Jodoh setiap orang tak sama. Apabila Allah sudah menetapkan jodoh dengan wanita berusia, itulah ketentuanNya yang perlu anda terima. Semua itu adalah rahsia Allah. Cuma Dia yang tahu alasan, sebab dan musababnya, mengapa isteri lebih berusia jadi jodoh anda.
Jangan menolak ketentuanNya. Sekali anda sudah memiliki jagalah pasangan dengan sebaik-baiknya. Ada yang kata rezeki akan jadi lebih murah. Anda juga akan jadi lebih tenang dan sabar. Wanita berusia ini matangnya lain macam. Haa. sebab itu kena selalu positifkan diri.
Wahai suami, jika wanita berusia sudah menjadi jodoh anda nak pastikan agar hubungan jadi lebih mesra dan lebih bahagia cuba ikuti 7 tip yang dikongsikan ini.
1. Cari Sisi Matang Isteri
Sebagai suami, anda bertanggungjawab kepada kerukunan rumah tangga yang dibina. Fahami isteri anda dan jadikan diri lebih matang. Itu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh menjadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran dalam beberapa perkara.
2. Kenal Rakan Isteri, Akan Kenal Juga Isteri Anda
Mungkin semasa bercinta anda tidak memahami sepenuhnya sifat isteri anda. Untuk membantu anda menilai dirinya disarankan mendekati rakan-rakannya.
Ads
Dari situ anda dapat melihat bagaimana perwatakan isteri anda. Selain itu, elakkan sikap cemburu buta apabila isteri anda meluangkan waktu bersama rakan-rakannya.
3. Tak Salah Pun Nak Bersaing Dengan Kematangan Isteri
Berkahwin dengan isteri lebih tua miliki tuahnya yang tersendiri. Mana tidaknya, isteri lebih ‘makan garam’ berbanding anda yang lebih berusia muda.
Namun jangan harap isteri anda tahu semuanya dan mengambil semua tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh anda. Jadi apa salahnya untuk menyaingi ilmu dan pengalaman yang ada pada isteri.
Ads
4. Masa Ini Dah Kena Bergaul Cara Orang Dewasa
Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk memasuki zon atau era zaman isteri. Untuk membantu anda memahami isteri apa kata anda buat perubahan sedikit pada diri.
Bergaul dengan golongan yang jauh lebih berusia, secara tidak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul. Jadi, lebih mudah anda mengenalinya.
5. Awas! Isteri Matang Sensitifnya Lain Macam
Ini apa yang harus anda harungi, perlu lebih sensitif apabila berkata-kata. Jangan mudah terikut-ikut darah muda, ada kalanya mudah melatah dan suka cakap lepas.
Ads
Mungkin bagi kawan-kawan sebaya ia tidak menjadi masalah kerana mereka faham trend ketika itu dan hanya dianggap gurauan. Tetapi harus diingat tidak semua orang boleh terima cara itu, lagi-lagi bagi orang yang berjiwa sensitif. Fahami jiwa isteri anda.
6. Bertolak Ansurlah..
Bertolak ansur dalam perhubungan membuatkan rumah tangga anda aman. Ia bukti yang boleh ditunjukkan betapa besarnya kasih sayang anda padanya. Jika anda berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir hayat.
7. Bersabar.. Jangan Cuba Ubah Suami
Memang rumit ada sahaja yang tidak kena, lagi-lagi bila isteri anda cuba mengubah anda menjadi seseorang matang. Tidak salah jika anda banyakkan bersabar dan cuba ikuti caranya.
Tetapi, jika isteri anda cuba mengubah diri anda sepenuhnya, rasanya lebih elok anda berhenti. Mungkin untuk masa terdekat isteri anda suka dengan perubahan itu, namun lama-kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ada jati diri dan pegangan hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan kuasa pelukan mempunyai magis yang tersendiri. Ia mampu memberi ketenangan emosi dan mengeratkan lagi hubungan terutamanya buat suami isteri. Bagi pasangan yang tinggal bersama ia tidak menjadi satu masalah untuk berpelukan setiap hari, namun bagi suami isteri yang berjauhan ia menjadi satu cabaran untuk memenuhi ‘keperluan’ ini. Sehinggakan ada yang sanggup mengupah ‘Jurupeluk’ Professional.
Mungkin pelik dan agak janggal apabila seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut.
Guna Khidmat Jurupeluk Profesional
Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.
Saskia berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.Perpindahannya menyebabkan Saskia berjauhan dengan suaminya, Arthur untuk satu tempoh yang lama.
Keadaan itu menyebabkan Saskia kesepian, lantas mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) sejam.
“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya seorang wanita yang sudah berkahwin.
“Namun, saya tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,” ujar Saskia dalam program televisyen Love Don’t Judge.
Isteri Suka Sentuhan
Sementara itu, Arthur berkata, meskipun dia dan isterinya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar integriti hubungan mereka.
“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.
“Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya. – Agensi
MW: Suami isteri berpelukan setiap hari memang beri kesan baik untuk emosi dan mengeratkan lagi kasih sayang. Namun bila berpelukan dengan orang asing, memang rasa janggal malah sangat dilarang dalam agama iya.
Curang di tempat kerja, isteri bawa anak dan sijil nikah kantoikan suami yang sedang memadu kasih dengan kekasih gelapnya.
Barangkali inilah caranya untuk memberi pengajaran kepada suaminya yang tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.
Suami Curang Di Tempat Kerja
Kisah kecurangan seorang suami yang sedang asyik memadu kasih bersama wanita lain di tempat kerja akhirnya terbongkar apabila dia ‘ditangkap’ oleh isterinya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan rumah dilihat sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dalam keadaan mesra.
Isteri Bawa Anak & Sijil Nikah Kantoikan Suami
Secara tiba-tiba seorang wanita dipercayai isterinya datang bersama anaknya. Wanita itu kelihatan terkejut melihat suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.
Dia kemudiannya mengamuk dan cuba untuk membelasah kekasih gelap suaminya itu.
Tidak cukup dengan itu, si isteri mengeluarkan sijil nikah mereka dan menunjukkannya kepada wanita berkenaan sebelum dihalau oleh wanita tersebut.
Dia kemudiannya cuba ditenangkan oleh suaminya yang menarik tangannya untuk keluar dari situ agar tidak terus menimbulkan kekecohan.
“Di saat seorang isteri ‘menangkap’ suaminya bersama wanita lain. Sudah siap sedia membawa sijil nikah. Bukan biasa-biasa,” tulis keterangan pada video tersebut.
Netizen Turut Bersimpati
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai situasi itu.
“Kalau suaminya kacak, kaya, tidak mengapa jika mahu direbut. Sebaliknya, kalau dia tidak kacak, miskin dan berlagak hebat, lebih baik kamu tinggalkan sahaja,” kata seorang netizen.
“Masya Allah, siap dibawa anak perempuannya sekali. Tak dapat dibayangkan apa perasaan kanak-kanak tersebut dalam situasi seperti itu. Mungkin hatinya hancur,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Selagi isteri masih boleh bersabar dan menerima kesalahan suami, maka hargailah sebaiknya. Jangan sampai isteri tawar hati dan undur diri, menyesal nanti tiada gunanya.
Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.
Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.
6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak
1. Amal Bacaan Ruqyah
Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)
2. Zikir Nama Allah
Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)
3.Selepas Dilahirkan
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan). Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..
4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah
Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.
5. Bacakan Doa Ketenangan
Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.
6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat
InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.
Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...