Pelukan merupakan salah satu tanda luahan rasa cinta dan kasih sayang pada pasangan mahupun terhadap anak-anak. Bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi.Ia mampu menambah keharmonian dalam rumah tangga, eratkan kasih sayang anak-anak, bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

Jika pasangan dan anak-anak sering jatuh sakit diserang penyakit seperti selsema, batuk dan demam, ‘magis’ kuasa pelukan setiap hari dikatakan mampu memberikan kesihatan yang lebih baik. Ini kerana terdapat kajian bahawa dengan memeluk seseorang ia dapat mengelakkan penyakit-penyakit tersebut, berbanding mereka yang jarang dipeluk lebih mudah kena selesema, demam dan batuk.

Tingkatkan Ketahanan Diri

Sheldon Cohen, seorang Professor dari Carnegie Mellon University merumuskan bahawa tekanan dalaman mampu meningkatkan daya ketahanan diri seseorang daripada serangan penyakit.

Menggunakan 404 responden, Cohen dan rakan penyelidiknya melakukan ujian dimana sekumpulan daripada mereka akan dipeluk dan selebihnya tidak dipeluk.Selang 2 minggu, kumpulan yang dipeluk tidak diserang penyakit, sebaliknya kumpulan satu lagi mengalami simptom penyakit seperti demam dan selesema.

IKLAN

Cohen juga merumuskan bahawa dengan memeluk seseorang, ia mampu merendahkan rasa tekanan, seterusnya meningkatkan daya tahan seseorang.

Selain itu, antara kelebihan kuasa pelukan ialah;

Meningkatkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Berpelukan mampu menghasilkan banyak Hormon oxytocin yang dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan pada pasangan, malah pelukan pada anak juga mampu membuatkan anak lebih mendengar kata.

IKLAN

Tidur Lebih Nyenyak

Jika sukar tidur, mintalah pasangan memeluk semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.Malah menambah kasih sayang serta mengeratkan hubungan dengan anak-anak.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: 5 Waktu Terbaik Memeluk Isteri, Tak Perlu Tunggu Si Dia Merajuk Baru Nak Rangkul!

MW: Menarik juga kajian ini. Jadi buat suami isteri, rajin-rajinlah peluk pasangan dan anak-anak setiap hari. Banyak kelebihannya bukan sahaja dari segi kesihatan malah manfaat lain.

Sumber: Today

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI