Kakak dedah adik terpaksa tanggung kes jenayah Kim Seri, “akaun bank & SSM guna nama adik. Kisah kontroversi melibatkan personaliti media sosial, Kim Seri yang dilaporkan baru bernikah semalam kembali menjadi perbualan hangat apabila seorang wanita,  Nor Seri Azlina Bustani, tampil mendedahkan adiknya kini menjadi mangsa dalam kes jenayah penipuan wang pelanggan yang dipercayai berkait rapat dengan selebriti berkenaan.

Kakak Dedah Adik Terpaksa Tanggung Kes Jenayah Kim Seri

Bercerita secara eksklusif kepada Mingguan Wanita, Nor Seri Azlina yang juga kakak ipar kepada Kim Seri berkata, Isnin lalu hingga ke tarikh ini adik keduanya, dikenali sebagai Angah direman pihak berkuasa atas 47 pertuduhan berkaitan penipuan wang yang menggunakan khidmat Kim Seri melancong ke Korea.

Kakak Dedah Adik Terpaksa Tanggung Kes Jenayah Kim Seri, “Akaun Bank & SSM Guna Nama Adik…
Nor Seri Azlina mengakui adiknya kini direman dan bakal berdepan 47 pertuduhan penipuan melibatkan wang pelanggan melancong ke Korea yang diuruskan oleh Kim Seri.

“Sejak kes penipuan Kim Seri tersebar di media massa dari tahun lalu, adik sentiasa memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah Isnin lalu dirinya direman oleh polis ketika dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Gemas. Apa yang kami dengar, adik sudah dibawa ke Johor dan dikatakan akan berpindah dari satu negeri ke satu negeri melibatkan 47 pertuduhan tersebut.

“Akaun Bank & SSM Guna Nama Adik…

“Mak saya sentiasa menangis bila tahu adik tak boleh diikat jamin. Anak-anak yang bersamanya juga menangis bila tak berjumpa ayah mereka,” katanya yang mendedahkan nama adiknya   telah digunakan untuk membuka akaun syarikat termasuk pendaftaran syarikat (dibuka ketika adiknya dan Kim Seri masih sebagai suami isteri).

“Kim Seri dulu merupakan guru dan sebagai kakitangan kerajaan memang tak boleh ada syarikat. Jadi adik yang berniaga air di tepi jalan termasuk ke pasar-pasar malam telah diminta membuka SSM termasuk akaun syarikat atas namanya. Sebelum ini tiada masalah pun tentang syarikat pelancongan Kim Seri itu sehinggalah dirinya membuka restoran di tengah Korea.

“Lepas buka restoran inilah masalah mula wujud termasuk kejadian pelanggan tak dapat hotel, tiada tiket dan sebagainya kerana Kim Seri bukan dari keluarga kaya. Urusan pelancongan sesebelum ini pun termasuk wang keluar masuk  diuruskan oleh Kim Seri sepenuhnya kerana dirinya di Korea (menyambung pengajian ketika itu) sementara  adik pula ada di Malaysia kerana berniaga air di tepi jalan.

Nor Seri Azlina turut mendakwa setahun lalu, adiknya ada pergi ke Korea kerana Kim Seri meminta menguruskan restoran tersebut sehinggalah adiknya kembali semula ke Malaysia selepas bercerai tahun lalu dan membawa anak-anaknya kembali ke sini.

Ads

“Masa adik balik, memang sedih tengok keadaannya. Duit pun tak ada di tangan. Balik begitu saja.  Sekarang bila perkara ni meletup, adik saya pula yang ditahan reman sedangkan dirinya bebas di Korea malah siap berkahwin baru lagi,” katanya dengan nada kecewa.

Menurut Nor Seri Azlina lagi, video pendedahan tersebut dimuat naik bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya sebagai usaha untuk membersihkan nama adiknya yang kini berdepan siasatan jenayah berkaitan penipuan kewangan.

@misstudung8

Inilah jawapan kenapa Kimseri masih lepas bebas atas jenayah dia buat… bekas suami iaitu adik saya terpaksa tanggung segala jenayah dia asbab masa masih suami isteri adik saya bukakan akaun company ssm unk dia..dlm video dia sendiri mengaku bekas suami tak salah tapi dengan mangsa dia fitnah bekas suami kaw2 curi duit bagai.. Hanya Allah mengetahui segalanya.. ingat seri doa org teraniaya tu makbul

♬ Doa Hajat – DJ Bombompret

Ads

“Saya tak akan padam video ni sebab inilah satu-satunya bukti yang boleh bantu adik saya. Ia melibatkan maruah keluarga. Dia bukan penipu, dia mangsa,” tegasnya dan turut memaklumkan sejak dia memuat naik video semalam atas nama Hakak Tudung, Kim Seri ada menghubunginya meminta agar video itu diturunkan.

“Tak mungkin saya akan padam kerana ini maruah keluarga kami.Kami sekarang sedang mencari peguam untuk bantu adik. Kosnya bukan murah dan kami juga bukan orang kaya ada duit banyak. Tapi demi nak bantu adik, kami akan berusaha mencari peguam untuk membela kesnya,” katanya memaklumkan adiknya tinggal bersamanya selepas balik dari Korea tahun lalu.

Ads

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun netizen telah pun membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi – ada yang bersimpati, dan tidak kurang juga yang menuntut siasatan lanjut terhadap Kim Seri.

Sama ada benar atau sebaliknya, pendedahan berani Nor Seri Azlina ini membuka dimensi baharu terhadap kes yang dikatakan melibatkan penyalahgunaan identiti dan manipulasi dalam dunia perniagaan atas talian.

Kim Seri yang dikenali melalui perkongsian konten berkaitan kehidupan di Korea Selatan, menawarkan pakej pelancongan kepada rakyat Malaysia. Namun, beberapa pelanggan mendakwa mereka tidak menerima perkhidmatan yang dijanjikan, termasuk tiket penerbangan palsu dan penginapan yang tidak disediakan. Akibatnya, ramai yang terkandas di lapangan terbang tanpa kepastian.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sekurang-kurangnya 24 laporan polis berkaitan kes ini, dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM500,000 di mana isu ini heboh diperkatakan ramai termasuk pengakuan dari mangsa sendiri di media sosial.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI