Kain kiswah Kaabah, inilah maksud 5 ayat dari 4 surah yang ditulis.  Setiap tahun, sebelumnya bermula musim Haji, tradisi menukar kain kiswah akan dilakukan.
Setiap tahun, menaikkan kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Makkah akan diadakan sebagai simbolik kepada bermulanya musim haji.

Kain Kiswah Kaabah

Kiswah yang kebiasaannya menutupi keseluruhan binaan Kaabah, dinaikkan ke paras tiga meter dari lantai Mataf dan bahagian binaan yang terdedah dilitupi dengan kain putih yang melambangkan Ihram, bagi mengekalkan kebersihan Kiswah. Tradisi menukar  kelambu Kaabah iaitu Kiswah ini sebenarnya sudah bermula sejak sebelum kelahiran baginda Rasulullah saw lagi. Kini, pertukaran kiswah adalah peristiwa penting setiap kali musim haji.
Namun di sebalik penggantian kelambu Kiswah ini, tahulah di dindingnya tertulis 5 ayat dari empat surah yang perlu kita ketahui isinya.
Dikongsikan dari sumber Darussalam Holdings, inilah lima ayat yang tertulis dari empat surah iaitu Surah Al-Baqarah :144, Ali ‘Imran : 133, An-Nur : 35, Al-Fath : 27 selain Al-Fath : 29.

Inilah Maksud 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis

Inilah ayat-ayat yang ditulis di Kiswah Kaabah.
AYAT 1 – NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT
Firman Allah SWT:
Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai
[Surah Al-Baqarah :144]
 Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran “Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah.
Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah.
AYAT 2 – SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN
Firman Allah SWT:
Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
[Ali ‘Imran : 133]
 Ayat 133 dari surah Ali ‘Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran “Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa.
 Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya
AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA
Firman Allah SWT:
Allah yang menerangi langit dan bumi
[An-Nur : 35]
Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna النور yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya.
AYAT 4 – UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Firman Allah SWT
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman
[Al-Fath : 27]
Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah.
Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka.
Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah.
 AYAT 5 – BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA
Firman Allah SWT:
Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud
[Al-Fath : 29]
Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah.
Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud. WAllahua’lam.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI