Kahwin bukan untuk sehari dua tapi ingin bahagia dan bersama selamanya hingga ke hujung nyawa. Pernah dengar, usia perkahwinan sudah mencecah berpuluh tahun, tapi akhirnya bercerai dengan alasan tiada persefahaman.
Ada beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan an praktikkan agar kebahagiaan rumah tangga berkekalan.
RANCANG CUTI BERSAMA
- Dalam kesibukan kerja dan menguruskan anak, cubalah ambil masa dengan merancang percutian berdua atau pun dengan anak-anak. Sekurangnya, ia dapat memenangkan fikiran dari aktiviti yang kita lakukan setiap hari.
HADIAH ISTIMEWA
- Tidak perlu memberikan hadiah yang mahal untuk membuatkan suami atau pasangan kita tersenyum lebar. Kejutan dengan sebuah hadiah yang kecil seperti minyak wangi, lilin aroma terapi, bunga dan sebagainya pun sudah cukup. Tentu sekali pasangan anda tersenyum lebar melihat hadiah istimewa dari pasangan.
SURAT CINTA
- Kadang-kadang lebih mudah untuk kita mengungkapkan rasa cinta melalui tulisan daripada berkata secara lisan. Cuba tulis menulis surat cinta pada pasangan. Walaupun ada teknologi yang canggih sekarang ini, kita boleh gunakan cara ini. Selitkan surat pada beg kerjanya, tentu pasangan tersenyum sendirian.
DENGAR MUZIK KEGEMARAN
- Rasanya mesti anda mempunyai lagu kegemaran. Cubalah pasang lagu kegemaran berdua ketika makan malam atau menghabiskan masa berdua. Lagu ini dapat meningkatkan mood dan membuatkan suasana menjadi lebih menyenangkan untuk anda berdua nikmati waktu indah bersama.
KENA JUJUR
- Jujur dengan pasangan dan anak-anak perlu, namun kenalah lihat pada situasi. Contohnya, jika pasangan penat, adalah lebih baik anda diam seketika atau jika anda sekeluarga yang tidak mempunyai masalah, adalah lebih baik anda mengamalkan sikap jujur dari awal lagi.
BERI PERHATIAN
- Bukan sekadar mendengar, tetapi dengarlah dengan mata dengan penuh perhatian. Jangan mendengar sambil lewa kerana ia boleh beranggapan bahawa mereka tidak penting.
KASIH SAYANG SETIAP HARI
- Ambillah sekurangnya satu kali dalam sehari dengan menunjukkan ekspresi kasih sayang pada pasangan dan anak-anak. Contohnya, memeluk, mencium, membelai dan sebagainya.
PERCAYA PADA PASANGAN
- Ramai pasangan lebih percaya mendengar orang lain berbanding pasangan sendiri. Ketidak percayaan boleh menyakitkan pasangan anda.
RENUNG MATANYA
- Berikan ekspresi ketika mendengar luahan pasangan. Dengarlah tanpa prasangka. Ketika bertengkar, jaga perkataan, bertenang dan duduk. Hati-hati ketika mengeluarkan kata-kata dan jangan terlalu emosi.
RAHSIA HUBUNGAN
- Sebaiknya, jangan ceritakan tentang perkara yang boleh membuatkan pasangan dan anak-anak merasa malu, sakit hati dan sebagainya.
SEIMBANGKAN RUMAH TANGGA & KERJAYA
- Seimbangkan rumah tangga dengan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bukan bererti kita tidak boleh melakukan. Contohnya, semasa berada di pejabat dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Pastikan kita berada di pejabat pada waktu itu. Jika lewat sekalipun kerana urusan kerja. Waktu selepas itu adalah waktu bersama keluarga pula.
MAKAN DAN MINUM BERSAMA
- Minum kopi atau teh pada waktu pagi atau setiap malam, bukan sahaja untuk kebahagiaan tetapi untuk mengeratkan kasih sayang. Menurut Fawn Weaver penulis dari buku laris ‘Happy Wives Club’ mengatakan banyak pasangan yang melakukan dan mempertahankan hubungan dengan mengamalkan kebiasaan ini setiap hari.
UCAPAN TERIMA KASIH
- Menghantar anak-anak ke sekolah, mahupun dengan hanya melakukan perkara kecil seperti membuang sampah, membasuh pinggan dan sebagainya, ucaplah terima kasih kepada pasangan. Ucapan ini akan membuatkan pasangan senang, dihargai dan hubungan yang dibina lebih erat dan harmonis.