Apabila Menteri Wanita Dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail umumkan kadar caruman 2% KWSP untuk suri rumah ramai isteri yang tidak bekerja mengucapkan rasa syukur dengan berita gembira itu.
Dalam pada wanita meraikan rasa bahagia itu, rupanya ada juga dikalangan para suami (bukan semua tetapi sesetengah yang ‘cukup’ istimewa sifatnya) tidak rela duit gajinya dipotong 2% untuk diserahkan kepada isteri.
Ini perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli tentang pandangannya sekiranya ada isteri yang terpaksa berdepan situasi suami yang engkar ini. Nasihatnya bernas dan fahamkan betul-betul.
Mula-mula sayu, lama-lama geram pula bila baca komen para suami yang tak rela 2% kwspnya ditolak untuk isterinya. Ada yang ayat bukan main lagi seolah hina sangat kedudukan seorang isteri. Entah macam manalah perasaan isterinya kalau terbaca komen suami bakhilnya itu.
Sabda Rasulullah SAW;
“Apa pun yang engkau nafkahkan maka itu teranggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.” (HR al-Bukhari & Muslim)
Jangan ditanya kenapa hidup rasa sentiasa sesak kalau 2% kwsp pun berkira dengan isteri yang dah korbankan nyawa, darah, nutrisi badan especially kalsium untuk lahirkan & susukan zuriat-zuriatmu. Itupun ramai yang tak pernah berterima kasih pun bila isteri willingly susukan anak-anak sampai bertahun-tahun, apatah lagi nak acknowledged. Astaghfirullah.
Orang jenis kedekut & berkira ni memang susah nak bahagia. Kadang bukan isteri surirumah sahaja dihina, bahkan yang bekerja duit gaji sendiri pun tidak merasa. Ramai sangat lelaki dayus makan hasil isteri tanpa redha sekarang. Kemudian, berkira pula. Padahal sebaik-baik sedekah itu adalah buat keluarga sendiri & Rasulullah SAW sendiri berwasiat agar jaga isteri kalian sebaik-baiknya.
Namun, sayangnya hadis Nabi SAW yang paling basic ni pun ramai lagi suami tak hadam & praktikkan.
Betullah kata muallim, hanya lelaki yang mulia mampu memuliakan. Hanya lelaki hina mampu menghinakan.
Bersyukurlah isteri jika suami kalian ialah lelaki yang memuliakanmu. Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah.
Jika dikurniakan suami yang budiman, bersyukurlah sebanyaknya & jangan kedekut minta doa agar rezeki & segala urusan suami sentiasa dalam keberkatan Allah.
Jika diuji dengan suami yang bakhil & jahil, jadilah perancang hidup, pelindung & hero untuk diri sendiri, mencarumlah untuk diri sendiri melalui TH, PRS, simpan gold bar, mahupun investment yang patuh syariah. Janganlah harapkan suamimu yang pudui itu.
Selain itu, rancanglah pinjaman kewangan di iMoney.my, untuk membuat perbandingan pinjaman yang lebih mudah dan pantas.
Mudah-mudahan menantu ummi bukanlah dari kalangan lelaki dayus, zalim, jahil & bakhil. Amiin.
Sumber/Foto : Intan Dzulkefli, Ummi dua puteri solehah.