Besar sungguh jasa dan kasih kakak pada adik-adiknya sehingga diri menjadi korban. Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di Kampung Balok Baru, petang semalam.
Sempat Tolak Adik
Difahamkan, mangsa sempat menolak dua adiknya bagi menyelamatkan mereka sebelum dia dihempap pokok besar terbabit.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.35 petang.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang terima satu kes daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng memaklumkan terdapat kes pokok tumbang dan menghempap remaja perempuan, empat kenderaan awam serta kabel elektrik.
“Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota terdiri tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.
Ads
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang remaja perempuan dihempap pokok dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pasukan bomba mula memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum menghantar mangsa ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa.
“Kerja-kerja seterusnya anggota bomba menunggu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir ke lokasi untuk memotong bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Ads
Disahkan Meninggal Dunia
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu dan mangsa disahkan meninggal dunia.
“Mangsa dikenali sebagai Aliya Zahra Mohammad Hasnizam berusia 14 tahun dan berasal dari FELDA Cerul Satu, Kemaman, Terengganu,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.
Mingguan Wanita: Besar jasa dan pengorbanan kakak ini, sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adik-adik sehingga diri terkorban.Moga ditempatkan disyurga dikalangan orang-orang yang beriman.
“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Dulu Rasa Tak Mampu
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Deko Sikit Demi Sikit Ini Hasilnya
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padielok dak deko kami hampa. Kami bukan tauke beras na, kami hanyalah suri rumah sambil berniaga online.
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Bagi seorang YouTuber macam-macam cara digunakan dengan memuat naik video semata-mata untuk mendapat view. Namun urusan berkaitan agama tak sepatutnya dijadikan satu gurauan dan bahan mainan.
YouTuber dari Palembang, Sumatera Selatan, Edo Putra ditahan kerana memberi sampah kepada orang ramai yang mempercayainya sebagai daging korban sempena Aidiladha.
Edo ditahan Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang selepas memuat naik video berkenaan di saluran Youtubenya, Edo Putra Official dan kemudian tular di laman sosial, lapor Kompas.
Ketua Komisioner Polis Palembang, Anom Setiyadji mengesahkan penahanan tersebut semalam.Bagaimanapun, Anom belum dapat menjelaskan secara terperinci lokasi penangkapan dan motif pelaku kerana kes masih dalam siasatan.
Isi Sampah
Sebelum itu, Edo merakam video melakukan ‘prank’ dan memuat naik di saluran YouTube dengan tajuk ‘Prank bagi daging kepada emak-emak isinya sampah’.
Video berdurasi 11 minit 56 saat menunjukkan dia mengedarkan beg plastik kepada dua wanita yang percaya ia berisi daging korban.
Kedua-dua wanita itu kelihatan gembira dan bersyukur dengan pemberian yang diberikan tetapi wanita itu kecewa selepas melihat isinya hanya sampah.
Selepas melihat reaksi wanita berkenaan, Edo memohon maaf dan memberi wang RP 500,000 (RM145) kepada mereka.
MW: Nak bergurau ada batasnya. Memang agak keterlaluan apabila urusan berkaitan agama dibuat gurauan apatah lagi dijadikan ‘content’ semata-mata untuk mendapat view yang tinggi. Semoga YouTuber ini diberi pengajaran yang setimpal.
“Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung kita ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.”
Ayah Banyak Buat Salah Pada Awak – PU Abu
“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak dalam perut ummi”
Dalam pada itu, PU Abu juga mengucapkan terima kasihnya kepada bekas isterinya, Ain ‘Afini kerana melahirkan anak mereka.
“@ainafini terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat kita ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.”
“Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan.”
Selepas melalui pelbagai kemelut rumahtangga, pasangan ini, PU Abu dan Ain sudahpun disahkan bercerai pada 15 Mei lalu. Dan kini bergelar suami kepada ahli perniagaan, Hana Azraa.
MW : Tahniah PU Abu dengan kehadiran cahayamata ini. Biarpun tak lagi menjadi suami Ain, semoga dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada bayi baru ini dengan sebaiknya. Moga Allah permudahkan urusan kalian.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...