Mungkin belum terlambat kalau nak cerita fasal raja buah iaitu durian. Ada yang suka sangat makan durian, ada pula yang bau pun tak boleh langsung, tapi rasanya kebanyakan orang memang sukalah makan buah ni. Baru-baru ni viral fasal pesta durian yang diadakan Di Shah Alam. Ramai yang tak puas hati tak dapat makan buah durian seperti yang digempar gempurkan, dengan durian tak masak dan sebagainya. Ada juga tergerak hati nak join kenduri durian tu,maklumlah dapat makan durian sampai ‘lebam’ dengan harga serendah RM 19 siapa yang tak nak kan. Nasib baik tak jadi pergi kalau tak dengan ‘hakak’ sekali ‘kuciwa’.
Famili saya memang semuanya hantu durian, teringat masa kecil-kecil dulu kalau beli durian memang beli berbakul-bakul terus. Famili ramai jadi memang tak cukup kalau beli sikit-sikit. Tambahan pula dulu-dulu durian tak macam sekarang mahalnya. Kalau musim durian dah beli durian banyak-banyak tu kami akan buat kenduri pulut durian. Memang syok sangat dapat kenduri ramai-ramai makan durian dan pulut durian.
Kami memang keluarga besar, jadi kalau berkumpul tak pernah tak ramai. Pendek kata kalau buat kenduri lembu separuh tu mungkin hanya untuk keluarga kami sahaja. Sebab itulah kalau beli durian dulu kena berbakul-bakul. Ok bukan nak cerita pasal tu tapi memandangkan saya suka durian saya nak share skit tip untuk pilih durian yang elok. Mana tau berguna untuk anda semua bila nak beli durian. Bukan semua orang tahu macam mana nak pilih durian yang elok ni kan, tapi ini pun saya google jugak la sebab sebelum ni memang main belasah sahaja beli durian, kadang-kadang suruh tuan kedai tu tolong pilihkan. Jadi saya kongsikan kat sini moga-moga bermanfaat untuk kita semua:
1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.
2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus.
Ads
3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam. Nasihat kepada anda jangan cium lebih-lebih nanti luka pulak hidung anda yang cantik dan mancung tu.
4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.
6. Tengok tangkai buah
Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa.
Ads
7. Perhatikan bahagian bawah durian
Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.
8. Kupas dan rasa buah semasa beli
Yang ni paling senang. Suruh je penjual tu buka durian untuk elak rasa tertipu. Kalau rasa tak sedap takyah beli dan cari kedai yang lain.
Haa… lagi satu untuk penggemar durian, kalau ada masa dan bajet lebih mungkin boleh pergi bermalam di beberapa tempat yang menawarkan pakej all-you-can-eat. Tempat-tempatnya pun cantik-cantik dan sesuai untuk bawa keluarga bercuti bersama.
1. Green Acres Orchard & Ecolodge
Terletak 3km dari pekan Balik Pulau, Pulau Pinang, kawasan yang meliputi 16 ekar tanah berbukit ini dah berusia lebih dari 50 tahun. Ada lebih dari 450 pokok durian dengan 32 jenis yang berlainan untuk anda rasa bila menginap kat sini.
Ads
2. Bukit Karuna
Tempat ini juga terletak di Balik Pulau, tempat ini dulunya merupakan dusun durian sebelum ia dibeli oleh Carl seorang warganegara Amerika Syarikat dan isterinya, Lilian yang suka makan durian. Pemandangan kat sini memang ‘awesome’ jadi bolehlah anda makan durian sambil menikmati pemandangan yang indah.
3. Bao Sheng
Satu tempat yang cantik dan hebat untuk dikunjungi bersama keluarga. Boa Sheng yang terletak di Pulau Pinang ini mempunyai dusun yang menempatkan lebih daripada 16 jenis durian yang berumur lebih dari 60 tahun. Untuk anda yang menginap kat sini boleh menikmati durian tanpa had dan juga buah-buahan lain.
4. Sim Kao Yen
Sim Kao Yen terletak di Bandar Bersejarah, Melaka. Dusun ini mempunyai 29 jenis durian untuk anda nikmati pada musimnya. Kadar harga yang ditawarkan dekat sini lebih murah berbanding yang lain.
5. Eight Acres
Eight Acres juga salah satu destinasi yang boleh dipertimbangkan buat penggemar durian. Dengan konsep penginapan yang moden yang rustic, tempat ini terletak di antara Bentong dan Raub. Kalau tengah musim durian, anda boleh menikmati durian-durian seperti D24, 101, Teka dan Durian Kampung sampai kenyang.
6. Tras Durian Farmstay
Terlatak di Raub, Pahang, tanah yang berkeluasan 23 ekar ini sesuai untuk yang inginkan ketenangan. Dikelilingi dengan sungai dan hutan, kalau menginap di sini, anda boleh membuat aktiviti seperti memancing, jungle trekking, berbasikal dan banyak lagi aktiviti untuk keluarga yang lain. Selain dapat makan durian pada musimnya, anda juga boleh makan ayam kampung dan ikan segar yang dimasak sendiri jika menginap kat sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Susahnya nak tanam pokok. Mesti cepat mati dan kalau hidup pun tak adalah elok sangat. Ada yang kena makan ulat la, ada yang ‘ala-ala hidup segan tak mati’. Macam-macam cara dan macam-macam baja yang digunakan supaya pokok yang mak-mak tanam itu hidup subur.
Biasa mak-mak suka tanam pokok yang boleh digunakan untuk bahan masakan. Daun kari, daun bawang, kucai, bunga kantan, daun kesum dan sebagainya. Ada pokok yang senang nak tumbuh dan tak perlu baja atau jaga sangat. Cepat saja hidup. Ada juga yang memang ‘tangan panas’ membuatkan pokok sush nak hidup.
Apa kata kali ini, mak-mak cuba baja perut ikan pula. Bila beli barang basah kat pasar terutamanya ikan, mesti mak-mak minta suruh siang siap-siap. Balik rumah nanti senang, bersihkan saja.
Jadi, cuba kali ini beli ikan dan balik siang kat rumah. Nanti perut ikan itu bolehlah digunakan bahan baja untuk tanaman mak-mak. Belum cuba belum tau!
Ini adalah perkongsian daripada Hanura Zura yang menggunakan baja perut ikan untuk pokok karinya. Dia ambil masa sebulan untuk melihat perubahan pada pokok kari. Hasilnya pokok kari merimbun. Memang geram bila tengok pokok yang lebat-lebat ni.
“Saya ada kongsi cara membaja pokok kari dalam pasu menggunakan perut ikan atau pun sisa ikan. Setelah sebulan, pokok kari makin merimbun.
“Kalau nak cuba kat pokok lain pun boleh juga.”
“Saya gunakan terus perut ikan itu dan timbuskan dengan tanah supaya tak adalah semut datang mengurung. Mungkin ada juga tapi tak adalah banyak semut datang sebab ia sudah di tanam dalam tanah.
“Selain itu, kalau taknak letak terus perut ikan itu, boleh blend dahulu dan barulah letak dalam pasu.”
Saya tanam perut ikan dlm pasu terus.
Pokok kari bulan lepas.
Hasilnya kari saya makin rimbun.
Selamat mencuba.
MW: Lepas ini, pergi pasar, siang ikan kat rumah, nanti boleh cuba letak dalam tanaman pokok kita. Tunggu sebulan, mesti merimbun. Kan!
Setiap hari masak hidangan berkuah pun boleh jadi jemu. Nak juga tukar selera dengan bakar ayam atau daging. Cukup dengan lauk ini pun boleh bertambah-tambah nasinya.
Namun, nak bakar ayam atau daging bukan terus letak macam itu, mahunya nak kena pes perapan, barulah rasa lebih sedap dan beraroma.
Tak perlu pening-pening pun nak buat pes perapan untuk bakar ayam atau daging. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ini.
Bahan yang digunakan pun cukup ringkas. Paling penting resipi rahsia ini mampu buat kita sekeluarga menjilat jari. Selamat mencuba.
RESIPI PES PERAPAN RAHSIA KOMPOM MENJILAT JARI BERGETAR TUNAS RASA
“Kali ini, Kak Za nak kongsikan tentang pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging.
“Ramuan rahsia ni memang simple saja tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.
BAHAN BAHAN
2 inci lengkuas *
3 inci halia *
6 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
4 labu bawang besar *
3 batang serai *
2 cawan gula perang*
6 biji limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar serbuk rempah sup *
2 sudu besar serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuatnya:
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Bolehlah perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3. Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Selamat mencuba.
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa saja.
Mingguan Wanita : Inilah rahsianya ye! Nanti bolehlah cuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila masak sup, rasanya tidak akan sempurna dan lengkap tanpa sup bunjut. Inilah yang akan buatkan sup kita bertambah sedap dan seronoknya anak-anak pun memang suka.
Pernah juga terfikir, isi apalah yang ada dalam bunjut tu hinggakan rasa sup tidak boleh dinafikan, sedap! Boleh dikatakan wajib ada stok di rumah dengan sup bunjut ini. Belum lagi cara nak masaknya yang memang senang sangat.
Rupanya bahan dalam bunjut ini adalah bahan yang memang ada kat dapur kita. Kali ini, Nana Ismail berkongsi cara buat sendiri sup bunjut ini.
Kali ini, kita nak tolong suruh berjimat dengan barang yang ada kat dapur je.
Siapa ada anak kecik, nana percaya menu sup-sup ni perkara WAJIB.
Tapi ada setengah orang tak guna sup bunjut tau. Dia just buh kayu manis + bunga lawang + buah pelaga je.
Kalau tak ada ini rasa sup pun kurang menyengat. Inilah ramuan sebenarnya,
BAHAN UTAMA ( bunjut)
=============
1 sudu rempah biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih
Caranya:
1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik.
2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu.
3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong
4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih.
5. SIAP!
Mingguan Wanita : Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Nak jimat buat sendiri saja.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...