Kak Ogy nafi bakal berkahwin “Terima kasih apabila ramai mendoakan saya”. Dek kerana memuat naik hantaran dalam laman Instagramnya, ramai menganggap pelakon versatil Fauziah Datuk Ahmad Daud menerima pinangan perkahwinan.
Selain berlakon Ogy yang juga pengarah terkenal, 60 turut menafikan bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Maksud pinangan yang diterima adalah pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati yang bakal diadakan di Gateway Theatre Singapura pada 11 Februari, tahun depan.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian, pelakon itu menerangkan terpaksa mengambil masa selama lima tahun untuk mempertimbangkan tawaran membintangi pementasan muzikal berkenaan disebabkan belum cukup berani.
“Hantaran saya dalam media sosial adalah risikan Produser Eksekutif, Hafeez Glamour untuk pementasan muzikal ini.
“Tetapi, ramai orang ingat saya nak berkahwin. Apa yang dimaksudkan mengenai pementasan muzikal yang akan diadakan, tahun hadapan.
“Namun, saya ucap terima kasih apabila ramai mendoakan saya,” ungkap Kak Ogy.
Bagi menerima tawaran tersebut, Kak Ogy turut memberitahu dia banyak melakukan solat sunat Istikharah.
“Hafeez merisik saya pada 2017. Lima tahun lamanya saya menanti dan banyak solat sunat Istikharah dibuat.
“Mungkin saya belum berani dan ada keyakinan kerana ini bukannya tugasan mudah. Apa yang ada dalam minda bukan hanya konsert yang selalu dipertontonkan.
“Jadi, ia adalah tanggungjawab besar buat saya. Saya tak anggap sebagai satu bebanan, lagi dicabar bertambah seronok kehidupan ini,” sambungnya.
Baca Disini : “Tiada lagi Panggilan Ali, Asmidar..” Luah Ogy Ahmad Daud Atas Pemergian Azmil Mustapha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Fauziah Ahmad Daud