Kak KM Beli Banglo RM5 Juta “Kalau Sentiasa Berbuat Baik Pasti Ada Rezeki”

Share

Kak KM beli banglo RM5 juta mahu beri inspirasi, usahawan dan personaliti media sosial sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM sering menerima komen negatif warganet.

Namun anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu tidak pernah ambil pusing malah membuktikan dirinya juga berjaya dalam perniagaan walaupun dikecam warganet.

Kak KM Beli Banglo RM5 Juta

Terbaru Kak KM mencuri lagi perhatian warganet apabila berkongsi dirinya berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.

Seperti mana video dikongsikan, Kak KM juga turut menerima kejutan dari ahli keluarga dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia meninjau banglo berkenaan.

“SURPRISE YANG MENJADI

“Alhamdulillah syukur harini dapt kunci bungalow

“Terima kasih mak @normahdamanhuri atas doamu.

“Mekasih kakak2 @ujigorgy @kmbeauty_hq @sweetdara_masterstokis_kl suami ku @razmanramli889 adik akk @ahyarosl @irashahirahphilips bakal abg ipa @tuantanah_711,” kongsi Kak KM menerusi kapsyen video tersebut.

Syukur Dengan Rezeki Yang Diberikan

Kak KM yang sentiasa menerima kritikan dari warganet akui dirinya tidak mempedulikan hal tersebut malah dia bertekad kejayaannya dapat memberikan inspirasi kepada orang lain.

Malah seperti mana yang dipetik menerusi Mstar Online Kak KM begitu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olah Yang Maha Esa.

“Syukur rezeki yang diberikan. Allah mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat untuk miliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” ungkapnya.

Lihat Sudut Positif

Akui sebagai seorang usahawan dia sering dikecam namun itu semua sudah lali.

“Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” tambahnya lagi.

Doa Dari Warganet

Baca Sini : Kak KM Selamat Bersalin Secara Normal, “Terima Kasih Mendoakan Terutama Atas Nama Cinta Carissa”

Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

Mingguan Wanita : Tahniah Kak KM…

Sumber : Mstar Online

Sumber Foto : Instagram Liana Rosli

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured


Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Norhayati Suboh