Dengan rasa berat hati penyampai radio, Abby Fana atau selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Bed dengan pendengar mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar FM.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar, 54, meminta maaf kerana tidak memaklumkan hari terakhir bersama Sinar FM, 31 Disember lalu lebih awal. Malah dia juga tidak tahu bagaimana untuk berkongsi perkara itu.
Abby juga menjelaskan dia bukannya berhenti mahupun bersara, sebaliknya kontrak bersama stesen radio itu tidak disambung.
“Namun begitu saya nak anda tahu, yang saya rasa amat dihargai dan terharu.
“Terima kasih atas sokongan anda selama 14 tahun di Sembang Sinar dan mereka yang terlebih dahulu bersama saya di THR.
“Saya rasa ramai yang dah tahu bahawa 31 Disember 2020 adalah hari terakhir saya bersama Sinar FM.
“Ramai yang bertanya kenapa berhenti? Bersara ke? Buat apa selepas ini? Jadi saya jawab secara ringkas sahaja.
“Saya tidak berhenti atau bersara, cuma kontrak tidak disambung. Tetapi tidak perlulah saya menjawab bagi pihak atasan mengapa kontrak tidak disambung.
“Saya rasa sudah tiba masanya saya memberi laluan kepada penyampai radio yang lebih fresh, mempunyai idea yang baharu,” luah Abby menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya.
Baca Disini Juga:
Peneraju Radio Sedondon Sarung Tudung Merdeka, Gara-gara Cikgu Sekolah
Hebat DJ Radio Wanita Ini Mantain Baca Berita, Walau Dilingkari Ular Phyton Albino
Ahmad Fedtri Yahya Amal Cara Tradisional Buang Toksik Sebelum Tidur
Mengimbas kembali 14 tahun lalu sewaktu menyertai Sinar, Abby memberitahu seseorang terpaksa mengosongkan tempat untuk beri laluan kepada dirinya bersiaran.
“Itulah lumrah kehidupan, setiap permulaan adakah pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan,” kongsinya.
Tambah Abby, dia berharap ukhwah yang terjalin diantaranya dan pendengar dapat diteruskan sampai bila-bila.
Abby juga rasa begitu terharu dengan reaksi ramai orang tentang kisahnya itu.
“Saya mohon ampun dan maaf andai anda yang terguris hati dengan saya, jika gurauan terkasar. Maklumlah saya manusia biasa.
“Saya juga terharu dengan reaksi ramai orang dan ada yang terkejut sebab maklumlah saya ini penyampai yang biasa-biasa.
“Namun begitu saya nak anda tahu, yang saya rasa amat dihargai dan terharu. Terima kasih atas sokongan anda selama 14 tahun di Sembang Sinar dan mereka yang terlebih dahulu bersama saya di THR.
“Secara keseluruhan sudah 20 tahun saya berada dalam dunia penyampaian radio,” akhirnya.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Abby Fana
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita