Kak Yatie kongsi resipi yang senang faham, mudah orang ikut.” Memang tiada rahsia kerana dirinya ingin pengikutnya dapat merasai keenakan makanan apabila memasak mengikut resepi yang dikongsikan.
Jelas Nurhayati Zainol Abidin atau lebih dikenali dengan Kak Yatie @yatiekitchen, setiap kali berkongsi resipi di media sosial, dirinya sememangnya berkongsi resipi seikhlas hati agar mudah difahami dan orang boleh ikut.
Resipi yang mudah difahami, jelas dan gerenti jadi membuatkan ramai pengguna media sosial terutamanya Instagram sentiasa mengikuti setiap satu resepi masakan dan makanan yang dikongsikan Kak Yatie. Sesungguhnya, nama @yatiekitchen sangat popular yang kini memiliki 833K pengikut dan menjadi rujukan mak-mak untuk mencari resipi.
“Macam mana saya masak dan makan masakan saya, macam itulah saya mahu follower-follower saya merasai benda yang sama, saya pastikan apa yang saya kongsi dan tulis difahami, jelas dan mudah diikuti supaya hasilnya sama.
“Tiada “rahsia” di setiap perkongsian kerana bagi saya ilmu yang Allah kurniakan adalah ilmu yang tidak boleh dijual beli dan ilmu itu tidak kita bawa ke sana.
“Ikhlaskan diri dalam menulis supaya kita rasa dekat dengan yang membacanya,” jelas Yatie yang hampir 20 tahun berkhidmat di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebagai Assistant Manager, Customer Care.
Sesungguhnya minat Yatie dalam bidang masakan tidak terbatas, walaupun dirinya mempunyai kerjaya tetap tetapi memasak adalah “jiwa”. Malahan Yatie akui suka memasak sejak berusia 10 tahun lagi.
“Saya suka menjamu keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat saya kalau mereka datang di rumah. Bagi saya “homecook is the best”. Saya juga rasa, kerjaya adalah “career” saya, tetapi memasak adalah “passion” saya,”ungkapnya satu-persatu yang kini berusia 43 tahun.
Dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana dan tidak mewah, perkara tersebut tetap membuatkan Yatie merasa bahagia dengan kehidupannya tika itu.
“Masa kecil, saya lihat mak mencari rezeki dengan berniaga makanan dengan membuka gerai depan rumah dengan menjual mee bandung Johor. Dalam masa yang sama, mak bekerja sambilan menebar roti canai dan mengambil tempahan biskut batang buruk.
“Dari situlah saya lihat kekuatan mak untuk membesarkan kami. Abah pula seorang askar , jadi abah banyak outstation. Mak dan abah rajin memasak.
“Abah dan mak mempunyai cara mereka sendiri bila memasak. Ilmu, resipi dan tip masakan yang mereka berikan, saya kongsikan juga kepada follower saya.
“Saya percaya selagi ilmu yang kita kongsikan digunapakai selagi itulah pahala mereka dapat seperti air sungai yang mengalir. Insyallah, mak dan abah adalah idola saya dalam bidang masakan,” ceritanya panjang lebar.
Satu perkara yang tidak mungkin Yatie lupakan adalah ketika dirinya berumur 17 tahun, dia pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kulinari. Namun disebabkan desakan hidup ketika itu, dia terpaksa melupakan hasrat untuk sambung belajar, dan bekerja sambilan untuk menyara keluarga.
“Saya memang bercita-cita nak pakai baju dan topi “chef” tapi tak apalah jadi chef di rumah pun boleh. Pengalaman itulah memberi kekuatan untuk saya terus kuat untuk mengejar impian.
“Akhirnya tercapai jugak bukan jadi seorang “chef “ tapi jadi seorang “Cook” dengan terbitnya buku resipi saya sendiri. Saya sangat bersyukur,”luahnya sebak.
Sedari awal, Yatie sememangnya mempunyai misi untuk menerbitkan lima buah Buku Resipi. Perjuangannya bermula dari tahun 2018, di mana Buku Resipi Edisi pertama diterbitkan. Kemudian diikuti Edisi 2 (2019), Edisi 3 (2020) dan Edisi 4 (2021).
“Insyaallah pada tahun ini (2022), saya akan menerbitkan Buku Resipi dan Tips Masakan Edisi yang ke-5,” katanya yang berpegang pada falsafah hidup, “Jadilah diri anda sendiri tanpa meniru sesiapa, tidak hipokrit , just be yourself.”
Setiap orang mempunyai motivasi tersendiri, setiap kali “down”. Bagi Yatie, setiap kali ditimpa masalah dirinya akan ke dapur sebagai terapi.
“Saya rasa memasak adalah “terapi”, terapi yang dapat mengeluarkan unsur-unsur negatif dalam badan dan saya kembali kuat.
“Jangan jadikan setiap satu masalah yang kita hadapi sebagai satu masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Ketahuilah setiap masalah pasti ada jalannya.
“Buatlah keputusan yang bijak, jangan bertindak negatif yang merugikan diri sendiri. Siapa lagi yang menjaga hati kita, susah tentu kita sendiri. No one cares, jadi sayanglah diri sendiri ya,” kata Yati lagi.
Diakui di sebalik populariti yang dikecapi Yatie, kadang-kadang timbul juga komen dan kecaman dari pengikut atau netizen. Tetapi dirinya bersyukur masih mampu mengawal situasi yang berlaku.
“So far alhamdullillah, tak adalah teruk sangat. Ada yang komen ohh banyaknya minyak, tak sihatlah bila berkongsi resipi di akaun media sosial. Bagi saya itu biasa, kita terima dengan positif. Memang sangat mencabar media sosial sekarang ini.
“Untuk elakkan perkara yang tak diingini, buatlah posting yang tidak mengundang kecaman. Agak-agak posting itu akan dikecam, batalkan hasrat untuk post posting tersebut,” jelasnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, Yatie turut menerangkan bahawa wanita perlu menjadi dan memberi inspirasi buat wanita lain kerana jiwa wanita ini sangat-sangat lembut, sensitif, manja, kuat, tabah , kadang-kadang “tersentap” jugak jika dijentik dan dicabar.
“Bagi saya semua wanita diluar sana kuat dan tabah , mereka lihat pengalaman hidup orang lain yang berjaya dan menjadikan orang itu sebagai inspirasi supaya dia boleh terus kuat melalui dugaan hidup.
“Secara tidak langsung mereka berdikari ,mereka menjadikan wanita-wanita yang berjaya ini sebagai idola mereka. Mereka bukan “meniru” tetapi mereka mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka. Hanya “wanita” yang memahami perasaan seorang “wanita”,”akhirinya panjang lebar.
Pencapaian:
1. Setiap Edisi Buku Resipi YatieKitchen terjual lebih daripada 10,000 nashkah.
2. Berjaya mendapatkan Hak Intelek ( Copyrights ) untuk branding YatieKitchen.
3. Dilantik sebagai Duta Adabi , La Gourmet Since 2018 & Love Earth 2021
4. Berjaya naikkan billboard YatieKitchen sendiri tanpa sebarang tajaan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita