Kajian Mengatakan Lelaki Berkahwin Dengan Wanita ‘Berisi’, Lebih Bahagia & Hidup Lebih Lama

Share

Mungkin ini berita baik buat wanita yang memiliki tubuh badan bersaiz besar atau ‘berisi’ agar tidak rasa rendah diri dengan penampilan fizikal serta mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Ini kerana menurut kajian terbaru yang dijalankan, menyatakan “lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita ‘berisi’ ternyata lebih bahagia, ceria sekaligus mampu membuatkan lelaki tersebut hidup lebih lama.

Memetik laporan Daily Times, penemuan ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemón Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Jabatan Psikologi, National Autonomous University of Mexico (UNAM), yang merupakan salah sebuah universiti terkemuka didunia.

Menurut kajian tersebut,

“Lelaki yang mempunyai hubungan dengan wanita ‘berisi’ ternyata lebih bahagia, lebih gemar tersenyum dan lebih baik dalam mengatasi masalah berbanding lelaki yang mempunyai hubungan dengan wanita kurus”

Kajian juga menunjukkan bahawa wanita kurus cenderung memendam rasa, kurang mesra dan kurang memberi ekspresi dari segi emosi.

10 Kali Ganda Bahagia

Sedangkan wanita ‘berisi’ rasa lebih yakin pada diri mereka sendiri mampu menangani keperluan pasangannya dengan lebih baik.Mereka juga mampu membahagiakan lelaki 10 kali ganda berbanding wanita kurus.

Sebagaimana yang kita tahu, rasa gembira dan bahagia juga membuatkan kita boleh hidup lebih lama, ujar pengkaji.

Kesimpulannya, wanita janganlah terlalu bimbang dan gusar apabila miliki tubuh badan yang berisi kerana tetap ia tetap ada kelebihannya yang tersendiri. Yang paling penting, nikmati kehidupan, namun tetap sihat dan bebas dari sebarang penyakit.

Sumber: Daily Times

Published by
Suhaidah Abd Wahab