KAKAK Meninggal Pada Hari Perkahwinan, ADIK Sendiri Ganti Jadi Pengantin! Jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Walaupun telah tersusun perancangan perkahwinan, namun jika bukan jodoh, ajal menjadi penghalang.
Seorang wanita di India terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ menggantikan tempat kakaknya sebagai pengantin selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba, lapor laman berita Daily Star semalam.
Pada awalnya, kakak wanita itu, Hetal, dalam proses untuk melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Vishal di sebuah kuil di Bhavnagar.
Namun, kakaknya itu mengadu berasa pening sebelum pengsan, yang menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan ketika majlis perkahwinannya masih berlangsung, Ahad lalu.
Doktor kemudian mengesahkan bahawa Hetal meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bagaimanapun, daripada bertindak membatalkan perkahwinan itu, bapa Hetal, Jinabhai Rathore membuat keputusan bahawa Vishal akan mengahwini anak perempuannya yang lain.
Menurut laman berita tempatan Hindi Latest, jasad Hetal disimpan di dalam peti di bilik mayat di hospital sehingga majlis perkahwinan adiknya selesai dilakukan.
Mesti Baca:“Bukan Sesuatu Yang Mudah, Saya Kahwin Dengan Adik Ipar Demi Anak-Anak” Ismail Hamid
Baca Lagi Di Sini:Jangan Ambil Mudah Bila SAKIT DADA, Itu Petanda Serangan Sakit Jantung
Mingguan Wanita: Kalau bukan jodoh, ajal menjadi asbab tak jadi kahwin.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.