Kalau ada sahabat baru lepas bersalin, sesekali luangkan masa bertanyalah khabar, cubalah bantu yang termampu. Ambil tahu apa yang dilalui kerana setiap orang tidak melalui cerita yang sama.
Bertanya khabar dan bantulah dari segi moral, jika tidak mampu dari segi kewangan. Sekurang-kurangnya apabila ada sahabat yang peka dan cakna, kerisauan dan kebimbangan mak-mak lepas bersalin ini makin reda.
Ikuti perkongsian Insyirah Solehah ini dan hadam baik-baik pesanannya.
Kalau Ada Sahabat Baru Lepas Bersalin
Kawan-kawan,
Kalau kita tahu ada dikalangan sahabat baru lepas bersalin, sesekali tanyalah khabar mereka.
Bukan bermaksud busy body nak menyibuk anak tu lelaki ke perempuan, berapa kilo, handsome ke tidak, putih merah halus mulus ke kulit licin atau berbulu…
Tetapi tanyalah khabar seorang ibu yang sedang bertarung emosi dan fizikal melalui proses penyembuhan. Mengandung dengan penuh susah payah, melahirkan (normal atau czer atau vacum atau forsep, atau natural birth sekalipun) dengan susah payah dan ketahuilah proses penyembuhan selepas bersalin juga penuh dengan ujian.
Sesekali Bertanyalah Khabar
Ada ibu berulang alik ziarah anak di NICU.
Malah, ada ibu berulang alik ke klinik kerana anak jaundis.
Ada ibu punya support system yang padu, tapi ketahuilah ramai juga sendu support system. Makan nasi sejuk, lauk semalam. Tak ada yang bantu sediakan makanan, dalam masa yang sama ada anak lain yang perlu diuruskan.
Kalau kita merasa berpantang dengan confinement lady, ketahuilah ada sahabat kita nak mandi pun jenuh bertangguh dari masa ke semasa.
Apapun, kita kena jadi wanita yang berjiwa besar. Selepas melalui fasa kesusahan demi kesusahan, yakinlah janji Allah bahawa selepas kesusahan ada kemudahan. 2 kali Allah ulang, selepas kesusahan ada kemudahan!
Cubalah Bantu Yang Termampu
Tanyalah khabar sahabat kita, kadang mereka blur nak urus diri sendiri kerana kurang tidur, tak sempat makan, kenyang jauh sekali, tambah pula yang ada penyakit…
Kalau tak mampu nak bantu mudahkan mereka, kita cubalah apa yang kita mampu.
Ads
Kebiasaan sebelum bersalin, saya selalu siapkan makanan kering sebab saya sangat lapar dan mudah menggigil bila lewat makan.
Makanan kering seperti serunding, bawang putih goreng, sambal bilis dan seumpamanya memang selalu saya simpan.
Kalau tak sempat masak, memadailah ada nasi dan makanan kering untuk memudahkan isi perut.
Kadang makan pun tak sempat kunyah, hanya telan dan telan sahaja. Itulah semua pengalaman ibu-ibu tak sama.
Tanya Khabar Sahabat
Tanya khabar sahabat kita, mungkin dia sedang sangat penat dan sangat ingin menangis tetapi tak tahu nak cerita pada siapa.
Dalam keadaan lemah, sakit, lapar, penat. Semuanya bercampur dan boleh buat ibu down.
Kalau kita dahulu okay sahaja berpantang sendiri, kena tahu setiap kondisi berbeza. Jangan paksa orang lain okay sebab kita okay saja, sedangkan kita ada support dari sekeliling tetapi sahabat kita terumbang ambing sendirian.
Please, be kind.
Ummu Amir,
Its okay to be not okay.
Mingguan Wanita: Setiap kali melihat orang lain tak keruan berpantang seorang diri, jangan diperlekehkan. Jangan melabel katakan mereka manja kerana setiap orang ujiannya tak sama. Jika tidak mampu membantu, lebih baik berdiam diri.
Selepas memadam semua video masakan di Youtube, Sugu Pavithra bakal menemui peminat mereka petang ini. Mungkin ramai peminatnya yang bersedih, apabila pasangan ini mengambil tindakan memadam semua video baru-baru ini.
Oleh itu, semua peminat Sugi Pavitra jangan lupa menyaksikan kemunculan semula pasangan yang dikatakan selewat-lewatnya petang nanti.
Bakal Kembali Selewat-lewatnya Petang Ini
Peminat YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.
M Sugu, 29, berkata, dia menjangka video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.
Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.
“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.
Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya. Dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, Selasa lalu, Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.
Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon. Sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.
Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan. Daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.
“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Bakal Kembali
Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.
Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan berkenaan pada 8 Mei lalu, yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.
MW: Semoga kisah pasangan sensasi ini memberi pengajaran buat kita semua. Sayang jika mereka mengambil tindakan untuk nenjalani kehidupan biasa sedangkan mereka mampu menjana pendapatan lumayan serta mengubah hidup dengan bakat yang ada.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tasha Shilla memohon doa semua agar bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik. Pelakon cantik itu telah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama apabila kini sedang hamil lima bulan.
Tasha dan suami telah melangsungkan perkahwinan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.
Tasha Shilla Mohon Doakan Yang Terbaik
Tahniah diucapakan kepada Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris. Tasha telah berkongsi kisah gembiranya itu menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
“Syukur alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” kongsi Sheila.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, InsyaAllah.
Rasa Gembira Ramai Doakan Kebahagiaan & Kesejahteraan
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Tasha dan suami tidak sabar mahu menimang cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan pelakon ini dijangka melahirkan anak sulungnya pada April, tahun depan.
“Alhamdulillah, inilah detik yang paling saya nantikan selepas mendirikan rumah tangga. Saya dan suami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami. Syukur, kami bakal menimang cahaya mata, tidak lama lagi.
“Suami sentiasa ada bersama saya memberi sokongan dalam fasa kehamilan. Jika berjumpa doktor, suami akan pasti sentiasa menemani saya. Baginya, dia juga perlu memikul tanggungjawab, sebelum anak dilahirkan.
Seperti yang dimaklumkan menerusi portal BH Online, Tasha dan suami masih belum bersedia mendedahkan jantina anaknya.
“Biarlah menjadi kejutan, saya simpan dahulu rahsia. Hanya saya, suami dan keluarga sahaja tahu.
“Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal. Cuma, memasuki trimester kedua ini, saya mula mengidam nak makan nasi lemak pada waktu pagi. Mujurlah, tidak mengidam benda pelik,” kongsinya.
Doa Dari Rakan Artis
Sumber Foto: Instagram Tasha Shilla
Sumber: Instagram Tasha Shilla dan BH
Bila keluarga campur tangan dalam urusan rumah tangga, suami isteri perlu tegas. Jangan beri peluang kepada mana-mana keluarga menentu hala tuju anda dan pasangan dalam rumah tangga.
Salah satu penyebab runtuhnya suatu perhubungan rumah tangga adalah kerana salah menerima nasihat. Banyak kes keretakan rumah tangga berpunca dari campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Mengapa dan kenapa, semuanya terdapat dalam penjelasan di bawah.
Keluarga Campur Tangan Dalam Urusan Rumah Tangga?
Hanya Dapatkan Bantuan Sekiranya Buntu
Tidak salah untuk mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga. Jika boleh, minta pertolongan/nasihat hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar. Fikir dahulu sebelum bertindak kerana ia merupakan hal peribadi anda dan pasangan.
Bijak Memilih Nasihat
Anda haruslah teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumahtangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ia boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.
Jangan ‘Bagi Muka’, Mesti Tegas
Bijak Memilih ‘Kaunselor’
Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Bukannya individu yang membantu menambah kekusutan anda atau pasangan. Jika boleh, dapatkan nasihat dari individu yang anda ketahui relaks apabila menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata. Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.
pic-pinterest
Berbincang Terlebih Dahulu
Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumahtangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat. Sekian kalinya, tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.
Tegur Jika Keterlaluan
Anda sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumahtangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi. Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya. Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika ia kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.