Kak KM Selamat Bersalin Secara Normal, “Terima Kasih Mendoakan Terutama Atas Nama Cinta Carissa”

Share

Kak KM selamat bersalin secara normal. Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli telah selamat melahirkan anak keempatnya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Disember jam 1.30 tengah hari.

Kegembiraan berganda juga buat usahawan kosmetik ini bersama suami apabila anak yang diberi nama Cinta Carissa lahir pada tarikh yang sama dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.

Kak KM Selamat Bersalin Secara Normal

Seperti mana  yang dilaporkan, Kak KM menyatakan pengalaman melalui proses bersalin kali ini berbeza sedikit berbanding dengan tiga anak sebelum ini. Memetik laporan portal mStar, Kak KM  menahan sakit selama sejam dan bayi pula seberat 3.8kg.

“Alhamdulillah saya menahan sakit selama sejam sahaja di dalam bilik bersalin. Pada jam 12.30 tengah hari masuk manakala jam 1.30 terus bersalin.

“Kali ini berbeza sedikit kerana bayi besar dan berat 3.8kg. Saya sendiri minta supaya tak potong dan jahit, jadi sakitnya lebih sedikir tetapi berbaloi,” luahnya.

Baca Disini Juga:

Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Perempuan Keempat “Baby Keluar Awal Seminggu, Terima Kasih Mendoakan”

Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat, Lebih Menyakitkan & Mencabar “Lain Macam Sakitnya”

Kejutan Seminggu Sebelum Isteri Bersalin, Rezeki Dapat Kembar 3!

Pilih Nama Cinta Carissa

Malah Kak KM juga menerangkan telah memilih nama Cinta Carissa untuk bayi yang baru dilahirkan dan dianggap bersesuaian dengan karaternya yang suka sesuatu berbeza.

Wanita yang cukup kental ini juga berasa terharu dan menghargai semua doa dan sokongan yang diterima dari pengikut setia laman sosialnya.

“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya terutama sekali mereka yang bersedekah atas nama Cinta Carissa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua,” ulas Kak KM.

Untuk rekod, selain Cinta Carissa, Kak KM dan suami dikurniakan tiga cahaya mata Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman, 11.

Sumber : mStar

Sumber Foto : Instagram Liana Rosli Official

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh