Salah satu nasihat doktor kepada pesakit darah tinggi tentunya ‘jaga makan’. Kemudian, barulah amalkan gaya hidup sihat selain makan ubat.
Seksa sebenarnya bila dah dijangkiti penyakit tekanan darah tinggi ini. Lagi-lagi kalau dah bergantung dengan ubat-ubatan.
Tak boleh nanti berhenti ambil sesuka hati. Kena terus makan selagi doktor belum kata ‘stop’ jangan berhenti.
Walau pun masih makan ubat, tak salah sebenarnya nak amalkan petua turunkan darah tinggi. Bab ‘jaga makan’ itu termasuklah ambil makanan yang disahkan mampu menurunkan paras tekanan darah tinggi.
Saintis Prinsipal MARDI, Dr Suri Roowi berkongsi 6 jenis makanan ini terbukti secara saintifik boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
Dalam Jurnal of Med. Plant Res. Vol. 5(24) (2011) 5671-5676 yang diterbitkan pada 2011, menyenaraikan pelbagai sayuran yang boleh menurunkan paras darah tinggi.
Antaranya bawang putih yang bagus untuk sesiapa yang ada masalah darah tinggi.
Caranya dengan memakan seulas bawang putih setiap hari selama 12 minggu. Insya-Allah boleh turunkan tekanan darah tinggi dalam 3 bulan.
Amalkan juga makan saderi yang kaya dengan bahan yang dipanggil apigenin. Apigenin ini boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
Begitu juga dengan brokoli yang boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi. Ini kerana, dalam brokoli itu mengandungi satu bahan berkhasiat yang dikenali sebagai glucpraphanin.
Jika anda mengamalkan memakannya, darah tinggi boleh menurun.
Antara kebaikan mengambil minyak zaitun dalam diet seharian adalah ia tinggi asid lemak mono tak tepu. Bahan ini bagus untuk kesihatan.
Dan dengan menggunakan minyak zaitun tekanan daran boleh menurun.
Di sini bermaksud, makan makanan yang tinggi mineral misalnya,
√ Tinggi kandungan potasium :- pisang, sukun, avokado, kurma, markisa, jambu merah, betik.
√ Tinggi kandungan kalsium :- ikan sardin, salmon, brokolo, pok choy kecil, bayam, tauhu, almond
√ Tinggi kandungan magnesium :- sayuran berdaun hijau, labu, susu, ikan, tomato, serai, kekacang.
Yang penting kandungan garam semasa diambil mestilah rendah.
Seterusnya Dr Suri meneruskan kajian yang lain dan mendapati ada sumber makanan lain yang berkhasiat iaitu ‘barley grass’ yang berkesan menurunkan tekanan darah tinggi.
‘Barley grass’ ini sejenis sumber barli yang kaya dengan kalsium, magnesium, potasium, kaya protien dan sangat rendah sodium.
Yang mana, ‘barley grass’ ini atau serbuk daripada anak pokok barli mengandungi kalsium 50 kali lebih tinggi, dan potasium 34 kali lebih tinggi berbanding beras.
Khasiat yang terkandung dalam serbuk anak pokok barli inilah yang banyak khasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Itulah 6 jenis pemakanan yang terbukti secara saintifik dapat menurunkan paras tekanan darah tinggi.
Sumber/Foto : Dr Suri Roowi