Dilahirkan serba sempurna fizikal namun nasib malang menimpa seorang bayi yang baru berusia empat hari apabila terpaksa menjadi kudung setelah kakinya terpaksa dipotong akibat kecuaian jururawat.
Kejadian yang berlaku di China, sekumpulan doktor bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.
Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.
Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi. Kecuaian yang dilakukan apabila jururawat tersebut menyangka alat pengering tersebut telah ditutup sebelum meninggalkan bilik tersebut.
Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah.
“Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan,” katanya.
Nenek kepada bayi malang tersebut pula berkata;
“Bayi ini telah menjadi cacat hanya dalam masa 4 hari selepas kelahirannya. Bagaimanakah dia akan menghadapi masa depan?”
Allahu, meskipun ia merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan, minta dijauhkan kecuaian ini daripada berlaku buat kita. Semoga, para petugas dibidang perubatan lebih berhati-hati dan cermat dalam menjalankan tugas, kerana ia melibatkan nyawa.
Sumber: Sinar Harian & The Sun