Berita

Kaki Kiri Dipotong Akibat Kencing Manis, Ibu Hafiz Suip Reda Terima Takdir

Share

Kaki kiri dipotong akibat kencing manis itulah nasib yang menimpa ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip. Kasih ibu membawa ke syurga, sebagai anak sudah pasti kita tidak mahu lepaskan peluang menjaga orang kesayangan apabila mereka jatuh sakit.

Sememangnya bukan mudah untuk menjaga orang sakit dan perlukan sokongan emosi. Apatah lagi ibu ayah yang banyak berjasa kepada kita. Mereka perlu dibelai dan diberikan keselesaan sepanjang mendapat rawatan.

Kaki Kiri Dipotong Akibat Kencing Manis

Terbaru penyanyi yang berasal dari bumi kenyalang, Hafiz Suip memberitahu ibunya, Halizawati Salleh, 62, baru saja dipotong kaki akibat kencing manis. Namun ibunya dapat menerima perkara tersebut dengan reda.

“Kami sekeluarga juga terpaksa ‘berkampung’ di hospital lebih kurang sebulan lamanya sepanjang ibu dirawat di sana sebelum ini.

“Bayangkan selepas bertahun hidup dengan kedua belah kaki tiba-tiba sekarang ibu sudah tiada sebelah kaki,” kongsi Hafiz seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

 

Anak-Anak Penguat Semangat

Tambah Hafiz lagi ibunya juga sudah dapat menerima takdir Ilahi dengan keadaan yang menimpa.

“Saya fikir, kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu. Nampaknya ibu juga sudah reda menerima takdir ini dan sudah pandai bergurau dengan keadaan kakinya itu,” luah Hafiz.

Sambung Hafiz lagi, “Disebabkan penyakit itu sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis ibu pun sudah terlalu tinggi, doktor menasihatkan untuk potong kaki hingga paras lutut kerana bimbang akan melakukan pembedahan berulang kali sekiranya terkena jangkitan,” katanya.

 

 

Tempah Kaki Palsu

Hafiz yang kini sudah menetap di kampung halamannya turut merancang untuk menempah kaki palsu buat ibu.  Malah Hafiz juga sering menemani ibu ke pusat perubatan di Kuching dek kerana berdepan masalah kesihatan.

Baca Disini : “Jika Ada Kecil Hati, Tersalah Cakap, Dendam Tersimpan, Maafkan Saya” Hafiz Suip

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh