Banyak cabaran nak mendidik anak cara Islam dalam kehidupan yang serba moden, yang mana mak ayah pun sibuk mencari rezeki.
Malah kadang bukan kita tidak ajar anak, cuma bila bergaul dengan orang luar akhirnya terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Jadi inilah peranan yang mak ayah patut buat, datang pada anak itu dan berikan sedikit nasihat.
Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.
Untuk baiki hubungan dalam keluarga, semak tip ini…
1. Jangan tinggal solat dan pastikan solat awal waktu.
2. Keluarga di dahulukan.
3. Biasakan diri berbudi bahasa, ucap “tolong” dan “terima kasih” bila minta pertolongan orang.
4. Tidak memukul, tidak menyumpah, tidak menghina, dan tidak menggunakan perkataan tidak sopan.
5. Sila menggunakan HP sejam sehari.
(Nota: masa bergantung kepada keperluan, tapi perlukan limitasi masa. Kanak-kanak tidak boleh melihat/menggunakan sebarang alat elektronik 1 jam sebelum tidur untuk elak ganguan tidur dan keluarkan alatan elektronik dari bilik tidur).
6. Rendahkan suara, tidak menjerit dan bertempik.
7. Mendengar tanpa memotong percakapan orang lain.
8. Kutip/ambil benda yg di jatuhkan, tutup apa-apa yang di buka… pintu, tingkap, lampu, peti sejuk dan sebagainya, ambil tanggungjawab dari tindakan masing-masing.
9. Bilik anda, tanggungjawab anda… kemas, susun dan pengudaraan.
10. Hormat ibu bapa, berdiri dan cium dahi/tangan mereka.
11. Luahkan perasaan dan rasa hati secara tenang dan sopan.
12. Memberi salam setiap kali keluar dan masuk rumah.
13. Baca Al Quran 2 muka sehari ( jumlah boleh berubah ikut kemampuan)
14. Jangan biasakan tidur lambat, ajar masuk bilik sebelum jam 10 malam.
(Nota : jumlah tidur bergantung kepada umur. Umur: 3-6 thn perlu 11-13 jam, 7-12 tahun perlu 10-11 jam, dan remaja perlu 9+ jam.
Kanak-kanak selalunya memerlukan 15 minit masa untuk lelap, perlu ambil kira fakta ini dalam routine tidur anak-anak.
15. Perlu ketuk pintu dan minta kebenaran kalau nak masuk ke mana-mana bilik.
16. Semua perlu bertanggjungjawab menjaga kebersihan rumah.
17. Menjaga kebersihan diri dengan baik seperti menggosok gigi, potong kuku, mandi dan sebagainya.
18. Berakhlak baik, yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihani yang muda.
19. Semua menjaga diri masing-masing, tiada dengki antara satu sama lain dan tiada bersifat membuli dan mengambil kesempatan dia antara satu sama lain.
Semoga Allah rahmati keluarga kita dan bantu kita utk berakhlak mulia.