepat ke muka tetapi jiwa dan membawa ke minda saya.
Dia menampar saya dengan kata-kata. Kata-kata itu pula bukan ciptaannya tetapi kata yang keluar dari mulut arwah moyangnya yang meninggal dunia pada usia 111 tahun. Pada satu kehidupan lebih dari satu abad itu, pasti moyangnya sudah melalui semua pengalaman dan perjalanan hidup yang bukan sedikit. Tentu banyak ilmu dan cabang sudah dilaluinya dan mungkin tidak setanding saya yang baru memasuki usia 40-an ini.
Saya kongsikan sedikit kata moyangnya…
“Kalau kita balik dari kerja dalam keadaan stres dan marah-marah, terlalu kepenatan, salin baju, mandi dan kemudian masuk tidur itu tandanya kita tidak hidup.
Tetapi kalau sebaliknya di mana kita sangat gembira dengan pekerjaan kita, boleh bergurau senda dengan anak isteri, ada masa untuk mereka, ada masa untuk diri sendiri juga, itu barulah satu kehidupan.
Ads
Semua orang memerlukan pekerjaan kerana dari situ datangnya pendapatan. Saya juga sayangkan kerjaya dan suka melakukan pekerjaan ini. Menjadi wartawan memberi saya peluang mengenali ramai orang dari pelbagai peringkat. Saya pernah diberi peluang menemuramah pembesar-pembesar negara, diberi peluang menghadiri perkahwinan mewah anak Sultan Hassanal Bolkiah, yakni Sultan Brunei kini suatu masa dahulu. Saya berpeluang bertemu ramai jutawan-jutawan, hartawan bahkan Profesor untuk bidang ilmiah dan sebagainya yang mana saya yakin tidak ramai ada peluang sebaik saya ini.
Ternyata, ilmu Allah ini sangat luas. Tidak kira dengan siapa saya berbicara atau anda berbicara, ada ketika sedikit ilmu yang dia sampaikannya kesannya begitu mendalam di hati.
Sesetengah orang, menerima pandangan sesetengah orang itu dengan satu pandangan sinis. Mungkin mereka itu orang yang berjaya dan kerana itulah mereka mudah memandang rendah kepada keupayaan orang lain. Ini banyak berlaku kerana mereka sombong dengan ilmu, sombong dengan harta bahkan mungkin sombong dengan kecantikan dan kekacakan yang Allah berikan kepada mereka.
Ads
Saya benar-benar beryukur kerana saya ditampar awal-awal sedangkan saya sudah mulai terbabas sedikit baru-baru ini kerana terlalu banyak kerja. Kalau tidak saya mungkin antara orang yang mati lebih awal sedangkan saya hidup. Kata-kata itu mengajar saya sedikit, bahawa kita mesti melakukan apa yang kita suka dan menyintai pekerjaan yang kita lakukan.
Ada sesetengah orang beriya-iya mengejar wang kerana beranggapan wang segalanya sampaikan tiada masa untuk dirinya sendiri dan tiada masa untuk ahli keluarga. Ada orang yang bosan dengan kerjanya dan bekerja semata-mata hendak mendapatkan gaji sahaja. Ada orang yang suka bertukar-tukar kerana kerana mudah bosan dengan apa mereka lakukan. Ada orang mengejar gaji yang agak banyak. Ada orang yang bergaduh dengan bos dan kemudian berhenti kerja kerana tak tahan.
Ads
Anda pula bagaimana? Adakah anda juga mungkin mati awal kerana terlalu mengejar masa dalam kehidupan? Adakah anda sukakan pekerjaan yang anda lakukan atau anda adalah orang yang terpaksa bekerja biarpun anda tidak suka dengan pekerjaan dilakukan itu?
Rezeki sebenarnya akan lebih dirasai apabila kita menyukai apa yang kita lakukan. Keberkatan dalam kehidupan bersama keluarga dan anak-anak juga akan dirasai kalau kita sentiasa dalam rahmat Allah.
Nasihat untuk diri saya dan mungkin kepada yang membaca, biarlah kita bekerja dengan merasai keseronokan itu dari kita hidup tetapi kita tidak merasai nikmat kehidupan. Jujurnya, selepas ditampar dengan kata-kata itu, saya takut saya mereput dengan cepat di tempat kerja dan saya mungkin mati kerana terlalu banyak kerja. Adakah anda merasainya juga?
Tetapi hari ini, saya masih lagi suka dengan pekerjaan saya. Saya akui memang kerja banyak dan ada masanya saya merasai tekanan itu tetapi disebabkan suka dengan apa saya lakukan, saya anggap ianya satu kegembiraan buat saya. Tidak kira dengan siapa kita berbicara anggapalah semua kata-kata yang baik itu satu perubahan buat diri kita. Tetapi kalau bual kosong dan tiada ilmu, anggaplah itu sekadar hiburan halwa telinga. Sampai junmpa lagi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah hampir seminggu rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU 14 berakhir. Dakwat biru pada jari juga semakin hilang. Hanya tinggal warna oren pada kuku sahaja bukti bahawa saya sudah 4 kali menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Banyak keputusan yang tidak dijangka berlaku pada PRU 14 ini. Ramai yang suka. Ada juga yang tidak suka. Apa pun yang pasti Kerajaan baru telah ditubuhkan. Moga Kerajaan baru ini dapat menunaikan manifesto mereka kepada rakyat seiring dengan slogan Malaysia Baru yang dilaung-laungkan oleh rakyat. Tahniah kepada yang mengundi.
Bercerita mengenai pilihanraya, saya ingin bercerita mengenai pengalaman mengundi saya pada kali ini. Tidak pernah sepanjang saya balik mengundi di kampung saya yang terletak di DUN Slim dan PARLIMEN Tg. Malim, jalan raya mahupun lebuh raya mengalami kesesakan yang teruk.
Ibarat balik kampung pada hari perayaan pula. Ini Pilihanraya bukannya Hari Raya! Apa istimewanya kalau mengundi pada PRU 14 kali ini?
Malam sebelum mengundi, saya balik menumpang adik yang tinggal di Puchong. Bayangkan sahaja dari Puchong ke Shah Alam pergi balik mengambil masa 3 jam pada hari Selasa itu. Sesak sungguh jalan.
Sebaik kami masuk ke lebuh raya selepas mengisi perut pada malam hari, begitu juga sesaknya jalan. Ini membuatkan adik ipar mengambil keputusan mengikut jalan lama. Dalam kegelapan malam, saya ikut sahaja sebab menumpang kereta orang kan.
Jalan punya jalan, tetiba kami masuk ke sebuah kampung di dalam sebuah ladang Felda di Selangor. Meriah sungguh suasana di kampung tersebut walaupun jam telah menunjukkan hampir pukul 12 malam. Masih ramai lagi yang tidak tidur. Seperti menghadiri kenduri kahwin lagaknya mereka.
Akhirnya lebih kurang pukul 1.30 pagi saya sampai ke rumah. Nasib baik di kampung saya suasananya sunyi. Tidak ada ‘kenduri’ seperti di kampung yang telah saya lalui tadi.
Keesokan harinya mulalah proses pengundian. Seperti biasa, kami sekeluarga akan mengundi pada waktu tengahari. Bukannya apa, ayah dan mak serta dua orang adik lelaki membuka kedai makan. Cari duit dahulu barulah menunaikan kewajipan mengundi.
Kami tidak risau tentang jarak jauh tempat mengundi mahupun barisan panjang seperti yang dirasai oleh rakan-rakan mahupun rakyat Malaysia lain. Setiap lima tahun sekali sudah pasti kami tidak akan beratur panjang untuk mengundi.
Pada tengahari itu seperti yang dijangka tidak ramai yang mengundi pada waktu tengahari. Ayah dan emak di saluran nombor 1. Saya dan adik perempuan di saluran nombor 3. Manakala adik-adik lelaki di saluran nombor 4. Tidak sampai 15 minit jangka masa kami pergi ke sekolah, mengundi dan balik ke rumah.
Kenapa kami boleh buat begitu? Cuba teka?
Sebenarnya saya tidak mahu berlagak pandai. Semua itu atas aturan Allah. Saya bertuah kerana rumah pusaka Aki dan Opah yang kini diduduki oleh Ayah dan Emak terletak berdekatan dengan sekolah tempat di mana proses membuang undi itu dilakukan.
Kesimpulannya, masih tidak terlambat untuk memilih atau membeli rumah yang berdekatan tempat-tempat di mana proses membuang undi itu dilakukan. Apa kata anda beli rumah berdekatan dengan sekolah. Lima tahun lagi kalau Allah panjangkan umur, bolehlah berjalan kaki sahaja untuk pergi ke tempat mengundi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kerja yang ramai mak-mak ‘bercinta’ nak buat bab lipat baju atau kain. Ada yang sanggup tunggu seminggu baru nak kumpul kekuatan mula melipat. Tapi, keseronokan itu datang bila mak-mak dapat lipat baju sama saiz, susun di rak pun kemas teratur.
Kongsi Rose Kamarina, “Cuti sambung lagi, jom lipat kain. Ni baru T-shirt Waiz, umur 6 tahun. Anak 4, campur umi abah.. fengsan nak perabih.”
Bagi ibu anak empat ini, Rose miliki skill lipat baju sama saiz. Kemas betul setiap satu baju yang bersusun di rak. Macam susunan kain dekat mall cantiknya. Rupanya ada rahsianya.
Dan, ini yang Rose buat sehingga dapat hasil lipatan yang kemas.
“Boleh pakai apa-apa sebagai ukuran.. buku, kad, kertas, kertas keras, kotak.. ikut suka nak saiz mana. Lapik dengan kertas A4 putih, lipat macam biasa.”
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...