Kain Kapan Bangsawan, Dijual RM219 Semeter Untuk Golongan Kaya

Share

Kain kapan bangsawan, dijual RM219 untuk golongan kaya. Hari ini semuanya duit. Mereka yang memiliki duit yang  banyak akan berkongsi di media sosial kehidupan mewah  seolah-olah dunia tiada penghujungnya.

Jika duit membeli segalanya di dunia, di akhirat manusia hanya membawa tiga bekalan sahaja. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pengantin Perempuan Pilih Kain Kapan Mahar Mas Kahwin, Lambang Ikatan Cinta Hingga Ajal Pisahkan

‘Tanam Jenazah Secepat Mungkin.’ Anak Ralat Baru Terjumpa NOTA, Kelengkapan Urus Jenazah Mak

Akibat Suka Mengumpat, Kain Kafan Jenazah Tidak Cukup Untuk Menutup Mayat

“Sudah Simpan Batu Nisan, Keranda…”, Tinggalkan Dunia ‘Mak Nyah’, Tenang Jadi Tukang Buat Keranda

Tapi hari ini duit menjadi raja. Dan selepas kematian pun masih memikirkan “mewah”untuk berhadapan Malaikat Munkar dan Nankir di alam barzakh.

Tindakan seorang wanita dikenali sebagai Suryani yang menjual kain kapan bangsawan menjadi sebutan di media sosial.

Kain Kapan Bangsawan

Jika sebelum ini kain kapan hanyalah kain putih sahaja tetapi dirinya mengambil peluang menjual kain kapan untuk golongan bangsawan dengan harga satu meter RM219.

Memetik Astro Awani, barangkali, tidak pernah terlintas di fikiran sebahagian besar daripada kita bahawa kain kafan untuk membaluti jenazah juga mempunyai gred yang berbeza.

Sangkaan kita tentu sekali kain kafan bewarna putih yang harganya tidak pula semahal mana.

Namun, dalam dunia moden hari ini, kain kafan untuk jenazah sebetulnya sudah dijual pada harga yang sangat luar biasa.

Ditakrif sebagai kain kafan jenazah bangsawan, seorang peniaga di Indonesia mencuri tumpuan ramai berikutan hasil jualan itu difahamkan mendapat sambutan luar biasa khususnya daripada golongan ahli Parlimen negara jiran itu.

Suryani menjual kain kafan mewah pada harga 750,000 rupiah (RM219) semeter.

Dijual RM219 Semeter Untuk Golongan Kaya

Berdasarkan laporan portal berita Indonesia, Suara.com, wanita bernama Suryani itu menjual kain kafan mewah pada harga 750,000 rupiah (RM219) semeter.

Katanya, di daerah Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan, kain kafan dipanggil sebagai tope.

Tope bukan sahaja digunakan untuk mengafankan jenazah, bahkan, material itu juga oleh menghasilkan pakaian seperti jubah, tudung, beg dan kipas.

“Harganya mencecah Rupiah 1.7 juta (RM498) apabila sudah menjadi baju. Ramai pembelinya adalah daripada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” kata Suryani.

Suryani berkata, kain kafan itu diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang.

“Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk menjahit satu pakaian, maka, ia dijual mahal,” ujarnya.

Kata Suryani, kain kafan tersebut digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan, justeru menyebabkan, kebanyakan orang beralih kepada kain putih kerana perbezaan harga yang ketara.

Kain kafan atau tope dihasilkan di wilayah Kelara, Jeneponto oleh sekitar 50 wanita tempatan yang terlatih.

Usaha Suryani menjual tope adakah kerana ingin meneruskan kelangsungan penggunaan kain kafan itu yang disifatkannya sebagai hampir ketinggalan zaman. – Awani

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Published by
Almaswa Haji Che Ros