“Kalau Badan Berisi Dan Ada Masalah PCOS, Jangan Putus Asa. Diet Lah Dengan Serius!”

Share

Rupanya betul badan berisi juga akan mempengaruhi seseorang wanita untuk mendapat zuriat, jadi lambat dan mungkin sedikit sukar berbanding orang yang kurus.

Apa yang lagi menarik, bukan sahaja tentang badan yang gemuk tetapi ini berkait juga dengan golongan wanita yang ada sejarah PCOS dalam hidupnya. Macam pengalaman yang Puan Pnut Syafinaz kongsikan kali ini, dia pernah berjumpa doktor dengan masalah yang sama.

Nak lagi dekat, jemput renungkan perkongsian wanita ini…

Gemuk Halang Telur?

Terlintas video viral seorang isteri surprise husband dia dengan love box berisi pregnant test kit dan sarung tangan baby, setelah menunggu zuriat 5 tahun. Saya stalk #hashtag dia dan lihat dia ada sejarah PCOS.

Selepas Najmi berusia 4 tahun, saya cuba untuk hamil lagi, sehingga dia berumur 5 tahun pun belum ada tanda nak pregnant, so terus buat treatment. Doktor check both of us. Kesimpulannya dua-dua takde masalah (ye la dah ada satu anak sebelum tu pun kan), tetapi doktor kata saya ada PCOS.

Penerangan doktor yang mudah saya faham ialah kegemukan. Kegemukan dan lemak tu menghalang telur. Doktor kata kena diet. Masa tu serius saya diet, masa tu takde ilmu diet, redah je diet. Dekat setahun rasanya saya tak makan nasi, yang betul-betul makanlah maksudnya. Kalau makan pun minta husband suapkan sesuap dua, cukup. Memang turun berat, dari 115kg tu, turun sampai 89kg. (November 2007).

Hamil Tapi Gugur Pula

Benar teori doktor dan dengan izin Allah jua.. masa 2006, saya tak sedar pregnant, tetapi keguguran. Awal tahun 2007 pregnant lagi, kali ini siap buat buku merah dah, dan dua kali check up, baby ok. Check up kali ketiga, denyutan jantung lah kata doktor dan size baby kecil dari usia kandungan. Seminggu lepas tu bleeding, dua minggu kemudian itu gugur lagi.

Habis pantang keguguran tu, sambung diet, turun lagi berat. December 2007, saya turun sehingga berat jadi 85kg dari 115kg. Dan masa ni saya disahkan pregnant lagi kali ke empat, iaitu Alesya.

Tujuan saya share cerita sebab nak bagi sangat pada adik-adik yang badan berisi dan ada masalah PCOS ni, jangan putus asa, diet la dengan serius dan disiplin, usaha, selebihnya serah pada Allah, teori doktor itu teori ilmu perubatan dan Allah juga mengizinkan.

Cuba turunkan berat bersungguh-sungguh.

Pesanan:

Masa tu desperate nak pregnant maka ada misi kena kurus cepat, sebab kejar usia meningkat masa tu, target bak pregnant sebelum umur 35 dan tercapai juga. Sekarang diet asyik ke laut dalam.

Kongsi Cara DIET

Haaa… apa yang best Puan Pnut ini juga kongsikan cara dia diet selepas raya. Kalau betul nak turunkan berat badan, nah nota ini untuk anda!

Setelah naik 2.4kg balik kampung 10 hari. Selasa, Rabu dan Khamis mula ganti puasa dan diet balik, senang sikit puasa sorang-sorang, menu apa ada je.

Menu selasa : Nasi (brown rice 4 sudu, sup sayur campur dan ayam sambal. Air laici (no manis, ala2 ada sikit rasa laici jadilah)

Menu Rabu : Tembikai, jambu dan betik. Air tembikai (no sugar), Meggi goreng (mamak bagi silap daaa, order mihun sekali dpt meggi), makan separuh je maggi tu, baki najmi dan Alesya habiskan..

Menu Khamis : Tembikai, sup tulang + campur karot + kentang. Mee sikit dlm 1/2 cawan je, boh tauge banyak-banyak. Air jagung kurang manis.

(Menu sahur 3 hari, nasi brown rice dan sayur je, malas masak).

3 hari 1.8kg done!

Memang benar rezeki anak itu Allah yang susun, tetapi jika ada mak-mak di luar sana mengalami masalah yang sama dengan wanita ini, apa kata anda juga usaha dengan cara yang sama. Cuba diet dulu, siapa tahu hasilnya!

Semoga bermanfaat.

 

Published by
Nadia