Kakak tak sengaka tikam adik dibebaskan dengan jaminan, tertuduh masih kanak-kanak. Sekitar minggu lalu, kematian secara tidak sengaja seorang remaja berusia 16 tahun di tangan kakaknya, pelajar tingkatan enam rendah menarik perhatian orang ramai.
Ini kerana dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri remaja ini diberitakan bergaduh akibat berebut kerusi di dalam kereta sebelum ejek mengejek berlaku dan kakak membaling pisau yang membawa kepada kematian adiknya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua beradik ini menerusi temu bual bersama wartawan 999, memaklumkan identiti berkata, punca pergaduhan mereka bukanlah disebabkan berebut tempat duduk seperti yang didakwa ramai pihak.
Pada hari kejadian, ibu ambil kakak dahulu di sekolahnya barulah ambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain. Mereka bergaduh mulut saja sebelum kejadian ini terjadi.
Kakak Tak Sengaja Tikam Adik Dibebaskan Dengan Jaminan
Memetik Harian Metro, remaja ini hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya, minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.
Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, barisan pembelaan yang mewakili tertuduh iaitu peguam Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.
“Tertuduh adalah seorang kanak-kanak dan tiada sebab dia melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.
Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang kakak membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.
Dua beradik itu dilaporkan bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak tegur jangan sampai malukan orang. Itulah antara nasihat Datuk Seri Siti Nurhaliza buat individu yang menyokong gerakan Blockout 2024.
Penyanyi terkemuka tanahair itu turut meminta agar jika ingin menegur jagalah adab dan elakkan memaki hamun di laman sosial selebriti.
Untuk pengetahuan, Gerakan Blockout 2024 dimulakan pada 6 Mei serentak dengan penganjuran majlis Met Gala 2024 sekali gus hari yang sama di mana bumi Palestin diserang Israel. Gerakan tersebut juga telah menamakan senarai selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai situasi yang berlaku.
Nak Tegur Jangan Sampai Malukan Orang
Siti yang terkenal dengan sikapnya yang sopan santun juga tidak bersetuju jika mereka yang meninggalkan komen berbaur ugutan dan maki hamun di laman sosial selebriti.
“Tak baguslah sampai tahap maki hamun. Nak tegur atau marah mesti ikut adab. Tak perlu sampai memalukan orang.
“Saya faham mungkin mereka (individu terbabit) ingin mempertahankan agama tetapi ia boleh dilakukan dengan cara lebih berhemah.
“Kita kena lihat kembali apa yang agama ajar.
“Kalau nak pertahankan agama kenalah ikut cara agama, kalau tak suka lebih baik diam,” ungkap Siti Nurhaliza seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online.
Selebriti Ada Alasan Tersendiri
Menyentuh mengenai gerakan Blockout 2024 yang membabitkan ramai selebriti popular tempatan Siti enggan mengulas lanjut namun percaya selebriti tersebut mempunyai alasan tersendiri untuk jarang memuat naik mengenai kisah pergolakan di Palestin di media sosial masing-masing.
“Saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, sudah memainkan peranan mengenai isu Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa sebelum serangan Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
“Malah, Sekolah Afwa Al Aafiyah sudah ditubuhkan sebelum itu lagi. Ini adalah fisabilillah dan usaha kami untuk agama islam.
“Pada masa sama, kita juga dituntut untuk mempertahankan agama dan saudara seagama yang ditindas dengan kejam di Palestin,” sambungnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Misi bantuan banjir Sabah berakhir tragedi, suami sempat paut tangan isteri dihanyut arus deras. Banjir buruk melanda Sabah waktu ini. Jumlah mangsa banjir setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 328 orang daripada 105 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan mangsa iaitu seramai 279 orang daripada 93 keluarga berbanding 165 orang daripada 67 keluarga semalam.
Misi Bantuan Banjir Sabah Berakhir Tragedi
Namun apa yang menyedihkan, di sebalik ujian banjir itu, niat seorang sukarelawan yang membuat agihan makanan kepada mangsa banjir berakhir dengan tragedi.
Suami Sempat Paut Tangan Isteri Dihanyut Arus Deras
Monica Ting Siew Kwong adalah hero yang seharusnya dijulang. Niat membantu mengagihkan makanan kepada mangsa terperangkap dalam banjir pada jam 1.40 pagi dekat Pekan Donggongan berakhir dengan tragedi di mana dirinya dihanyutkan arus deras.
Difahamkan, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, Monica dikatakan dihanyutkan arus deras. Mayatnya ditemui di Kampung Hungab, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras.
Mayat Monica selamat ditemui sekaligus menjadi korban pertama banjir yang melanda Sabah.
Lebih menyedihkan, suaminya, Hii Ding Wei, 39, sudah berusaha memaut tangannya dengan menariknya sekuat hati namun arus deras memaksa pautan itu terlerai sekaligus diri mendiang hanyut sebelum ditemui tersangkut.
Berehatlah srikandi, semoga setiap jasa dibalas dengan kebaikan.
Lebih menyedihkan, suaminya, Hii Ding Wei, 39, sudah berusaha memaut tangannya dengan menariknya sekuat hati namun arus deras memaksa pautan itu terlerai sekaligus diri mendiang hanyut sebelum ditemui tersangkut.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...