Kaki ayam banyak khasiatnya terutama buat wanita. Kajian membuktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Jika nak cantik dan kekal awet muda, keraplah makan kaki ayam.Ini kerana kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.
Selain dibuat sup, boleh cuba buat sendiri kerabu kaki ayam yang dikongsikan oleh Puan Whaslinda Wmohdnoor ini. Resipi yang cukup mudah, sihat dan banyak khasiatnya yang tersendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
“Rugi kalau ade yang tak makan kaki ayam ni, sedap tuu.”
Bahan-Bahan:
Kaki ayam
Daun sup/daun bawang
Cili padi*(tumbuk)
Limau *ambil air perahan
Tomato
Serai
Halia
Bawang besar/bawang merah
Bawang putih*(tumbuk)
Sos ikan/ kicap sotong
Gula
Garam
Ads
Cara Membuat:
1.Rebus kaki ayam sampai empuk/ lembut.
2.Bahan yang tak bertanda * semua hiris, tomato tu buang je die punya biji.
3.Saya guna sos ikan sebab takde kicap sotong dan campurkan semua bahan dan gaul rata.
Ads
Tips Ekstra!
“Kaki ayam ni, lepas dah siap rebus, cuci & rendam dengan ais.Ni saya tengok cara-caranya dekat youtube, supaya isi lebih keras, tak hancur sangat, jadi lebih senang bila nak belah tengah untuk buang tulang.”
“Boleh belah guna pisau atau gunting, ayam ni saya cume buang tulang yang tengah tu je, jari-jari tu saya biarkan je ada tulang, sebab malas buang masa nak buang satu-satu.”
MW: Rupanya tips agar kaki ayam tak mudah hancur serta lebih senang dibuang tulang tengahnya untuk dibuat kerabu, adalah dengan merendam kaki ayam yang direbus dengan ais.Jadi buat mak-mak yang suka makan kaki ayam dan nak awet muda, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan sangat senang nak buat kerabu ni.
Kalau sarangnya cantik, tanda kek sarang semut menjadi. Lubang-lubang pada keknya buatkan kita seronok dan puas hati bila membuatnya. Tapi ada sesetengah petua yang katanya naka kena perap dulu.
Sekarang semuanya mudah, tak perlu nak bazirkan masa yang lama untuk dapatkan sarangnya cantik pada kek sarang semut. Hanya perhatikan adunan semasa membuatnya saja.
Perkongsian daripada Asmida Nor tentang cara nak buat kek sarang semut dengan sarangnya cantik dan berlubang.
“Sudah banyak resipi dah cuba tapi yang ini paling sedap dan menjadi sarangnya. Tk perlu perap pun. Sebab tu kena buat adunan kek dulu baru buat gula hangus. Dalam tempoh buat gula hangus itulah dah perap dah,”
Tip:
Soda bikarbonat & baking powder jugak penting, pastikan ia aktif. Nak tahu dia aktif, bila kita biar lama, adunan kek akan jadi buih-buih halus.
Cara-caranya:
Buat adunan kek dulu.
4 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Kacau sebati
.
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(ayakkan dulu)
Kacau sebati dan biarkan dulu. Buat gula hangus pula.
.1 cawan gula pasir. Guna api sederhana
Pastikan gula tadi semua cair, jangan ada ketul-ketul.
1 cawan air panas
Masukkan dengan hati-hati sebab ia meletup. Biar sampai hilang meletup-letup, lepas itu kacau ketulan gula sehingga larut.
Bila semua gula larut, masukkan 1/2 cawan marjerin. Sentiasa kacau dan jangan sampai ia mendidih. Bila dah larut semua tutup api.
Tuang ke dalam adunan kek tadi. Tak perlu tunggu suam atau sejuk. Nampak adunan berbuih-buih, tandanya soda bikabonat aktif dan akan menghasilkan sarang dan lubang yang cantik.
Kacau sebati.
Tapis dan tuang ke dalam loyang size 7.
Kukus selama 1 jam. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh di atas kek. Boleh juga bakar pada suhu 180 darjah selsius dengan api atas bawah selama 50 minit.
Hasilnya selepas siap dikukus.
Kejadian di dalam. Bagi mendapatkan lubang seperti ini, pastikan potong secara melintang.
Mingguan Wanita : Kek tradisi yang menjadi kegemaran semua orang. Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba.
Agak jarang dan mungkin ada yang tidak pernah terfikir untuk guna inti kepala parut kering. Ini kerana kebanyakan kuih muih menggunakan kelapa parut segar . Baik kuih ketayap, pulut manis mahu pun ikan cencaru sumbat mesti akan ada inti kelapa.
Inilah yang menyedapkan lagi makanan tersebut bila ada inti kelapa parut. Rasa manis dengan campuran gula melaka dan rasa lemak berkrim ini akan menambahkan lagi keenakanan makanan itu.
Namun, untuk mendapatkan inti kelapa parut agak susah terutamanya hanya ingin kelapa segar. Kadang-kadang jenuh juga nak bila berada di tengah bandar.
Daripada semangat nak sediakan inti kelapa parut untuk kuih muih atau masakan cencaru sumbat, terus terbantut untuk memasak. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya tentang kelapa parut kering yang terdapat di pasaran.
Mungkin agaknya tidak sesuai untuk membuat inti kelapa parut seperti kelapa yang segar yang hanya untuk masakan lain.
Jangan risau, ada cara untuk sedapkan inti kelapa parut kering ini seperti kelapa segar. Rasanya pun hampir sama. Jadi, bolehlah cuba cara yang dikongsikan oleh Ida Shahida dalam membuat inti kelapa parut yang kering dan segera berada di pasaran.
Bila beli inti kelapa parut segera, cara nak membuatnya hampuir sama dengan guna kelapa segar.
Ada sesetengah daripada kita fikir, kalau tengok kelapa parut kering yang kat kedai tu apakah yang anda fikir? Setakat yang anda tahulah…kelapa parut kering ni boleh buat apa? Tentu BISKUT KELAPA kan.
Siapa yang nak makan apa apa atau teringin nak buat kuih muih tapi kelapa parut tak ada atau susah nak dapat?
Saya nak buat kuih KETAYAP, nak cari kelapa parut segar memang susah. Kalau beli pun belum tentu dapat buat pada hari yang dibeli.
Jadi inti ketayap saya guna kelapa kering yang selalu orang buat biskut kelapa tu..
Cara buat adalah sama juga seperti kita guna kelapa segar.
buat inti kelapa nak bagi sedap, cuma masukkan 2 sudu besar butter atau mentega ke dalamnya. Lebih sedap rasanyakalau guna gula campur campur…gula merah + gula melaka + gula putih + butter.
** Kalau nak inti jadi kental, boleh masukkan tepung gandum 1 sudu besar untuk sebiji kelapa*.
Kelapa parut ni sangat penting pada saya sebab ianya sangat sangat membantu saya untuk memasak.
Apa lagi yang boleh dibuat dengan kelapa kering ni?
Boleh buat inti karipap, inti cucuk badak, inti ketayap, inti pulut manis, kuih muih yang guna kelapa parut dan yang paling istimewa ialah dengan kelapa parut ini juga saya boleh buat inti ikan goreng ‘ CENCARU INTI KELAPA.
Rasa Hampir Sama
Rasanya? HAMPIR Sama macam kelapa parut asli.SESUAI untuk sesetengah jenis masakan dan sesetengah inti sahaja. Kalau nak buat kelapa parut untuk kuih kaswi/kasui/pulut ikan masin, buah melaka dan lain lain lagi tu tak sesuailah sebab ada makanan yang memang perlu pada rasa dan kelembutan kelapa parut asli serta rasanya yang lemak lemak manis.
Mingguan Wanita : Kalau kelapa segar, ia kena masak cepat, elak kelapa rasa masam. Tapi, kalau yang segera, bila-bila pun boleh. Walau bagaimanapun, tak semua sesuai guna kelapa parut segera ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara. Kadang kalanya memang teringin makan lauk kenduri. Pesamah Daging ni antara lauk kenduri yang cukup terkenal sewaktu kenduri kahwin di negeri sebelah utara.Tapi sekarang memang payah nak jumpa lauk ni.
Mak-mak yang nak cuba dan rasa sendiri Lauk Kenduri Kahwin Pesamah Daging ni boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini.
Kadang mai teringin nak makan nasi kenduri lauk macam ni. Tak dak pulak orang nak jemput kenduri. Dah terasa teringin Masak sendiri jalah.
Pesamah daging nie dulu-dulu fames sebelah Utara kalo ada kenduri kahwin baru ada.Tapi sekarang payah dah nak jumpa, Pesamah daging & Nasi minyak kuning.
RESEPI PESAMAH DAGING
Bahan-Bahan:
1 kg daging – potong 10 ketul
Bahan tumis:-
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong mancis
Batang kulit kayu manis
Biji buah pelaga
Kuntum bunga lawang
Kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari
Bahan kisar :-
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Bahan lain:
1½ bungkus rempah KARI daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
3 sudu makan kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit Garam
Cara Membuat:
1. Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3. Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Part nie mengambil masa yang lama dalam sejam lebih, sebab nak reneh daging sampai lembut.
4. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
5. Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat..Okey dah siap.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...