Sangat setuju dengan cara saudara Akhtar Syamir gembirakan hati isteri, tak tunggu ‘orang rumah’ meminta-minta tetapi dia dulu yang pelawa apa yang isteri mahu bila keluar membeli.
Bagus dan tip ini bukannya membazirkan duit, malah membuka lagi rezeki seisi keluarga. Jangan pula mengharapkan isteri sebut dulu sebab golongan mak-mak ini selalunya sedar diri dan semahunya tak suka susahkan suami.
Nak tahu kenapa? Haaa… jawapannya ada dalam perkongsian ini, jemput hadam.
Beri Kebebasan Untuk Isteri Dapat Apa Yang Dia Mahu
Satu lagi benda kecil tetapi impaknya besar. Terutamanya kepada suri rumah sepenuh masa yang tiada pendapatan.
Ayat selepas ini nampak macam sama, bunyinya pun seakan sama tetapi maksud dan hasilnya teramat berbeza.
Situasinya di pasaraya.
Ads
“Apa yang tak cukup lagi ambillah”.
Dengan,
“You nak ambil apa untuk you, ambillah”.
Yang pertama bukan untuk dirinya secara peribadi, itu adalah untuk keluarga. Manfaatnya untuk seisi keluarga. Ini merupakan kewajipan suami buat keluarga. Ini bukan nafkah.
Yang keduanya adalah bersifat peribadi. Fokusnya untuk diri isteri itu sendiri. Membuka ruang untuk dirinya merealisasikan hasratnya. Memberi apa yang diinginkannya. Ini termasuk di dalam kategori memberi nafkah kepada isteri. Lebih kurang sama dengan memberi duit. Cuma keadaannya betul-betul pada masa itu, di tempat itu dan bukannya di tempat lain.
Ads
Benda biasa je ni kan? Suami belikan barang untuk isteri pun nak kecoh ke? Bukan itu fokusnya. Yang kita perlu tengok di sini ialah bagaimana kita memperkasakan isteri dengan memberi kebebasan kepada dia untuk dirinya sendiri. Nampak mudah. Tetapi kita lihat di luarannya sahaja.
Isteri Pandai Menyimpan
Jom kita selami dalam sedikit iaitu ke tahap keinginan. Seorang isteri suri rumah yang tiada pendapatan sendiri ini sudah semestinya ada keinginan sendiri. Namun, apabila duit diberi kepada mereka, belum tentu mereka akan beli benda-benda di pasaraya sewenang – wenangnya. Kebarangkalian duit itu akan disimpan untuk kegunaan lain.
Tetapi, jika suami sendiri memberi kesempatan kepada isteri untuk memilih apa yang dia inginkan, pasti mereka tidak keberatan. Dan di dalam kes saya, ais krim. Ais krim je. Bukan ape sangat pun. Tapi kalau kita tak tanya? Sampai ke sudah la dia telan air liur bila lalu berdekatan dengan tempat ais krim. Nak mintak pun belum tentu.
Percayalah, jika anda isteri suri rumah sepenuh masa yang tiada pendapatan sendiri, betul tak anda akan lebih berkira untuk berbelanja? Anda pasti akan malu untuk meminta, ada juga yang takut terus untuk bersuara. Takut sangat membazirkan duit suami. Padahal tak sampai RM10 pun kan?
Ads
Hari itu aiskrim, mungkin hari ini susu dan cheese untuk buat cheesekut. Ini semua keinginan kecil dalam hati isteri. Percayalah yang jika kita tak tanya, tak tawarkan, belum tentu kita akan tahu keinginan kecil isteri ini. Kalau dia buat apa – apa pun, kita jugak yang tumpang rasa.
Jangan hanya fokus pada barang-barang dapur je. Jangan juga fokus pada apa yang anak-anak nak je. Kena juga tanya isteri nak apa untuk diri dia. Mana tahu dia dah lama teringin nak makan coklat ke, nak makan seaweed ke, tak tanya mana nak tau ye tak?
Sesekali Tanyalah Isteri
Mulai sekarang, banyakkan bertanya apa yang isteri mahu untuk diri mereka sendiri. Tak kira lah yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Isteri pasti ada keinginan mereka yang terpendam. Jika ada rezeki lebih, tunaikan. Jika belum lagi, jadikan ia matlamat untuk direalisasikan nanti.
Kenapa kena buat benda ni? Sudah tentulah untuk menggembirakan isteri. Benda ini mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang sebenarnya.
Jangan sesekali lupa :
Isteri yang bahagia = Keluarga yang bahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang benar fitrah anak-anak itu suci, boleh terima diri seadaanya, merasakan diri ‘sempurna’ dan tak mudah menghukum luaran seseorang. Namun sikap segelintir orang dewasalah yang merubah mereka menjadi sebaliknya. Dengan melabel anak-anak berdasarkan luaran mereka serta memberi pelbagai gelaran itu dan ini.
Meskipun ada yang menganggap ia sekadar ‘gurauan dan sapaan mesra’ namun percayalah ia boleh mempengaruhi rasa rendah diri dan menghilangkan keyakinan dalam diri anak-anak ini.
Sungguhpun bukan selebriti, namun nama Farah Lee,31 di media sosial begitu dikenali. Farah banyak berkongsi pengalaman membesarkan anak perempuannya, Maream Esabel,6. Dalam posting di Instagramnya, Farah ada luahkan teguran buat golongan ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Fitrah anak-anak itu suci, tetapi si dewasalah yang menjadikan mereka makcik bawang.
Maream was so happy that her tooth dah tercabut. For her rongak is cute. Jadi first few days dia tak habis-habis ambil gambar gigi baru dan minta izin untuk whatsapp kepada family members. Kalau omma nak ambil gambar, dia akan sengih lebar-lebar tunjuk gigi.
Si dewasa pula lihat je Maream rongak “Alaaa dah tak cantik dah laaa” “Aih senyum tutup gigi sikit” “Hahah kelakar dah muka” bla3…
Keyakinan Diri Berkurang
Lalu beberapa hari lepas, bila ambil gambar omma perasan dia senyum tak nampak gigi. Lalu semalam omma tanya, “Maream, why you tutup mulut when smiling”. She replied, “Maream malu, sebab Maream rongak”.
Omma dah agak, so as usual “You know for me you still look nice with no tooth like that. There’s nothing wrong with that. You know regardless how our physiques are, yang penting we have beautiful heart, Allah only sees us through our heart, not our body”.
Kesian anak aku. Boleh nampaklah dia punya self-esteem berkurang sejak gigi rongak. Sama kes macam rambut dia, she was excited, orang besar je ‘malu’ tengok – emotional abuse.
Teguran Fizikal Dan Membandingkan
Jadi itulah dia, budak-budak tak kisah pun rupa dia or kengkawan cemana, kulit hitam ke putih, gigi ada ke takde, kurus ke gemuk, tinggi ke rendah — tapi yang dah besar ni perkara pertama yang dorang akan tegur bila nampak budak-budak, “Ehhh dah kurus”, “Makin gelap nampak main panas eh”, “Haa tak tinggi macam abang dia” bla3
Membesarlah budak tu jadi seorang yang judgemental tentang luaran seseorang. Rasa malu bila dirinya tak capai standard ‘sempurna’ manusia. Kemudian kita pelik, kenapalah orang kita ni suka sangat membawang, kenapa sibuk sangat nak ‘cantik’. Hailah si dewasa, mu la yang ajor #pangkang.
So what’s now.? Let’s change how we greet the kids and how we celebrate diversities in life. More positive society inshaAllah one day.
MW: Semoga perkongsian teguran ini bermanfaat. Ada baiknya kita ubah cara ‘gurauan’ dan sapaan yang begini kepada yang lebih baik. Tak perlu melabel, beri pelbagai gelaran yang ‘menghukum’ fizikal luaran anak-anak. Kerana sikap ini boleh buat anak-anak rendah diri, hilang keyakinan diri dan anggap diri tak ‘sempurna’.
Ada benarnya, sebagai isteri sesekali periksa lah ‘handphone’ suami, ambil tahu segala aktiviti yang dilakukan. Bukan apa lelaki nampak ‘lebai’ macam mana pun akan lemah dengan PEREMPUAN. Sungguhpun asas dalam perkahwinan ialah kepercayaan, namun jangan serahkan bulat-bulat dan sepenuhnya kepercayaan tersebut pada pasangan. Sesekali memang perlu memantau, bagi mencegah keburukan dan kesilapan yang mungkin dilakukan.
Untuk lebih jelas baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini.
Saya setuju sangat jika isteri ambil tahu segala aktiviti suami. Tiada rahsia suami isteri. Tahu suami Chat dengan siapa, tahu password HP dan facebook suami dan tahu suami berkawan dengan siapa. Sesekali tu cek HP suami. Lelaki ni nampak ‘Lebai’ macam mana pun akan lemah dengan perempuan.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita bualkan, sehinggakan syaitan menguasai jari jari kita untuk taip perkara yang Allah Murkai.
Cegah Kesilapan & Kelemahan
Jadi suami jangan rasa rimas jika isteri sedikit ‘Queen Control’ , kerana itu kebaikan buat kita. Jika bukan dia cegah segala kesilapan dan kelemahan kita siapa lagi?. Hanya isteri tahu baik buruk kita, kelemahan kita.
Suami juga begitulah, pantau hp isteri tu, jangan sampai dia mengadu kepada orang yang salah. Jangan biarkan isteri tayang body percuma di media sosial, jangan biarkan isteri kita berbalas voice texting dengan lelaki lain, Jangan sampai isteri kita pula terjerat dalam sangkar pemangsa yang dah lama menanti.
Jadi Pendengar Setia
Sebab itulah Jika taknak isteri kita mengadu kepada orang lain, jadilah kita pendengar setia dan dengarlah teguran isteri, kerana setiap teguran isteri ini ikhlas dari hati dia.
Dunia yang penuh dengan cabaran dan fitnah. Hanya orang yang benar-benar Taqwa akan terlepas dari fitnah ini. Nasihat untuk diri sendiri yang penuh dengan keaiban. Moga Allah jaga aib ini dan ampunkan dosa-dosa ini.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya. Sesekali periksa lah ‘handphone’ pasangan, ambil tahu segala aktiviti yang dilakukan. Bagi mencegah keburukan dan kesilapan yang mungkin dilakukan.
Bagi anak-anak yang hidup di perantauan, pasti tak sabar nak balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak ‘pelik-pelik’. Ok, sila semak beberapa tip ini sebelum balik kampung…
1. Simpan barang berharga
Pastikan kita menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Kalau boleh bawa sekali balik kampung. Takut semasa kita balik bercuti, pencuri pula membuat onar dengan memecah masuk rumah orang. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.
2. Buka kepala tong gas
Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka kerasa takut berlaku kebocoran. Tolong check balik sebelum keluar rumah!
3. Kosongkan air kolah
Tak nak lah nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur bagai. Jadi sila kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes. Itu cari penyakit, namanya!
4. Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau. Jika kita alert, inshaAllah tiada apa yang akan berlaku.
5. Kunci tambahan
Gunakan kunci tambahan atau padlock yang tahan umpil, yang padu sikit. Pastikan grill koridor, tingkap juga dipasang padlock. LHaaa…. sila pastikan bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak.
6. Lampu luar
Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan koridor. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system/cctv.
7. Sekurang-kurangnya beritahu jiran
Mungkin ada yang jenis tak pernah bertegur dengan jiran tetapi seeloknya beritahulah jiran berdekatan yang tak balik kampung sepanjang kita tak ada di rumah. Bagi sekali contact nombor handphone agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah.
8. Jangan lupa binatang!
Pada anda yang ada bela binatang, sebaiknya bawak lah sekali. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan anda untuk bawa sekali, anda boleh tinggalkan si pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam itu saja.
9. Isi Borang
Pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan.
10. Ada Kunci Pendua Tak?
Jangan nak simpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki sangat lah ya. Lebhih selamat kalau serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.
Kalau mak-mak dah buat semua benda di atas, sebelum keluar dari rumah nanti jangan lupa minta doa pada Allah supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan. Ini paling utama dan yakinlah kepadaNya.
Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...