“Kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira” Nurul Wahab doakan yang terbaik buat anak sulungnya. Setiap ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak.
Bahkan tidak pernah putus doa buat anak-anak agar perjalanan mereka yang dipermudahkan. Apatah lagi berkaitan dengan jodoh.
Untuk rekod, Ayu merupakan anak sulung Nurul dengan bekas suaminya yang juga seorang komposer terkenal iaitu Ajai.
Seperti mana yang diketahui ramai anak kepada Nurul, Ayu Nazirah kini sedang berkawan dengan anak lelaki Datin Seri Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Malah Nurul juga menyatakan Mizan sendiri menyuarakan hasrat untuk berkawan secara serius dengan anak perempuannya.
“Kalau Ada Jodoh Semestinya Sebagai Ibu Kami Gembira”
Berkongsi kisah lanjut mengenai hubungan percintaan anaknya itu, Nurul menyatakan sebenarnya Ayu dan Mizan baru berkenalan empat bulan.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nurul menyatakan biarlah anak-anak berkenalan dahulu. Sebagai ibu dia mendoakan yang terbaik.
“Mereka baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu.
Ads
“Apa yang Allah takdirkan, InsyaAllah kami terima. Doakan yang terbaik saja.
Mizan Seorang Budak Lelaki Yang Baik
“Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab baru lagi dan biarlah mereka mengenali hati budi satu sama lain dulu. Biar mereka kenal dahulu bagi mencari keserasian, kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira.
“Mizan adalah seorang budak lelaki yang sangat baik.
“Buat masa ini, belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang datang kepada saya menyuarakan hasrat serius berkawan dengan anak saya,” terang Nurul.
Nurul Terharu
Menerusi salah satu hantaran terbaru di Instagram Nurul telah berkongsi sebuah video tentang anak sulungnya. Ternyata sebagai seorang ibu, Nurul begitu terharu apabila mengimbas kembali gambar-gambar sewaktu kecil hinggalah kini sudah dewasa dan bakal berkahwin.
“Belum lagi hari kawin. Baru ada boipren aku dah emo. Esok kawin?
“Make up ke mana, baju designer ke mana meraung tang tu… kak @mariafarida akan berpelukan dengan kami. Siap la mak mak teruk nangis.” tulis Nurul menerusi kapsyen.
“Tahniah”
Menerusi ruangan komen ramai yang cukup tersentuh dan mengucapkan tahniah kepda Nurul.
Adira Suhaimi fail cerai kali kedua terhadap Datuk Red. Baru saja beraksi di pentas final Famili Duo musim ketiga malam tadi, pagi ini dikejutkan pula dengan berita penyanyi Adira sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.
Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua
Untuk rekod permohonan tersebut adalah yang kali kedua dibuat oleh pemilik nama penuh, Siti Adira Suhaimi terhadap Datuk Red selepas memfailkan penceraian terhadap suaminya pada 1 April 2019. Namun pada ketika itu ia ditarik semula selepas Adira memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.
Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Adira dan kakaknya Emma Suhaimi hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan pada pagi Isnin.
Emma sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK). Manakala Datuk Red, hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut. Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.
Datuk Red Ditegur Sengaja Melambat-Lambatkan Penubuhan Jawatankuasa Pendamai
Pada sebutan kes itu, Hakim Syarie telah menegur tindakan Datuk Red yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.
Hakim Syarie juga telah menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.
Selepas mendirikan rumahtangga pada 2 September lalu, Mira Fizah dan jejaka pilihannya Wan Emir Astar kelihatan begitu bahagia.
Pada hari Khamis lalu, Mira bersama dengan keluarga mentuanya telah berangkat ke Perak bagi menghadiri majlis tahlil Allahyarham bapa kepada suaminya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad di sebuah masjid di Kuala Kangsar.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram milik ira, mereka sekeluarga turut tidak melepaskan peluang untuk membawa Mira menziarahi kubur bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.
Kelihatan pada video tersebut mereka berdua mengalirkan air mana tatkala tidak dapat menahan sebak. Malah menerusi entri di laman Instagram Emir pula, dia turut meninggalkan coretannya yang mengundang sebak ramai.
“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah.. your daughter Papa ..the one He has chosen for me and of me for her. And I will love her as how Papa loved Ibu, with great responsibility and passion.
Halalkan segalanya dan ampunkan dosa Ibu, Emir dan adik-adik, Papa. And “Turn over a new leaf” was one of Papa’s final words to Emir.. maka izinkanlah Emir & Amirah untuk meneruskan kehidupan ‘membina masjid’ dengan keberkatan daripada segala bakti Papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini.
Thank you Papa & Ibu Abah & Mak. Because of each one of them, of the parents’ hopes, prayers and blessings, here we are as husband and wife, and to go through life seeking The Almighty Allah’s love and pleasure.
We miss you Papa.. Every single day. Jaga Papa untuk kami, Ya Rabb. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.”
Syahdunya rindu seorang anak kepada bapanya yang telah pulang ke ramahtullah.
“He Would Be So Proud”- Lisa
Mira cukup beruntung kerana memiliki suami yang penyayang dan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapanya.
Pihak sana langgar perintah injuksi, peguam Puteri Sarah hantar notis. Ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Sarah memaklumkan kepada media salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Dek kerana itu pihak peguam yang mewakili dirinya melakukkan penelitian mengenai kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.
Pihak Sana Langgar Perintah Injuksi
Memandangkan pihak sana telah melanggar perintah injuksi, isteri kepada Syamsul Yusof itu seperti yang dimaklumkan Harian Metro hal terbabit diserahkan kepada peguamnya.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.
“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.
“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku,” luahnya.
Ikutkan Tak Ambil Tahu Kerana Sibuk, Namun Netizen Yang Maklumkan
Sambung Puteri Sarah doa hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh peminat yang mengikuti perkembangannya.
Untuk rekod, Peguam Puteri Sarah sudah menghantar satu notis komital/penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu itu.
“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.
“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.
“Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” katanya.
Untuk info menantu kepada Datuk Yusof Haslam itu menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya. Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Menerusi pertanyaan Puteri Sarah di Instagram tentang isu “Bukan Masalah Besar Sangat Meruntuhkan Rumahtangga Orang…” pelbagai komen dihujani dari warganet.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.