Kahwin lain boleh tapi nafkah anak culas bayar, lelaki jangan pandai buat anak saja. Lepas buat anak, bercerai kemudian lupa tanggungjawab.
Bila penceraian berlaku, yang berpisahnya suami dan isteri. Tidak terputus hubungan ayah dan anak-anak. Anak-anak masih menjadi tanggungjawab seorang ayah.
Kahwin Lain Boleh Tapi Nafkah Anak Culas Bayar
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Kahwin lain boleh, nafkah anak tak boleh bagi…
Bila bercerai, yang diceraikan itu isteri, bukan anak. Bila sudah terputus hubungan, yang putus itu dengan isteri, bukan anak…
Lelaki Jangan Pandai Buat Anak Saja
Anak itu tetap anak kandung, malah anak itu tetap darah daging sendiri. Nama anak tetap dinasabkan atas nama ayahnya. Hendak kahwin berapa kali pun boleh, asalkan nafkah anak yang dijaga bekas isteri itu dibayar dan ditunaikan.
Orang pompuan sudah set dalam kepala dia, “Orang lelaki ini hanya pandai buat anak.”
Ads
Sebab yang jaga anak itu adalah orang perempuan dan yang besarkan anak juga adalah ibunya. Bila sudah bercerai atau berpisah, tetap juga anak-anak dijaga oleh orang perempuan.
Si ayah hendak merapu, mahu bebas atau ingin bercinta memadu asmara dengan sesiapa pun, bekas isteri tak mahu tahu. Bukan suami dia lagi, buat masa ini dia hanya mahukan nafkah anak dari bekas suami. Itu saja.
Tak perlu dia kena naik turun mahkamah dan tak perlu dia upah peguam atau tak perlu dia saman-menyaman. Jika bekas suami lelaki yang baik, ada lagi akhlak dan nilai-nilai seorang ayah dalam diri, maka dia akan tunaikan hak si anak tersebut…
Jangan Hanya Pandai Buat Anak
Dia kena jaga kebajikan dan pendidikan serta hubungan anak dengan ayah kerana itu semua masih di bawah tanggungjawab dia, kewajipan dia sebagai seorang lelaki yang berstatus ayah…
Benda ini, kalau tuntutan bekas isteri tidak dipeduli, tak dihiraukan, buat tak layan. Maka terlepaslah tapi sekadar di dunia. Di akhirat, tetap tak lepas…
Ads
Sangkut bang…sangkut…
Mingguan Wanita : Buat mak-mak di luar sana yang berdepan dengan masalah ini iaitu bekas suami culas bayar nafkah anak, anda berhak membuat tuntutan di mahkamah. Jangan biarkan anak terseksa. Sumber : Firdaus Shakirin
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri tertekan hidup dengan suami terlalu berkira, semua perkara nak kena kongsi bayar. Dalam sesebuah perkahwinan, salah satu perkara penting untuk keharmonian rumah tangga ialah pengurusan kewangan yang baik dan kerjasama antara suami isteri.
Isteri Tertekan Hidup Dengan Suami Terlalu Berkira, Semua Perkara Nak Kena Kongsi Bayar
Namun, apabila seorang suami terlalu berkira dalam soal kewangan, ia boleh menjadi sumber tekanan yang besar bagi isteri. Apabila perkara ini tidak diurus dengan baik, ia boleh menyebabkan keretakan hubungan dan menjejaskan kesejahteraan emosi kedua-dua pihak.
Mengapa Suami Bersikap Berkira?
Terdapat pelbagai sebab mengapa sesetengah suami bersikap berkira dalam soal kewangan. Antara sebab-sebab yang sering berlaku termasuk:
Pengalaman Masa Lalu atau Didikan
Suami mungkin datang daripada latar belakang keluarga yang mengutamakan simpanan yang ketat atau mengalami kesukaran kewangan pada masa lalu. Sikap ini mungkin terhasil daripada pengalaman hidup yang mengajarnya untuk berjimat cermat secara melampau kerana bimbang akan kekurangan wang pada masa depan.
Tekanan Kewangan Semasa
Suami yang mengalami tekanan kewangan mungkin akan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Jika suami merupakan satu-satunya penyumbang pendapatan dalam keluarga, dia mungkin merasa tertekan untuk mengawal perbelanjaan dengan ketat bagi memastikan keluarga tidak menghadapi kesukaran kewangan.
Kurangnya Komunikasi Tentang Kewangan
Ada kalanya, suami mungkin tidak menyedari bahawa dia bersikap berkira kerana kurangnya komunikasi antara suami isteri tentang kewangan. Mungkin dia beranggapan tindakannya adalah cara yang baik untuk mengurus kewangan keluarga, tetapi sebenarnya ia menimbulkan ketidakpuasan hati isteri.
Pengaruh Sikap Materialisme
Sesetengah individu cenderung bersikap materialistik dan sangat mementingkan nilai wang. Suami yang berkira mungkin melihat segala-galanya dalam aspek kewangan, menyebabkan dia terlalu mengira setiap perbelanjaan termasuk yang diperlukan oleh isteri dan anak-anak.
Kesan Tekanan kepada Isteri
Apabila hidup dengan suami yang berkira, isteri boleh mengalami pelbagai bentuk tekanan, termasuk:
Rasa Tidak Dihargai
Isteri mungkin merasa tidak dihargai apabila suami berkira tentang perbelanjaan yang melibatkan dirinya atau keperluan rumah tangga. Misalnya, jika suami enggan mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang penting seperti makanan, pakaian, atau pendidikan anak-anak, ia boleh menyebabkan isteri merasa tidak penting dalam keluarga.
Tekanan Emosi
Tekanan berterusan dalam mengurus kewangan boleh menyebabkan isteri mengalami tekanan emosi, seperti rasa kecewa, marah, atau sedih. Apabila isteri merasa tertekan, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mentalnya dan hubungan perkahwinan.
Konflik Rumah Tangga
Sikap suami yang berkira boleh menyebabkan pertengkaran yang kerap dalam rumah tangga, terutama jika isteri merasa tidak dapat berkongsi kebimbangannya tentang kewangan. Ini boleh menyebabkan jurang emosi antara suami isteri dan merosakkan hubungan jangka panjang.
Kurang Kebebasan
Hidup dengan suami yang berkira juga boleh menyebabkan isteri merasa terkurung dan kurang kebebasan untuk menguruskan keperluan dirinya atau keluarga. Setiap perbelanjaan perlu dibincangkan atau dijelaskan dengan terperinci, yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan kebergantungan sepenuhnya pada suami.
Cara Mengatasi Masalah
Masalah kewangan dalam perkahwinan boleh diatasi dengan komunikasi yang baik dan kerjasama antara suami isteri. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
Berkomunikasi Secara Terbuka
Langkah pertama adalah dengan membuka ruang komunikasi yang jujur dan terbuka antara suami isteri tentang kewangan. Isteri perlu menyampaikan perasaannya tentang sikap suami yang berkira dengan cara yang tidak menuduh, tetapi lebih kepada meluahkan kebimbangannya. Suami pula perlu mendengar dengan hati terbuka dan berusaha untuk memahami perasaan isteri.
Merangka Bajet Bersama
Adalah penting untuk pasangan suami isteri merangka bajet bersama yang merangkumi perbelanjaan rumah tangga, keperluan peribadi, dan simpanan. Dengan cara ini, kedua-dua pihak dapat melihat aliran kewangan keluarga secara jelas, dan suami mungkin akan lebih fleksibel dalam menguruskan kewangan setelah memahami keperluan sebenar keluarga.
Berjumpa Penasihat Kewangan
Jika masalah kewangan menjadi sumber konflik yang serius, berjumpa dengan penasihat kewangan boleh menjadi langkah yang baik. Penasihat boleh membantu suami isteri dalam merangka pelan kewangan yang lebih baik dan menunjukkan cara-cara untuk mengurus kewangan tanpa menyebabkan tekanan kepada salah satu pihak.
Memahami Keperluan Emosi
Pasangan Kewangan bukan sekadar tentang wang, tetapi juga tentang keperluan emosi pasangan. Suami perlu memahami bahawa walaupun dia mungkin ingin berjimat, isteri juga mempunyai keperluan dan keinginan yang perlu dipenuhi. Memberikan perhatian kepada perasaan isteri adalah penting untuk memastikan perkahwinan terus harmoni.
Cari Jalan Tengah
Kedua-dua suami dan isteri perlu mencari jalan tengah yang dapat memenuhi keperluan kewangan dan emosi mereka. Suami mungkin boleh melonggarkan sikap berkira, manakala isteri juga boleh belajar untuk memahami kebimbangan suami tentang kewangan. Keseimbangan ini penting untuk mengurangkan konflik dan meningkatkan kualiti hubungan.
Kesimpulannya hidup dengan suami yang berkira boleh menyebabkan tekanan yang besar kepada isteri, terutamanya jika kewangan menjadi isu utama dalam rumah tangga. Namun, masalah ini boleh diatasi dengan komunikasi yang baik, pemahaman antara satu sama lain, dan perancangan kewangan yang bijak.
Suami perlu lebih peka terhadap keperluan isteri, manakala isteri juga perlu memahami pandangan suami tentang pengurusan kewangan. Dengan kerjasama yang baik, pasangan suami isteri dapat mengatasi masalah ini dan mewujudkan rumah tangga yang lebih harmoni dan bahagia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza. Semuanya telah ditentukan olehNya. Ada yang bahagia, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kaya dan ada yang miskin. Semua itu telah diatur olehnya sebaik mungkin.
Inilah yang dikatakan ujian hidup. Namun, jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku. Ada kemanisan yang menanti bagi kita yang sabar. Mungkin cepat atau lambat sahaja.
Ujian hidup yang ditarrifkan oleh Isma Addi Jumbri dalam perkongsiannya.
1. Ada yang diuji dengan pasangan, hingga tak mahu lagi teruskan hubungan.
2. Ada yang diuji dengan kesihatan, hingga tak sanggup lagi rasai kesakitan.
3. Ada yang diuji dengan kematian, hingga kini tak hilang kerinduan.
4. Ada yang diuji dengan beban kewangan, hingga terasa beban uruskan tanggungan.
5. Ada yang diuji dengan kesusahan, hingga putus harap pada Tuhan.
6. Ada yang diuji hilang punca pendapatan, hingga tak sanggup hadapi kesempitan.
7. Ada yang diuji dengan perasaan, hingga tak sedar hadapi tekanan.
8. Ada yang diuji dengan kewangan, hingga tidur malam diselimuti kerunsingan.
9. Ada yang diuji dengan kesenangan, hingga terasa perit segala kenangan.
10. Ada yang diuji dengan kehidupan, hingga tak fikirkan lagi masa hadapan.
11. Wahai kawan setiap orang hadapi pelbagai ujian dan rintangan, putus harap pada Tuhan sesekali jangan.
12. Berat dan susah mana kita ditimpa dugaan, percayalah masih ramai lagi hadapi beratnya ujian.
Apa pun yang berlaku, jangan sesekali kita pernah tinggalkan perkara ini iaitu sedekah walau sempit, senyum walau sedih dan sentiasalah bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan.
MW: Kita didatangkan hujan lebat dan ribut petir kerana Dia ingin memberikan pelangi untuk kita. Jadi, jangan bersedih, terimalah dengan penuh kekuatan dan keredaan.
Dalam rumah tangga, tak kisahlah pasangan mak,ayah nak ikut acuan yang mana satu dalam melayari bahtera perkahwinan. Jika selesa serahkan segala tugas kepada isteri untuk uruskan anak dan rumah tangga serta isteri redha apa salahnya.
Begitu juga dengan mak,ayah yang sama-sama keluar mencari rezeki, apabila tiba di rumah masing-masing pukul tanggungjawab bersama untuk uruskan anak dan rumah tangga. Maksudnya saling bekerjasama.
Rumah tangga kita ikutlah cara kita. Tak jatuh maruah seorang suami apabila buat kerja rumah, suami pun nak pahala bahagikan isteri dengan memberi khidmat dalam rumah tangga.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami penjelasannya:
Tengah bersembang hal Ayah Long ke tu?
Allahu.
Saya tenang saja petang tadi tunggu isteri pulang kerja. Siap masakkan cucur pisang. Jaga anak-anak main buih belon luar rumah. Sebelum itu saya baru selesai basuh dan keringkan kain baju.
Isteri sampai terus duduk. Tersenyum sebab nampak cucur pisang. Ambil dan suap ke mulut.
Tak Jatuhkan Maruah Pun Buat Kerja Rumah
Saya jatuhkan maruah suami ke buat kerja rumah dan sediakan minum petang?
Oh, mestilah tidak. Saya pun nak cari pahala khidmat dalam rumah tangga.
Isteri dah bantu banyak urusan rumah juga. Dia kerja, saya pun kerja. Cuma saya ada di rumah awal, saya uruskanlah apa yang patut.
Itu pun tidak gais. Awak tahu ke hidup dia dan isteri macam mana? Biasalah orang dulu-dulu begitu. Suami kerja keras, demi sesuap nasi untuk rumah tangga dia. Isteri suri rumah sepenuh masa.
Ummi saya dulu pun sediakan semuanya untuk Abah. Sediakan air basuh tangan, temankan makan kalau pun ummi tak makan. Khidmat pada suami.
Sampai ke hari ini begitu. Itu ilmu yang mereka belajar dulu.
Sesuai atau tidak ilmu tu nak bawa ke zaman ini, itu pun tak ada siapa boleh putuskan.
Terpulang Kepada Rumah Tangga Masing-masing
Berbalik kepada persoalan hidup kita dalam rumah tangga bagaimana.
Yang saya pelik, berianya awak awak dekat luar nak marah ke Ayah Long.
Ewahh, awak dapat lelaki kaki judi ke nak marah macam tu? Jenis terbungkang tengok tv, tak bekerja, setiap hari minta duit beli rokok eh?
Tak kan? Kalau tak, bersyukurlah dulu.
Allah beri suami cukup sifat, baik, faham awak. Sekali sekala bercakaran tu biasalah. Rumah tangga kan?
Itulah.
#DoneIntoScene walau pun dah malam.
MW: Tak perlu dikecam cara Ayah Long yang tular baru-baru ini, mungkin itu caranya mengecap bahagia. Paling penting apa yang mak,ayah lakukan sekarang mampu membuatkan pasangan merasa bahagia atau tidak? Renung-renungkan.