Pengorbanan dan kasih seorang kakak apabila sanggup mendermakan rahimnya sendiri kepada adiknya tersayang. Ini kerana berharap supaya adiknya turut berpeluang memiliki anak sendiri dan bergelar seorang ibu.
Sekumpulan pakar bedah di Britain berjaya menjalankan prosedur pemindahan rahim pertama negara itu yang melibatkan seorang penderma hidup, lapor akhbar The Sun UK.
Pesakit berusia 34 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu tidak dapat melahirkan anak kerana mengalami masalah genetik.
Kakaknya yang berusia 40 tahun dan mempunyai dua anak memutuskan untuk mendermakan rahimnya dalam prosedur yang baru diumumkan tersebut.
Pakar perubatan daripada Kolej Diraja NHS Trust di London dan Hospital Universiti Oxford mengambil masa hampir sembilan jam setengah dalam operasi pada Februari lalu.
Lebih 30 kakitangan kemudian bertukar syif memantau pesakit selama 24 jam. Prosedur itu berjaya dilakukan dan penerima rahim merancang untuk hamil menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) akhir tahun ini.
“Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya pembedahan saya tetapi hasilnya positif.
“Penderma dan penerima (rahim) gembira. Saya berpuas hati apabila penderma pulih sepenuhnya selepas pembedahan besar dan penerimanya dalam keadaan baik,” kata pakar bedah,
Profesor Richard Smith.Namun demikian dalam ajaran Islam menderma rahim hukumnya HARAM kerana tujuan untuk mendapatkan zuriat itu hanya bersifat pelengkap kepada kehidupan berkeluarga. Masih ada alternatif lain untuk mendapatkan anak seperti mengambil anak angkat dan berpoligami.
Mesti Baca:Pengorbanan Seorang Mak, Sanggup Derma Rahim Sendiri Demi Lihat Anak Bahagia Mampu Mengandung
Baca Lagi Di Sini:Wanita Lahir TANPA Rahim, Berjaya Hamil & Lahirkan Zuriat Sendiri
Artikel Menarik:Suami Meninggal Sakit Jantung, Ibu Paling Tua Di Dunia Terpaksa Besarkan Anak Sendirian
Mingguan Wanita: Pengorbanan dan kasih seorang kakak apabila ingin adiknya turut berpeluang memiliki anak sendiri dan menjadi seorang ibu. Sanggup mendermakan rahimnya sendiri.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.